Terharu khabar dari Malaysia.

Thursday, August 30, 2007

Rindu..dan rindu

"Ammar nak jadi ulama nanti"

Rindu pada Ammar Naufal..rindu yang tak terucap..lama meninggalkan Ammar..dah besar,Seronok mendengar cerita dari kakak.Ammar yang dulu, ketika di jaga, masih kecil, tak pandai berkata-kata.Tapi kini, air mata yang mengalir..sebak dan terharu, kalimah agung itu, Allahuakbar telah dilafazkan oleh bayi sekecil Ammar, Moga nanti bakal menjadi pengganti Dr.Yusof Qardhawi..Moga nanti jadi macam Tok Ki, rajin baca kitab ye!!!



Permulaan Baru





Alhamdulilah..selamat semuanya.Tenang melihat wajah2 seri raja sehari.Kakak yang dulu banyak memberi tunjuk ajar, kini mempunyai tanggungjawab lain.Moga amanah yang baru ini dapat dilaksanakan dengan baik.."Isteri Solehah dan Ibu Mithali"

Sebak menjelang 31 Ogos 2007



Selamat Kemerdekaan buat negaraku Malaysia yang ke 50 tahun..




Dedikasi ini dilagukan penuh pengharapan buat warga Malaysia.Moga kemerdekaan ini dihayati dengan penuh rasa syukur! Ya, syukur sebagai negara yang masih lagi bebas bergerak tanpa ada deringan peluru dan bom..seperti di negara yang lain..Terutama Palestin...Ya, Palestin yang dicintai kini makin dirobek-robek..Geram melihat keangkuhan Israel itu! Al-Aqsa kini dalam detik-detik penaklukan mereka..Seandainya umat Islam leka dan tidak berdoa.., tidak sesekali, dan tidak!Ianya takkan berlaku!..




Dan dedikasi ulangtahun yang ke.. buat diri yang lemah ini, pertambahan umur kian meningkat, moga penambahan amalan jua turut meningkat! Bimbang keculasan amalan, umur yang panjang, tetapi amanah tak terlaksana..Moga Malaysia semakin ke arah kemajuan dan diri ini juga pada tarikh keramat 31 Ogos 2007..

Takziah

Wednesday, August 29, 2007


Marilah sama-sama memanjatkan doa buat Dr Yusuf Qardhawi yang dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan.. Moga ulama ini dikurniakan kesihatan bagi meneruskan perjuangannya!..

"A MIND"- Memang mengharukan



Actually, im very glad to join A MIND (Anniversary of Malaysia's National Day). Nothing 2 say, it's really.....?? To think it's all over is a bit sad..Really it's fun..so touch!




Lama tak menjenguk lubuk ini.Sibuk menyertai A MIND yang begitu mengharukan! Teruja dengan gimik perasmian di Nadi Syabab, Hayyu 'Asyir, dan segala acara yang berlangsung.Mewakili Kontinjen TULIP ( Perak, Kedah & Melaka) membawa erti ukhuwah dan kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.Semangnya kerjasama yang ditunjukkan oleh kontinjen TULIP amat mengharukan.Apa yang tak dapat dilupakan ialah berjaya mengalirkan air mata bening penonton, tatkala persembahan pentomen kontinjen TULIP mengegarkan Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor.



Kisah suka-duka episod perjuangan kemerdekaan dalam menuntut dan membela maruah agama Islam sebenarnya yang diinjak-injak oleh kafir laknatullah.Penjajahan yang sebenarnya takut dengan perkembangan Islam yang diperjuangkan oleh Tok Kenali dan pejuang-pejuang yang lain.Hakikat kesedaran untuk membela negara dilaungkan sendiri oleh pelajar-pelajar Azhar sendiri dengan menyebarkan risalah dan majalah kesedaran antaranya Al-Manar.



Semalam majlis kemuncak A MIND bagi SISWI berlangsung dengan megah di Dewan Haflah Kubra.Kek gergasi hasil sumbangan setiap BKAN mewarnai acara pada hari itu.Kek yang dihiasi bendera Malaysia menarik perhatian setiap ahli.Lebih mengharukan, kontinjen pentomen TULIP sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan sebagai anugerah dan penghargaan kerana bergelar JUARA! Nyata saya begitu teruja..sekali lagi hati ini menari riang.Setelah tewas dalam acara Debat ala Parlimen ketika berentap dengan pasukan Cempaka, hadiah buat hari lahir yang bakal menjelang 2 hari lagi, kemenangan bagi acara pentomen memang membahagiakan!



Namun, sekali lagi kami Kontinjen TULIP menjerit riang dan mengucapkan syukur atas kurniaan Ilahi, apabila Kontinjen TULIP dianugerahi gelaran JOHAN bagi Kontinjen Terbaik menewaskan Teratai yang mendapat Naib Johan, Cempaka ketiga, Melati, Lavender dan Kenanga. Sememangnya, sokongan padu dan sorakan buat Kontinjen TULIP menarik hati juri dan AJK HEWI PMRAM.Kesekian kalinya..."Thanx A Lot 4 TULIP's participant.. and who had gave their support 4 us!" May Allah Bless us with shower us The Lots of RAHMAT...



...-*-...




Konsert Raudhatul Infaq PMRAM tidak mengecewakan..


Syabas buat kumpulan INTEAM atas persembahan yang diberikan.. Terima kasih jua dihulurkan buat kumpulan nasyid yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini, kerana sudi membantu pihak PMRAM dalam mendapatkan apartment... Didoakan moga PMRAM akan terus dapat menunaikan misi dan visi dengan sempurna walaupun ujian yang datang melanda tanpa segan silu.Jua buat Presiden PMRAM yang tidak mengecewakan ahli apabila turut membuat persembahan bersama INTEAM, moga dikurniakan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan perjuangan..





"Keyakinan hati ini, impian itu bakal dikabuli Rabbi suatu hati nanti..! Pasti.."


Santai kejap..

Tuesday, August 21, 2007

"Subhanallah.."-sarang anai-anai

"Lailahaillallah.."

Bagaimana serangga sekecil ini boleh mencipta sarang mereka dengan
membentuk Kalamullah?
Sumber: emel sahabat

Iklaneka

Sunday, August 19, 2007

Kemerdekaan kali ini ada kelainan.Menyambut di negara orang.Jadi kita selaku ahli PMRAM,mari join program kemerdekaan yang sememangnya menarik dari yang tertarik!Sekadar promosi ringkas, maklumat lanjut layari laman web pmram:

.:Bazaria:.
"Jom gi Bazar.."

"Dua Jiwa Kini Bersatu, Dalam Rahmat Allah Yang Bertamu"

Friday, August 17, 2007


Selesai menghubungi keluarga, saya pasti kehangatan dan kemeriahan yang bertamu di perkampungan Pengkalan Hulu.Teringat teratak tenang yang berbumbungan awanan biru, berpasakkan gunung-ganang yang menghijau, dikelilingi saujana tasik yang memandang, bersempadankan Siam dan Baling, nyata belum dicemari asap jerabu..Teratak kecil ini bakal dikunjungi lebih 2000 tetamu yang hadir bersama berkah buat kekanda yang bakal memulakan kehidupan yang baru! Tahniah buat ayahanda Hj Abdul Mokti dan Bonda Hjh Siti Robiah kerana menerima menantu sulung lelaki! Insya-Allah 7 bakal menantu lelaki bakal menanti, tak lama lagi (gurau ye!) menantu perempuan?, (tunggu anak lelaki tunggal kesayanganlah nampaknya) Cemburu mendengar berita dari ayahanda tercinta, menu masakan kampung yang bakal disantap buat majlis pertama yang era gemilang diadakan di teratak itu.Keseorangan di permukiman sahara, dilambungi dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan, menambahkan lagi kerinduan yang menggamit qalbi, moga kasih Al-Halim sentiasa menemani di lautan ujian ini.
..~**~..




"Dua Jiwa Kini Bersatu, Dalam Rahmat Allah Yang Bertamu"








.:: Selamat Pengantin Baru ::.

Sayang Si Megat pada Selasih,
Cinta dianyam disulam cendana,
Jika lama bermadu kasih,
Moleklah segera masjid dibina.


Indah Rejab anugerah Ilahi,
Halawatul Iman impian sejati,
Mengemis kasih diambang mentari,
Sembah dipohon restu dinanti.


18 Ogos 2007 & 19 Ogos 2007


Dedikasi ini ditujukan khas buat bakal Raja Sehari,




Sakinah Binti Abdul Mokti

dan


Mohd Fuad Bin Md Hussin


.............................

"Ya Allah, Ya Tuhan Kami...
Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini

Seindah rumahtangga Adam dan Hawa..
Setabah Ibrahim dan Hajar..
Sebahagia Yusuf dan Zulaikha..

Murahkanlah rezeki mereka....
Panjangkanlah umur mereka...
Dekatkan mereka kepada kebaikan..
Jauhkanlah mereka dari keburukan..
Dan kurniakanlah mereka kesenangan hidup Dunia dan Akhirat..
Amin Ya Rabbal Alamin...



..~**~..

Lambaian Syaaban..

Wednesday, August 15, 2007

Syaaban sudah menunjukkan diri...,mengharapkan pengabdian dari si abid...Bisakah kita menjadi si abid itu? Menghayati dengan jiwa penuh suci....?






Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."




Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm

..~*~..

Pesan Ustaz Syed Abdul Kadir semasa pengajian Madrasah Imam Syafie':
"Perbanyakkan amalan sunat bulan Sya'aban ini, puasa yang semampu denagn seikhlasnya.."
..~*~..

Fatah bantu Israel tahan Hamas

Saturday, August 11, 2007

Mungkin ramai yang telah melupai pesanan dan rintihan Syeikh Yaasin sebelum kesyahidannya kepada Pemimpin Islam dan rakyat Islam yang hanya mementingkan kebahagiaan duniawi tanpa memikirkan keperitan rakyat Palestin! Lihatlah sendiri apa yang berlaku pada pemimpin Palestin , Mahmooud Abbas yang dilihat berkerjasama dengan Israel! Konon mahu memberi kerjasama menentang Penjenayah dan "Terrorist".Persoalannya siapakah "Terrorist" yang sebenarnya??

Lupakan firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah:

"Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama dan petunjuk mereka.."


Berita : Dari Berita Harian



Fatah bantu Israel tahan Hamas





Penduduk Palestin label Mahmoud Abbas pengkhianat, boneka rejim Zionis, AmerikaGAZA: Tentera Israel, dengan kerjasama militia Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Amerika Syarikat di Ramallah melancarkan operasi besar-besaran menyerbu pusat penempatan penduduk Palestin, menahan berpuluh-puluh penyokong dan aktivis Hamas, kata sumber dan saudara mara mangsa yang ditahan.

Laporan Pusat Media Palestin menyebut, kempen itu kebetulan serentak dengan pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Pengerusi PA, Mahmoud Abbas di bandar Jericho, Isnin lalu.Di tengah Tebing Barat, tentera Israel menahan tiga aktivis Palestin di kampung Abu Falah di barat laut Ramallah. Aktivis keempat ditahan di kem pelarian Jazalone dan tentera berkata, mereka menahan aktivis kelima di wilayah Hebron.Di Nablus, tentera Israel menangkap ‘tiga lelaki dikehendaki’ kerana disyaki menentang pencerobohan Israel, manakala di pekan Shoyoukh berhampiran Hebron, militia PA bertopeng dilaporkan menggeledah beberapa buah rumah dan menahan 18 yang disyaki aktivis Hamas.



Komander di Hebron, Samil al Seifi, memberitahu agensi berita tempatan bahawa tahanan disyaki menjadi anggota kumpulan pejuang dan menegaskan penangkapan dibuat berdasarkan undang-undang.Bagaimanapun, anggota keluarga tahanan menyangkal keras dakwaan itu sebaliknya berkata mereka tiada kena mengena dengan kumpulan pejuang.“Mereka cuma orang Islam biasa. Tiada kena mengena dengan pasukan pejuang. Saya rasa ini sebahagian operasi menghapuskan pergerakan Islam; ia bertujuan mengambil hati Israel dan Amerika Syarikat dan mendapat pujian dari kedua-duanya,” kata Muhammed Halayka, sepupu salah seorang tahanan.Seorang lagi penduduk, Yousuf al Mashni, menuduh rejim Mahmoud pengkhianat kerana bersekongkol dengan Israel menentang ‘penduduk Palestin.’“Tiada beza antara kedua-duanya, maksud saya Israel dan PA.



Kedua-duanya melakukan tugas sama, menekan penduduk Palestin,” katanya.Hamas mengeluarkan kenyataan mengecam keras tindakan ‘samseng dan pengkhianatan’ terhadap penyokong Hamas di bandar Shoyoukh .Kenyataan menyebut, sebanyak 100 kenderaan dan 900 anggota keselamatan dari segenap penjuru Tebing Barat menyerbu bandar Palestin dan menahan 18 aktivis, sebahagian daripadanya sudah dibebaskan dari tahanan Israel.

..**..


..~.. "Ya Allah Kuatkanlah Hati-hati Rakyat Palestin..Hancurkanlah Israel Laknatullah.."..~..

Kejahatan Israel : Larang Anak Bertemu Ibu









Jumaat, 10/08/07 - Pegawai keselamatan dalaman Israel di Penjara Talmond khusus untuk wanita telah melarang dua orang kanak-kanak Palestin daripada bersama-sama dengan mereka ibu-ibu mereka setiap hari untuk lebih dari tiga bulan sehingga membawa kepada kemerosotan bagi keadaan kesihatan mereka.Sima Anbas yang bertanggungjawab terhadap banduan-banduan wanita berkata dalam satu kenyataan bahawa selama 10 bulan bayi perempuan bernama Ghada Jasser dan ibunya Khawla Zeitawi dan selama 14 bulan bayi lelaki bernama Bara' dan ibunya Samar Subaih dalam serba kekurangan sejak 10 Mei tahun ini.Anbas memberitahu keputusan itu hadir semasa kedatangan musim panas di mana bilik kurungan bawah tanah penjara Israel telah menjadi "neraka yang tak tertahan". Beliau menambah sel-sel dalam keadaan suhu.Beliau menambah sel-sel dalam keadaan suhu tinggi dan berada di bawah kelembapan.Beliau menjelaskan kedua-dua budak kecil itu mungkin telah mula menghidap penyakit dalam sistem pernafasan mereka, dan menambah sel-sel kecil itu tidak membenarkan mereka untuk bergerak lebih daripada dua langkah.Anbas berkata dia menerima satu pesanan daripada kedua-dua ibu tersebut yang merayu kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan kepada Ahli Parlimen berkaitan persoalan banduan-banduan yang untuk memberi tekanan kepada pegawai Israel bagi membatalkan keputusan itu dan membenarkan kedua-dua anak kecil itu keluar dari sel. Beliau menambah bahawa kedua-dua ibu mengancam untuk mengadakan satu mogok lapar sekiranya tuntutan-tuntutan mereka tidak dipenuhi.Mesej menyatakan bahawa kedua-dua ibu itu cuba menyakinkan pegawai penjara Israel untuk menarik balik keputusan mereka dan untuk memberitahu sebab-sebab mereka berbuat demikian tetapi gagal.

Luahan Rasa : Kejahatan yang melampaui norma-norma kemanusiaan.Jelas, tiada kesalahan pada rakyat Palestin ini untuk ditangkap!






Note: sumber : http://www.palestine-info.com penterjemah : hijjaz79

Reaksi Pesalah yang Angkuh!


" Isnin, 06/08/07 - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah ditahan oleh suruhanjaya pemantauan rasuah apabila menolak pertuduhan kepadanya sebagai menggunakan jawatannya semasa beliau menjadi menteri industri dan perdagangan pada tahun 2003.Radio Israel menyebut, suruhanjaya itu yang diketuai oleh bekas Hakim, Mikha Lindanshtraus menuduh Olmert melakukan kegiatan yang disifatkannya sebagai “jenayah”.Namun begitu, Olmert menafikan sekeras-kerasnya dengan menghentak tangannya di meja apabila beliau ditangkap melakukan kesalahan itu ketika meluluskan pemberian harta kepada sebuah kilang di selatan Israel pada tahun 2003. Beliau, katanya membantah dengan keras dakwaan suruhanjaya itu dengan menyifatkan kata-katanya sebagai “mengundang kedahsyatan”.Lindanshtraus menuduh Olmert dalam laporan yang dikeluarkan pada April lalu bahawa beliau pecah amanah dalam isu membina kilang di bandar Demona yang mana rakan rapat Olmert berusaha untuk membinanya.


Nilaian saya: Usah dibicarakan lagi anjing dunia yang tak boleh diterima kebiadapannya.Kejahatan yang terus dinafikan! Angkuh mencakar rakyat Palestin, angkuh jua di meja mahkamah!

Note: sumber : al jazeerapenterjemah : aminsb"

Ogos Pilihanku..

Friday, August 10, 2007

"Ya Allah, moga Rejab yang bakal berlalu ini menyumbangkan saham buat bekal di perkampungan ukhrawi kelak..Sya'ban yang menanti ini dihayati penuh keimanan..Dan doa dipohon moga ditemukan dengan Ramadhan yang dinanti penuh keilkhlasan.."


Nyata Ogos ini menyimpan seribu suka duka..

2 Ogos : Q terakhir."Yang bermula pasti berakhir": Selamat Hari Lahir buat Kakak tersayang "Kak Syue"-Moga pertambahan umur seirng dengan amalan!

5 Ogos : Pemergian saudara di Teluk Intan."Setiap yang bernyawa pastikan berakhir"



6 Ogos : Selamat ulangtahun ke 20 tahun buat teman yang jauh, Suhaida."Harapan moga thabat dalam menjalankan syariatnya.."


9 Ogos : Rehlah ke Fayyoum & Syalalat.Tasik Qarun~ Sungguh mengagumkan! Peristiwa yang menunjukkan ke"Jabbaran" Allah kepada hamba yang angkuh dan bakhil."Kebun Mangga? : ada rezeki lain kali mungkin bisa sampai!"


10 Ogos : Tayangan ceramah Israk Mikraj di Rumah Perak oleh Dr Zainal Abidin."Disaat tiada siapa yang mempercayai, As-Siddiq pantas menegakkannya!"



11 Ogos :Peristiwa bersejarah "Israk Mikraj"



























...nantikan catatan peristiwa seterusnya...








Monograf Prasasti Perak

Monday, August 6, 2007




"Ketajaman Pena Mampu Menggugat Dunia"

Terasa masih belum lambat untuk saya mempromosi hasil sulaman indah yang digubah oleh anak-anak Perak yang sememangnya berbakat! Melihat terbitnya "Monograf Prasasti Perak", hati saya tersenyum sendiri.Sesungguhnya dalam berdakwah, satu medium penting dalam mencapai hadaf yang dituju adalah dengan pena! Ketajaman pena lebih ampuh dari pedang!

~Antara kupasan menarik yang boleh saya lakarkan~

(*) Hadis Al-Ifki:Analisa Hukum Dan Pegajarannya Kepada Umat Islam

: Berkisar mengenai jawapan kepada tohmahan terhadap Ummul-Mukminin Saidatina Aisyah

Ditulis Oleh : Ustazah Raden Seri Nabahah Ahmad Zabidi

(*) Jihad Menurut Perspektif Islam : Penulisan mengenai jihad, jenis-jenis jihad dan kewajipan berjihad dan banyak lagi mengenai konsep jihad.

Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Maimunah Al-Harits

(*) Hikmah Pengharaman Poliandri: Mengupas isu poliandri yang diharamkan Islam dan pelbagai masalah mengenai wanita yang mempunyai 2 suami serentak.

Ditulis Oleh : Ustaz Muhamad Mujahid Mohammad Fadzil

(*) Adat dan Khurafat : Mengupas adat Melayu yang sejajar dengan Islam, dan yang bercanggah dengan Islam dan pelbagai lagi isu khurafat.

Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Talhah Bin Ubaidillah

(*) Perbincangan Hukum dan Isu Sekitarnya Gejala Murtad : Pengisian mengenai pengertian murtad, hukuman, dan sebagainya mengenai murtad.

Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Saudah Al-Zam'ah

(*) Hakikat Material Dalam Menyelusuri Kehidupan : Berkisar mengenai maksud,ciri-ciri dan budaya materialistik dan pelbagai lagi.

Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Abdul Rahman Bin Auf

(*) Kemusnahan Alam Berdasarkan Al-Quran Dan Hadis : Penceritaan peristiwa yang bakal berlaku pada hari kemusnahan alam dan pelbagai lagi.

Ditulis Oleh :Ustaz Muhamad Mujahid Mohammad Fadzil

(*)Metodologi Kehidupan Kedua : Berkisar kejadian yang bakal berlaku selepas kehidupan di dunia ini dan pelbagai lagi.

Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Abdul Rahman Bin Auf

Mungkin pengenalan saya ini kurang lengkap.Jadi, anda semua perlu mendapatkannya segera! Hanya LE 27 dan sedikit daripadanya akan disumbangkan ke dana syaqah PMRAM.Membeli sambil menderma!

~***~

Jauh di sudut qalbi ini untuk menghasilkan penulisan sebegini! Doakan saya agar sampai saat dan waktu itu! Ini juga salah satu amanat dari abah yang dirindui, "Abah nak nanti dah balik Azhar, buat sekurang-kurangnya satu buku yang ada nama anak abah.Buat buku nahu yang ringkas pun dah cukup.Janji boleh jadi manfaat pada orang lain". Impian seorang bapa bakal terlaksana andai jiwa ini kuat dan bersemangat dalam menuntut Ilmu!."InsyaAllah, abah doakan ye!",janji saya yang saya pasrahkan pada Al-Mujib agar diperkenankan!...

..****..

Sunday, August 5, 2007

Hukuman Dunia




Mendapat emel dari sahabat, saya agak tersentak..Melihat perihal negara lain dalam menjalankan hukuman! Agak mengagumkan..hukuman persis hukum hudud, kerana diadakan di khalayak ramai.Hukuman kepada pesalah yang tidak boleh dimaafi, jiwa mana pun pasti tak boleh menerima penjenayah yang telah meragut maruah seorang wanita!




Jika diturutkan amarah hati, insan sebegini wajar diberi hukuman yang lebih dahsyat! di'..........'kan manusia yang tak seperti manusia ini.Terkenang negaraku Malaysia atau lebih bangga dengan simbolik "Islam Hadhari" yang omongnya bisa membawa Islam secara syumul di lautan rakyat berbilang kaum! Semacam kelakar dengan dasar-dasar pelaksanannya.Namun, natijahnya pelbagai peristiwa hangat yang berlaku dalam riuk- pikuk pasca "Islam Hadhari" ini.Mengingatkan jenayah rogol yang semakin meratah insan-insan yang hilang arah tujuan,lebih menyedihkan kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.Nampaknya Malaysia yang bangga dengan 'kebaikan pekerti' 'keislaman'nya wajar mengambil contoh negara lain juga!Jangan hanya menyuruh negara lain mencontohi 'kebaikan dan kecekapan' yang tak tahu dimanakah tersusunnya omongan itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...