Keluarga Perak

Saturday, September 13, 2008

Selamat Menjalankan Amanah

Dengan penuh rasa takzim saya, selaku ahli Perak, dan merupakan ahli tetap Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ingin mengucapkan ~


Selamat menjalankan tugas dan memikul amanah buat kemudi-kemudi bahtera KPIPM sesi 20-08/2009 yang baru dilantik baru-baru ini. Moga kalian bukan sahaja mengemudi, bahkan membaiki dan mengislah bahtera KPIPM. Mudah-mudahan tautan ukhuwwah antara anak-anak KPIPM terus utuh, teguh dan jitu. Terutama buat abi dan umi baru KPIPM,

Us Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil
dan Ustz Nor Azlina binti Idris,
juga tak dilupa buat BP angkat dan HEWI angkat Perak,
selaku ayahanda dan bonda kami,
Us Khusaini
dan Ustz Izzati Farhana
dan seluruh adik-beradik keluarga anak2 Perak di Mesir..
moga semangat dan thabat dalam mendaulatkan Islam tercinta di bahtera KPIPM ini. Selamat Berjuang!! ( buat saya: ada amanah baru yang lebih mencabar, prepare ur mind properly!:).... )

dan mungkin sedikit tahniah atas ahli-ahli HEWI Perak, atas komitmen yang diberikan dalam Mesyuarat Tahunan HEWI Perak ke 21 yang lepas, dan sekalung pujian buat mereka yang berani menegur dan bersuara lantang hingga dapat pujian daripada pihak ikhwah. Sememangnya ahli-ahli HEWI Perak mempunyai keberanian dan kelantangan dalam menegur dan menyuarakan kebenaran...Teruskan thabat agar dapat menguatkan lagi survival KPIPM untuk masa yang akan datang...:)

Persinggahan Kali Ini

Wednesday, September 3, 2008


Persinggahan kali ini...


Hingga 4 Ramadhan kini, saya terlalu rindu untuk menjenguk teratak hijau ini. Sebenarnya kata hati, terlalu banyak catatan yang terkorban. Tapi, kini usia saya sudah menjengah era kedewasaan. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tahun ini, kali ketiga saya berpuasa di bumi anbiya' ini, dan kali ketiga menyambut raya disini. Buat sedikit untaian kata untuk kehadiran Ramadhan ini ~


Salam Ramadhan Al-Mubarak! Ramadhan Kareem !!... jadikan Madrasah Ramadhan kali ini, menuntaskan natijah yang hasanah buat mardhatillah demi najihah di perkampungan kekal abadi....Ameen Ya Rabb!!!...


(Buat ayahanda, bonda, abang ngah dan kak ngah,
kekanda-kekanda, adinda-adinda dan adik-adik comey
tak dilupakan Ammar Naufal (walaupun tak puasa)
dan seluruh seisi keluarga Haji Abdul Mokti & Hjh Siti Robiah
turut diingati seisi keluarga Allahyarham Rejab Salleh & Ayob Rashid
yang berada di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor,Terengganu, dan lain-lain tempat,
dan ahli kerabat di perkampungan Pattani, Thailand.

Salam Ramadhan Kareem....)

Amalan Mukmin


10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad SAW

1. SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.


Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUKHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.4. SURAH AL-WAQI’AHMenurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.S


elepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL -KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL -MULK


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL -IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NASS


urah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...