Lama tidak menjeguk laman hijau ini. Musim imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Doakan kesejahteraan semua.
Moga najah kita, najah yang diberkatiNya.
Bittaufiq wa Najah buat seluruh ahli KPIPM,
dan PMRAM.
Dicatat pejuang kebebasan at 6:46 AM 0 comments
Legaran Bicara Santai
Dicatat pejuang kebebasan at 1:33 PM 0 comments
Dengan Nama Allah Yang Mencipta Pena.
Tajuk :Buat Teman ( siri I)
Oleh : Siti Adawiyah Abdullah
Aku letih dan penat melihat keadaan ini. Rimas menatang keculasan diri. Aku benar-benar bingung! Kau pernah katakan padaku, esok masih ada hari, mampu untuk mewarnainya. Benarkah? Aku seolah-olah mahu menafikan itu. Puas sudah mengejar dan berlari, namun, aku tersungkur...belum sempat di ruang bahagia. Perit! Duri tanpa segan menyucukku, dan aku hampir menelan racun manis itu. Indah dunia membawaku ke alam khayal yang mengasyikkan.Kau katakan lagi, " Kau punya kekuatan, keyakinan dan semangat diri! Kau ada sahabat yang sudi membantu, dan kau punya hidupmu sendiri!"...Aku terdiam, cuba menterjemah maksudmu. Nyata aku belum dapat kepastian itu...
Mengapa jalan ini yang harus aku lalui? Jalan yang penuh kegelisahan, yang semakin menghimpitku. Dosa-dosa lama berbalas olehNya, mahu menghukum pengkhianat sepertiku. Pengkhianat amanah ini! Aku tak redha andai menjadi pengkhianat amanah ini, sesekali tidak! Lebih baik menjadi si jujur yang tidak punyai apa-apa beban. Aku makin lemas dan tenat. Kau bertegas dengan katamu," Kau penipu, amanah ini kau anggap beban? Amanah Dia yang mulia, bebanan buatmu? Kau angkuh pada dirimu yang compang. Kau bangga dengan berlagak tuan tanpa perlu menyumbang?..." Tidak................
Dicatat pejuang kebebasan at 10:30 PM 0 comments
Legaran Bicara Sulaman Kreatif
©2007 Todos los comentarios son responsabilidad de sus respectivos autores.
© Minyx created by Storelicious. Blogger Template by Blog and Web