VIP gila tangkal: Bayar RM4 juta untuk kebal

Sunday, June 24, 2007

Firman Allah s.w.t dalam AlFurqan,dustur perlembagaan Islam:

"Sesungguhnya setiap manusia itu pasti merasai mati.."


"Dunia semakin 'tua'.....
Itulah saja kalam yang terbit melalui hati saya tatkala melihat " Golongan VIP" di negara Malaysia tercinta, yang seolah tidak mempercayai mati dan lebih mempercayai tangkal untuk hidup lama!.....



Kerana takut mati, ada golongan kaya, termasuk orang kenamaan atau VIP, sanggup mengeluarkan wang sehingga jutaan ringgit semata-mata untuk membeli barangan pelik yang dijadikan tangkal kononnya ada kuasa memanjangkan umur mereka.




Perkara khurafat dan jelas membelakangi ajaran Islam itu didedahkan seorang peniaga yang mendakwa memiliki beberapa barangan pelik sehingga dia menjadi ‘buruan’ golongan VIP takut mati itu sejak beberapa tahun lalu.




Jika sebelum ini golongan terbabit kerap dikaitkan dengan penggunaan pelbagai jenis batu yang kononnya ajaib, terutama batu delima merah, kini barangan menjadi buruan mereka berasaskan besi, kayu, timah dan kain.Dakwaan mereka bahawa bahan-bahan ini mampu menjadikan pemiliknya kebal dan terselamat dari penyakit.



Tangkal itu adalah kayu mengkudu ditemui di atas busut, ‘besi bhat’ dan timah hitam. Semuanya dijampi ‘Tok Sami Siam’ dan dibuktikan kehebatannya.“Selain mampu membuatkan pemakainya kebal, tangkal itu ada ‘pakej lengkap’ kerana boleh dijadikan pelaris perniagaan, penyeri wajah dan mampu membuatkan orang lain tunduk dan hormat kepada si pemakai.




Pengawal peribadi VIP itu memberitahu, ‘bos’nya taksub dengan apa saja barangan aneh yang ada kuasa tertentu yang membolehkannya hidup lebih lama,” katanya.Hazim berkata, selepas diperkenalkan kepada VIP itu, dia mengeluarkan tangkal berkenaan dan secara tergesa-gesa VIP terbabit mahu mengujinya.




“Selepas diuji dengan mengelar tangan dan memotong sebahagian rambutnya menggunakan pisau lipat dan pisau cukur, VIP itu teruja kerana tangkal saya membuatkan dia ‘kebal’.“Apabila pisau dan mata pisau cukur yang ditoreh ke kulitnya tidak meninggalkan apa-apa kesan dan rambut yang dipotong juga tidak putus, VIP itu sanggup membayar sehingga RM4 juta, apatah lagi apabila diberitahu tangkal itu berkesan sebagai pelaris perniagaan, penyeri wajah dan mampu membuat orang lain hormat kepada pemakainya.




Hakikatnya tiada yang lebih mujarab untuk menghadapi mati melainkan persediaan amalan kebajikan taqarub kita kepadaNya..




Firman Allah:


:: "Wahai mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)!. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. - Dan masuklah ke dalam syurga-Ku!" ::


Dipetik Dari Harian Metro

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...