Hidup yang tak KEKAL

Thursday, May 24, 2007

Entah mengapa saya rasa sayu bila menonton video ni,Sebenarnya hati saya terlalu sebak melihat keadaan sahabat-sahabat di Malaysia.Kadang-kadang Ilmu agama dah ada,tapi tak diamalkan.Moga sama-sama kita doakan keselamatan kita dan sahabat-sahabat di Malaysia..
Hayatilah,moga kita dapat ambil iktibar...


ImTiHaN....ImTiHaN....ImTiHaN....

Saturday, May 12, 2007

Salam semua..moga dalam rahmat Allah...suka saya nak cerita imtihan syafawi baru-baru ni,memang di mesir ni lain sangat sistemnya,berbanding kat Malaysia..Periksa yang besar macam kecik je suasananya!exam syafawi kat kelas yang besar,orang lalu lalang,yang lawak,orang lain pun boleh tengok kita syafawi..Tapi kita memang kena kuat la,kalau yang tak biasa memang berat lah jugak!dengan suasana bising,baru nak lekat kat mana periksa,hari exam tu kira macam kita tawaf satu jamiah,nak cari kat mana periksa..Tapi itu yang BEST!!

PETUA IMAM SYAFIE

Tuesday, May 8, 2007

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
mpat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Apa Nak Jadi Dengan Remaja Kita??

Tuesday, May 1, 2007





Berita dari : Harian Metro


Gadis ‘hidangan’ Mat Rempit sahut cabaran lakukan aksi berani matiKUALA LUMPUR: Segelintir gadis sanggup memperjudikan nyawa untuk bergelar Minah Rempit semata-mata mahu membuktikan kehebatan masing-masing memecut motosikal sambil melakukan pelbagai aksi berani mati.


Semakin ramai gadis seperti itu, terutama lepasan sekolah berani menempah maut dengan melakukan aksi ‘wheelie’ dan ‘wikang’ setanding Mat Rempit, malah tidak takut dicabar berlumba.Mereka mula berjinak dengan dunia Minah Rempit bukan sekadar mengejar keseronokan di jalan raya, malah untuk mendapatkan pasangan seks di kalangan rakan ‘seperjuangan’.


Gejala itu didedahkan seorang bekas Minah Rempit berusia 17 tahun dikenali sebagai Lia yang menyatakan pelumba haram perempuan sejati bukan calang-calang orang kerana jiwa mereka kental setanding Mat Rempit yang ‘hati kering’ dan berani melakukan aksi ‘wheelie’ dan ‘wikang’.“Pembabitan kebanyakan kami bermula melalui perkenalan singkat dengan golongan Mat Rempit sebelum sering diajak ‘rewang’ di Dataran Merdeka, ronda sekitar Hartamas, Bangsar atau bersiar di Genting Hinglands pada hujung minggu.


“Mulanya menjadi pembonceng, kemudian minat belajar menunggang motosikal, apatah lagi apabila diberi galakan oleh ‘pakwe’ masing-masing,” katanya yang kini insaf dan ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah, Selangor.Selepas itu, katanya, cinta terhadap motosikal mula berputik menyebabkan mereka sanggup meminjam motosikal rakan untuk mengasah bakat.Daripada hanya berani menunggang motosikal pada kelajuan sekitar 70 kilometer sejam, dia akhirnya mampu memecut sehingga 130 kilometer sejam.


Namun, menurut Lia, kemahiran itu yang diasah hampir tiga bulan masih belum mencukupi apabila menyaksikan ada antara rakan mampu melakukan beberapa aksi berani ketika menunggang motosikal.Menceritakan pengalamannya, Lia berkata, boleh dikatakan semua gadis yang menyertai kumpulan lumba haram sudah ‘rosak’ kerana terpaksa menjadi ‘hidangan’ Mat Rempit yang memenangi perlumbaan jika tiada wang cagaran.Malah, katanya, dia sendiri nyaris menjadi mangsa pertaruhan apabila teman lelakinya kalah dalam satu perlumbaan haram menyebabkan dia terpaksa mengikut pemenang semalaman.


Bagaimanapun, lelaki yang memenangi perlawanan itu beralah dan sanggup menerima wang saja selepas dia berkeras tidak mahu mengikutnya. Sementara itu, seorang lagi Minah Rempit yang ditemui berkata, dia mula belajar menunggang motosikal selepas dicabar teman lelakinya.Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jun, 21, berkata teman lelakinya yang dikenali sebagai Man Top kemudian mengajarnya menunggang motosikal walaupun menyedari dia tidak mempunyai lesen.“Beberapa minggu kemudian, saya sudah berani membuat aksi Superman, ‘wheelie’ dan akrobatik mudah dengan motosikal Yamaha RXZ miliknya,” katanya.


Menurutnya, dia dan beberapa rakan wanita lain kerap berlumba bukan untuk wang atau seks, sebaliknya menunjukkan kehebatan kepada Mat Rempit yang sering melepak di laluan Kompleks Pertama, Medan Mara, Hotel Quality, Maju Junction dan Sogo, setiap malam minggu.Mengulas gejala tidak sihat itu, Presiden RD Club, Azhanyzam Zakaria yang pernah menjadi Mat Rempit, berkata pelumba haram zaman sekarang lebih agresif berbanding era 90-an, apatah lagi dengan kemunculan segelintir Minah Rempit yang turut mahu menunjuk kehandalan.Dia turut terkejut apabila ada Minah Rempit muncul di persada lumba haram semata-mata untuk membuktikan keberanian setanding dengan lelaki.


“Golongan Minah Rempit yang terbabit dengan lumba haram itu langsung tidak memikirkan keselamatan diri ketika menunggang motosikal secara berbahaya di tengah jalan raya,” katanya.Bagaimanapun, katanya, Minah Rempit yang sudah insaf ada menyertai RD Club yang ditubuhkannya khusus untuk mengumpul bekas Mat Rempit dan Minah Rempit yang sudah kembali ke pangkal jalan.


p/s:fikirkanlah.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...