Fikir Positif Untuk Berjaya

Sunday, June 26, 2011


Assalamualaikum..

Memang amat lama saya memberhentikan laman ini. Tidak dapat dinafikan nilai "istiqamah" amat sukar diaplikasikan, apatah lagi melibatkan penulisan alam maya yang memerlukan kesungguhan dan keazaman dalam berkongsi maklumat. Lalu, ditambah pelbagai alasan lain, termasuk tugas dan puluhan keripuhan untuk beraksi. Namun, sya bersyukur atas jasa dan nasihat teman-teman serta keluarga untuk saya kembali mengaktifkan semula laman yang serba kekurangan ini.

Setinggi penghargaan dirakamkan kepada orang yang sentiasa membimbing diri ini agar terus menjadi golongan yang dinantikan oleh masyarakat. Butiran-butiran nasihat serta pandangan setia diberikan dikala diri ini menghadapi pelbagai kekhilafan.

Dialah GURUKU yang setia membimbing.
Dialah PIMPINANKU yang tegas menjalankan amanah.
Dialah SUAMIKU dunia dan akhirat.

Ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, nasihat yang seringkali diucapkan oleh suamiku sekiranya ingin menjadi MUSLIMAH yang istiqamah dalam perjuangan.

BERFIKIRAN POSITIF

Bahkan ini juga merupakan konsep yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya. Oleh itu, saya lakarkan nasihat ini agar kita sentiasa berfikiran positif dalam membawa agenda perjuangan Islam.

Wahai sahabat sekalian,

Kegagalan bukan bermakna kita telah gagal,
Ia bermakna kita belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa,
Ia bermakna kita telah pelajari banyak perkara.

Kegagalan bukan bermakna kita telah diperbodohkan,
Ia bermakna kita ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna kita tidak mendapat apa-apa kejayaan,
Ia bermakna kini kita perlu lakukan sesuatu dengan cara yang lain.

Kegagalan bukan bermakna martabat kita telah tercemar,
Ia bermakna kita bukanlah sempurna.

Kegagalan bukan bermakna kita telah membazir hidup kita,
Ia bermakna kita ada alasan untuk memulakan hidup yang baru.

Kegagalan bukan bermakna kita perlu menyerah kalah,
Ia bermakna kita mesti berusaha lebih kuat lagi.

Kegagalan bukan bermakna kita tidak mungkin akan berjaya,
Ia bermakna kita perlu banyak bersabar.

Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah berbuat apa-apa.

Semoga ianya bermanfaat dalam kehidupan kita.



Oleh :
Hurriyyah Abdul Mokti
Suri di Bait As-Shahrriyah

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum hurriyah.. tahniah atas pernikahan...

pejuang kebebasan said...

terima kaseeh...buatmu jua temanku, maria dan suami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...