Buatmu Rasul

Thursday, March 20, 2008

Minda Bermonolog: siti adawiyah abdullah



Buatmu Rasul..

Ya Rasul..
Rindu kami saat ini..
Pilu kami kala ini..
Dunia bebas berbicara..
Musuh angkuh yang terus menoda..

Ya Rasul..
Beban ujian yang tak tertanggung jiwa lemah kami...
Tak mampu mewarisi kecekalan hatimu..
Bicara kami hanya dibibir..
Lunaskan ia belum lagi pasti...

Ya Rasul..
Selawat kami buatmu..
Tanda cinta di hati yang tak berbelah bahagi...
Syafaatkan kami di akhirat nanti...
Kerana natijah kami belum pasti akhirnya..


Ya Rasul..

Ya Rasul..

Ya Rasul...

Harap kami bertemu nanti...

Selawat Buatmu Rasul



Mari berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Sebak hati menghayati khutbah terakhir ini...Sakit melihat penghinaan yang dibuat ke atas Baginda SAW. Boikot sehabisnya barangan musuh ini!

vs Yahudi

vs Amerika

vs Denmark


(Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)


Ya, saudara-saudaraku,

perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku,


seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.
Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya


Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.


Ya, saudara-saudaraku,

adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku,


dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu.
Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.


Ya, saudara-saudaraku,

tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.


Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

Al-Fatihah

Firman Allah :

"Setiap yang bernyawa itu, pasti merasai mati.."

Al- Fatihah..

buat Tok Guru, Haji Abdullah, Lubuk Tapah telah kembali ke rahmatullah. Moga ruh dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam golongan yang beriman...Ameen..

"Perginya sebutir permata, bukan bermakna, kilauannnya juga terhapus, tapi, dari jernih kilauan itu, Allah pancarkan beribu-ribu lagi pewaris ulama' yang bakal memimpin ummat. Doakan kita adalah sebahagian dari kilauan itu..."

usik iman :
Waktu kita bilakah bertamu nanti? Amalan kita juga bagaimana? Satu destinasi abadi yang bakal ditempuh setiap hambaNya..Ya Allah, ampunkan kami, tempatkan kami di kalangan yang beriman dan mendapat petunjukMu..Ameen Ya Rabb..!"

Tahniah Pimpinan Perak


Syabas Buat Menteri Besar Perak yang baru..

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.



Pilihanraya yang berlangsung baru-baru ini, menyasikan satu gelodak kebangkitan tsunami yang ditunjukkan rakyat. Walaupun ketelusan pilihanraya diragui, namun kemenangan mengejut beberapa pihak harus diberi perhatian. Sistem demokrasi lapuk yang masih dikawal ketat sebenarnya membuatkan rakyat mual untuk berbicara soal politik di Malaysia. Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan untuk menyokong parti-parti yang memperjuangkan Islam. Kita berhak berpolitik, politik merupakan sebahagian daripada Islam. Sebagai warga jati Perak, syabas buat pimpinan baru, Moga terokai dengan panduan akal dan dustur-dustur Islam.Yakin dengan pemilihan ini, rakyat harus bersedia untuk berubah. Moga Allah limpahi rahmat atas seluruh pimpinan Perak! Doakan kebahagian bersama seluruh Rakyat!.....Ameen..

Potret perjalanan




Pena yang lama menyepi, rindu untuk ditarikan...
Banyak kisah suka duka yang terasa mahu dititipkan...
Banyak rasa yang mahu diterjemahkan...
Namun, siapa yang faham...siapa yang mengerti....siapa yang tahu...siapa yang melihat...siapa yang menjadi saksi...? Persoalan itu ditinggalkan. Jawapan diletakkan pada satu sandaran. Yang pasti, hati ini rindu dan lama untuk bercerita....Pada jari, teruskan untuk melakar. Pada mata teruskan menjadi saksi, pada serebrum, teruskan memproses data, pada ilmu di dada, tolong lorongkan jalan itu, pada perasaan, jangan terus beremosi......pada diri, tenangkan diri, catatan ini bakal menghiasi saki-baki hidup, hidup yang sudah tidak lama lagi.....dan pada yang membaca, jika boleh dikongsi, hayati, jika tidak, jangan terus mentafsir....


***



17 Mac 2008, bersamaan hari Isnin.



Tarikh itu, kejap di ingatan. Terjemah natijah yang saya tunggu-tunggu, baru berada di tangan. Saya tak pasti di mana silapnya, Tapi saya anggar, kes lidah tak bertulang, Ya, lidah yang ego berkata-kata. “Tahun lepas sekali sahaja saya menjejakkan kaki ke safarah, memang tak ingat jalan.., tapi tahun ni, Allah bagi hampir 7 kali saya ke safarah...puas menaiki bas 359, puas menziarah pihak kedutaan,.....Yakin hati ini mengatakan ini adalah satu ujian buat saya..” Risau ayahanda bonda, terima kasih kerana mendoakan. Apapun, hati cukup syukur dan tangan cukup girang, dan perasaan cukup terharu! Syukur Ya Rabb!..... mungkin satu perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi, bagi saya sepanjang tempoh perit ini, satu tarbiyah dan pengajaran dan satu pengalaman yang cukup tak ternilai...Cuma, harap ia selamat terbang ke Malaysia.





Satu Hari Lagi..



Satu hari lagi, seperkara pelik menjengah...hari yang saya memang berada dalam tahap “Ketidaklaratan yang tinggi” Usai pengkuliyahan, mata sudah terlalu kabur meniti jalan, tangan dan kaki hilang kekuatan sendinya. Dalam melewati tangga di kuliyah, seorang Arab dari satu kumpulan yang sedang duduk di tangga, menarik saya, terus dirangkul, dan dipeluk cium, umpama seorang ibu yang berpisah dengan anaknya. Kaget melihat perlakuan Arab itu, rakan-rakannya hanya senyum memerhati. “Kamu ingat kat aku tak, aku dah lama cari kamu, syukur pada Tuhan, aku dah jumpa kamu” lagi saya pelik, geleng kapala saya menafikan. “Eh, macamana kamu boleh tak ingat aku! Kamu jangan menipu!” tambah dia kasar. “tak, aku tak kenal”, lemah suara yang mampu dikeluarkan. “Sekarang, aku nak bawa kamu pergi jumpa Syuun, kamu kena ikut aku” kuat tarikan dia pada saya. Saya menolak, hati rasa lain. Ada aura-aura khianat yang ingin dibuat. Namun, lemah untuk saya halang. “Mana duit aku, kamu ambil kan, bagi pada aku sekarang..” balas Arab itu, dalam nada tinggi dan suara serak menahan tangis. Saya geleng, suara saya tersekat, diri cukup lemah, saya tak mampu, balas saya hanya “..aku tak faham..”. Bengang Arab itu, terus dia menjerit kuat mengatakan saya menipu. 2 orang Indonesia yang melintas, pelik dan menolong saya. Setelah berbalas kata, 2 teman ini tegas berkata “ Ni kawan aku, dia tak ambil duit kamu, lepaskan dia sekarang..” pantas seorang daripadanya menarik tangan saya. Dalam masa yang sama, Arab tadi terus berkeras dan menarik tangan saya juga. Pening, saya hanya menurut..Tapi, mujur 2 teman tadi terus berkeras, dan saya berjaya meloloskan diri. Syukur, terus, 2 teman tadi berkenalan. Indah ukhuwah dalam Islam, bangga saya melihat mereka. Melihatkan saya berseorangan untuk pulang, sungguh-sungguh mereka berpesan..” Jaga-jaga ya kak, elok-elok, risau kami” Senyum saya, tangan terus melambai. Perkenalan itu cukup berharga... Terima kasih Tuhan atas sekelumit ujian ini! Hikmah berharga di sebalik peristiwa ini..



Coret-coret: Bahayakah berjalan seorang diri di kuliyah?

Buatmu..

Sunday, March 2, 2008

Buat mu, Palestin..!

Dalam sayu mata hati meratapi..
Perjuangan yang tiada henti...
Terus mara walau tiada apa-apa lagi...
Hatimu tiada gundah dengan ketentuan ilahi..



***

Israel perhebat misi Holocaust

Pasti kita selaku umat Islam, semakin sesak nafas untuk melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak zionis terhadap saudara kita! Hanya seorang bayi, tidak mampu berbuat apa-apa, tapi,....... Kerana mereka memusuhi Islam, tiada lagi nilai kasih sayang dan belas kasihan..!

Namun, selayaknya kita kagum dengan pejuang-pejuang yang tanpa rasa gentar dan takut, tanpa rasa jemu untuk terus berkorban harta, jiwa dan raga mereka! Doakan untuk mereka, dan doakan jua agar kita turut merasai kekuatan jiwa dan iman seperti mereka, Ameen.....Ya Rabb!





Israel perhebat misi Holocaust

MANGSA ZIONIS: Penduduk Palestin menurunkan jenazah bayi berusia enam bulan, Malak Kafarneh yang maut kerana serangan Israel di Beit Hanoun, semalam.
75 warga Palestin maut serangan udara, darat Yahudi sejak empat hari lalu GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 33 penduduk Palestin termasuk empat kanak-kanak menjadi korban kerakusan serangan tentera Israel yang berterusan terhadap wilayah Gaza yang ditadbir Hamas, semalam. Seorang bayi dan dua remaja adalah antara mereka yang terbunuh dalam kejadian itu. Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 68 rakyat Palestin dengan paling muda membabitkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut sejak pertempuran meletus antara Israel dan pejuang sekutu Hamas di sini mulai Rabu lalu. Hamas berkata, bayi yang menjadi mangsa serangan, Malak Karfaneh terbunuh dalam serangan Israel di perkampungan Beit Hanoun.



Pertempuran tertumpu di sekitar kem pelarian Jabaliya di utara Gaza, yang dicerobohi beramai-ramai oleh anggota pasukan khas Israel sejurus selepas tengah malam diikuti dengan operasi berskala besar membabitkan kereta kebal dan helikopter rejim Zionis itu. Serangan Israel secara berterusan menyusuli amaran seorang menterinya bahawa Gaza akan menyaksikan Holocaust lebih besar jika pejuang Palestin terus melancarkan roket ke wilayah penduduk Yahudi. Ketua perkhidmatan perubatan kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein, sekurang-kurangnya 26 terbunuh, kebanyakannya 'disebabkan bedilan roket oleh pesawat Israel' di dan sekitar kem pelarian sesak itu dan bandar Jabaliya.


(Berita Harian, 3 Mac 2008)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...