Pembunuhan Benazir Bhutto

Friday, December 28, 2007


Berita menarik yang sempat ditatap...~..

(Dari Tranungkite)

Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leghari. Pada tahun 2006, Interpol telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard.


Pendidikan

Benazir belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun. Dari 1969-1973 belajat di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih untuk Phi Beta Kappa.

Dari 1973-1977 Benazir belajar falsafah, politik dan ekonomi di Lady Margaret Hall, Universiti Oxford. Pada 1976 terpilih sebagai presiden Oxford Union, merupakan wanita Asia pertama mengetuai satu kelompok elit. Seterusnya Benazir menghadiri kursus Undang-Undang Antarabangsa dan Demokrasi di Universiti Oxford.
Pada 8 Disember 1987 beliau berkahwin dengan Asif Ali Zardari di Karachi. Mereka mendapat tiga anak iaitu Bilawal, Bakhtwar dan Aseefa.

Perdana Menteri

Ketika dia kembali ke Pakistan, bapanya telah dipenjarakan dan didakwa. Dia kemudian ditahan di dalam rumah. Pada 1984 dibenarkan pergi ke United Kingdom dan menjadi pemimpi dalam buangan untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP), parti bapanya. Beliau tidak terlibat dalam politik sehinggalah Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq meninggal dunia dalam satu kemalangan udara.

Pada 16 November 1988 beliau pertama kali menyertai pilihan raya dan menang. Seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2 Disember 1988 pada umur 35 tahun. Dengan itu Benazir Bhutto menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi perdana menteri dan ketua kerajaan. Tahun 1988 juga beliau termasuk dalam 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Magazine.

Dasar Terhadap Wanita

Ketika berkempen, beliau menyuarakan tentang isu wanita, kesihatan dan diskriminasi terhadap wanita. Beliau mengumumkan pembentukan polis wanita, mahkamah dan bank pembangunan wanita. Namun tiada satu usahanya terlaksana di Pakistan. Beliau pernah berjanji untuk memperbaiki undang-undang Hudud dan Akta Zina tetapi mendapat tekanan kuat dari parti pembangkang.

Penggal kedua

Apabila abangnya Mir Murtaza Bhutto pulang dari buangan di Syria pada 1993, Benazir menghadapi masalah terutama apabila inunya Nusrat Bhutto turut menyebelahi Murtaza Bhutto. Serta-merta murtaza ditahan, dipenjara dan dikenakan tuduhan bunuh. Kononnya menjadi perancang rampasan kapal terbang Pakistani Airlines pada 1981. Mir Murtaza Bhutto kemudian bertanding dalam pilihan raya dan menang kerusi parlimen Sindh selepas beliau dibebaskan. Pada malam Khamis, 19 September 1996 , Mir Murtaza Bhutto telah ditembak mati bersama 6 pemimpin parti yang lain di rumahnya. Suami Benazir iaitu Asif Zardari telah dikenakan tuduhan bunuh dan kes itu masih tergantung.

Buangan
Benazir telah dipecat leh presiden ketika itu atas tuduhan rasuah dan partinya kalah dalam pilihan raya yang berlangsung pada bulan Oktober. Kemudian dia menjadi ketua pembangkang manakala Nawaz Sharif menjadi Perdana Menteri Pakistan selama tiga tahun. Pada bulan Oktober 1993, parti PPP menang dan kali kedua menjadi perdana menteri. Tetapi 196 telah disingkirkan atas tuduhan rasuah.

Tuduhan rasuah

Tuduhan rasuah dikenakan terhadap Benazir Bhutto kerana menyalahgunakan wang kerajaan melalui Bank Swiss. Suaminya Asif Zardari turut dipenjara selama 8 tahun kerana tuduhan rasuah. Semasa di penjara, dia mendakwa telah disiksa. Kemudian Asif telah dibebaskan pada 2004. Kemudian dituduh lagi mencuri berjuta-juta dolar wang kerajaan, manipulasi kontrak dan tender kerajaan. Tetapi bekiau mendakwa semua itu adalah atas faktor politik semata-mata.

Kembali ke Pakistan

Kepulangan Benazir Bhutto telah disambut dengan letupan bom di Rawalpindi.

Pilihan raya 2008

Pada 26 November 2007 , Benazir telah menghantar borang pencalonan untuk menyertai pilihan raya Pakistan 2008 yang akan diadakan pada 8 Januari 2008. Benazir mencalonkan dirinya di pelabuhan Karachi kerana kerusi itu dikhaskan untuk calon wanita . Selain itu Benzir akan bertanding di kawasan Parlimen Larkana.

Pada 27 November beliau melancarkan manifesto Parti Rakyat Pakistan dengan dengan utamakan soal pendidikan, kesihatan , dana bagi perniagaan kecil dan lain-lain. Dalam pilihan raya Pakistan , seseorang calon boleh bertanding lebih satu kerusi tetapi hanya boleh mewakili sat kerusi sahaja.

Beliau berunding dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif sama ada memboikot pilihan raya atau tidak kerana darurat masih berterusan di Pakistan dan belum ditarik balik oleh Presiden Pervez Musharraf. Amatlah sukar untuk berkempen dan mengadakan perhimpunan dalam keadaan darurat ini. Beliau dikawal ketat oleh pasukan keselamatan dengan alasan menjaga keselamatannya.

Terbunuh

Benazir Bhutto merupakan pemimpin wanita kedua terbunuh di Asia Selatan selepas Indira Ghandhi. Benazir Bhutto menjadi sasaran serangan puak pelampau khususnya Taliban dan al Qaeda yang dendam terhadap pentabiran beliau pada masa lalu.
Beliau dilihat bersekongkol dengan Amerika Syarikat sebagaimana Presiden Pervez Musharraf. Pilihan raya Pakistan 2008 yang dijadual akan diadakan pada 8 Januari 2008 akan semakin kacau dan huru-hara. Pervez Musharraf pasti akan dipersalahkan dalam insiden ini . Sebenarnya Musharraf telah memberi amaran beberapa kali akan ancaman daripada Taliban dan al Qaeda tetapi amaran itu tidak diendahkan oleh Benazir Bhtto dan Nawaz Sharif. TV3 telah menyiarkan berita ini secara tulisan dibawah skrin sebagai tanda berita tergempar.
..Gambar sekitar pembunuhan beliau...

...

Satu Pertemuan

Thursday, December 27, 2007

Pertemuan yang terencana..Doakan hingga ke akhirnya..

Cukup singkat perkenalan dengannya.Begitu payah untuk menawannya..Terpaksa berkejar, tercungap dan termengah yang terkadang hampir terjatuh..Keinginan untuk berkenalan dengannya cukup tinggi.Ya, memang itu yang mahu dicari sejak permusafiran di bumi sahara ini.Memang tidak dapat dinafikan, cukup payah untuk menawannya.Hampir terasa hampa dan kecewa.

Namun, atas semangat dan kekuatan yang ada, keazaman itu dibaja subur dengan segera.Dan kini, dia berada dalam genggaman! Syukur dan puas atas segala usaha.Dia sentiasa berada disisi, tambahan di kemuncak kasih yang begitu ampuh setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, kala ini, cabaran yang teramat mencabar turut menghuni.Dan cabaran itu akan terus menemani hidup saya dan dia.Saya teramat takut akan kehilangannya, apatah lagi risau hati ini akan berubah, berubah untuk melupainya, bimbang akan berlaku perpisahan dengannya..

Apapun, doa dipanjatkan agar saya akan terus intim dan sentiasa bersama dengannya.Semoga perkenalan yang singkat ini, akan berakhir dengan perkahwinan dan bakal melahirkan anak-anak manfaat buat ummah seluruhnya..Doakan termakbul segalanya...Ameen Ya Rabb...!
Siapa dia? Dia adalah kitab ilmu yang begitu berharga, kitab kuliyah yang begitu intim dengan saya kini...

"Salam Pengorbanan.. Salam 'Idul Adha 1428 Hijrah"

Thursday, December 20, 2007


"Salam Pengorbanan.. Salam 'Idul Adha 1428 Hijrah"

Kehadiran bulan Zulhijjah kali ini terasa cukup penuh dengan kelainan. Cukup terharu, impian untuk merasa daging unta kini telah tercapai..Banyak lagi impian yang terus disusun, moga semuanya bakal tercapai.... Insya Allah. Pening untuk menulis sesuatu bersempena Idul Adha ini, namun ada hadiah untuk tatapan bagi sesiapa yang masih belum membacanya. Hadiah ilmu yang cukup bertuah bagi diri ini untuk mengetahuinya. Emel yang diterima, cukup dihargai. Terima kasih kepada insan tersebut kerana sudi berkongsi ilmu..Tak pasti siapa pengirim emel ini, namun harapan agar bisa diketahui insan ini..Jom , kita baca apa kirimannya..~


***

Umat Islam menyambut Aidiladha ketika masyarakat bukan Islam di Barat terus mempersoalkan mengapa Islam membenarkan perbuatan kejam dan ganas terhadap haiwan. Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha. Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas. Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.

Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging. Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim). Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Kajian itu bertajuk, "Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing", menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu. Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih.

Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih.

Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma, kata Aisha dalam kajiannya. Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan. "



~....~

"Aku kata..Kau kata..berkorban..?"

Aku kata..
Apa makna korban...?
Bila kena berkorban..?
Untuk siapa perlu dikorbankan?



Kau kata..
Korban itu luas maknanya..
Perlu penilitian mendalam...
Kepentingan diri terpaksa diabaikan..
Bila-bila, korbankanlah apa sahaja..
Kepada yang memerlukannya..
Aku juga pening untuk mentafsirkan..
Kelu...



Aku kata...
Mestikah sejarah dulu diteladani..?
Episod Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail..?
Simboliknya bagaimana..?


Kau kata...
Ambil yang tersirat..
Sebalik yang tersurat..
Nyawa jua sanggup digadai...
Simboliknya...lihatlah sendiri..



Aku kata..
Aku mahu berkorban..
Kau kata..
Ya, aku jua mahu berkorban..



Aku dan Kau kata..
Kita sama-sama berkorban..
Ya, betul..
Bukan, kita semua perlu berkorban..
Ya..setepatnya..!



Jadi..bila..?
Sekarang..langkah pertama..
Jangan buang masa..
Ya, tepatinya..
Penting..
Kerana apa..?
Kerana Allah semata..



..SiTi aDaWiYaH aBDuLLaH..

Ucapan Hati

Sunday, December 16, 2007


"Salam Penyeri Syurga"


Pertama, syukur..syukur dan syukur buat Pencipta...di atas rencana yang telah termaktub..


Kedua, sedih..sedih..sedih atas perpisahan ini..


Ketiga, terharu..terharu..terharu kerana masih ada kata-kata yang bisa menjadi bukti pertemuan sekali lagi...

Keempat, terkejut, terkejut dan terkejut..atas apa yang berlaku..



Kelima, bahagia, bahagia dan terlalu bahagia walaupun terselit satu duka...namun kebahagiaan itu lebih dirasai..


Apapun yang cuba dicoretkan, perasaan yang terlalu bercampur baur ini masih berada dalam tempoh untuk dineutralkan...Sememangnya banyak yang perlu dipelajari, banyak lagi pengalaman yang belum puas dikutip, banyak lagi masa yang perlu dihayati bersama.Entah, saya tak pasti kenapa perasaan sebegini hadir.Mungkin kerana saya perlu sentiasa diberi perhatian oleh seorang kakak, bagi menggantikan kakak-kakak di Malaysia, bagi menggantikan tempat sebagai sumber penasihat, sementara kakak yang ada jauh dari mata.Nasihatnya sentiasa saya pegang, walaupun bukan berada di depan mata. Kini, dia pula sudah pergi, pergi menuju kehidupan lain, ya, punyai tugas dan misi yang baru. Apapun, doa moga berbahagia hingga ke akhirnya...!



Ucapan tulus ini dihulur buatnya, "Salam Penyeri Syurga"....Moga langkahmu selepas ini bertemu kemuncaknya...sama-sama doakan kita semua menjadi "Penyeri Syurga"...Moga bahagia diiring rahmat dan kasihNya...





"Cincin itu ditepati"







Akhirnya, tiada kalam seindah madah yang bisa digubah..melainkan ucapan sejahtera penuh bahagia.."Selamat Pengantin Baru" moga kekal hingga ke alam baru...


Cincin itu dulu, hanya diawangan, tapi kini sudah di tangan, Ya, cincin itu sudah ditepati...Alfun Mabruk !..!... buat pasangan :


Muhammad Mumtaz Harun

&

Faezah Spian






...***...

Santai Kejap

Wednesday, December 12, 2007



Diceritakan satu kisah, Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad SAW. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah SAW, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah SAW juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


MORAL & IKTIBAR


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.


Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.


Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.


Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata, akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.


Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.


Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan.


Wallahu'alam..


...~...


PESANAN DARI SYED QUTB


Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.


-AS SYAHID S. QUTB-

...Kerana kita hambaNya...

Monday, December 3, 2007

...Kerana kita hambaNya...

Terlalu lama tangan ini tidak menjenguk laman yang sudah berlalang, nampak sudah ulat-ulat bisa yang terus gagah menggigit....Bukan salah siapa dalam menumbuhkannya..bukan salah siapa dalam memberi baja..bukan dan bukan..Entah kenapa, hilang semua idea...kelu kata-kata..Kadang-kadang kita mahu melakukan yang terbaik, namun, terlalu banyak yang datang menghalang...Halangan yang tidak bisa dilihat oleh mata kasar...Halangan yang memang amat bahaya! Halangan hawa nafsu dan syaitan....cukup digeruni, bimbang tak dapat dikawal....lalu merebaklah perasaan malas dan benih-benih mazmumah itu.Benih bahaya bagi orang yang wara' itu, lagi perlu diawasi, benih-benih takbur dan riya' pada setiap amalan yang dilakukan, nauzubillah...

Musim sejuk yang enak membuai, ditengah-tengah kesibukan kuliah, ditengah-tengah kesibukan menalaah pelajaran..amat ditakuti.Bimbang ujian sekecil ini, kita tewas lantaran terlalu mengikut kehendak diri yang tidak terbatas..Memang fitrah manusia, kehendak melepasi segalanya, kehendak yang tak terbatas...Dalam ungkapan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Hijjaz..Cukup menusuk hati dan jiwa kecil ini, memang perlu diamati sebaiknya, cukup banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar! Inilah hiburan yang mendidik jiwa, hiburan yang mendidik jiwa secara abstrak..Tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, cukup dengan menghayati sebaiknya..


"Ke arah mana halanya..bagi insan yang terleka..
Mengejar nikmat dunia..
Bagaikan hidup selamanya...
Tak peduli dosa noda, siksa azab neraka..
Hidup jauh dari rahmatNya.."

Memang hidup kita selaku hambaNya, penuh dengan debu-debu dosa yang menghimpit dan terus menyelubungi..Terkadang tak mampu untuk menghembus kembali..Jalan yang ditunjuki al-Quran dan as-Sunnah kadang-kadang sukar diteladani..Mengapa? Tanyalah hati, hati yang selalu dibiar sepi..hati yang jarang dijirus zikrullah, hati yang asyik dibelai kenikmatan dunia..Memang, jika dimuhasabah, nyata diri ini jua perit untuk menghitung dosa-dosa.Terlalu banyak yang perlu dikoreksi, terlalu banyak yang perlu dibajai semula, nyata diri ini cukup lemah dalam menghadapi ujian dunia..nyata diri ini cukup tak berdaya menjadi abid yang semulia Rabiatul Adawiyah, hanya mengimpikan, namun tak mampu dilunaskan sebaiknya..

Kerana kita hambaNyalah, kita sebetulnya meminta kepadaNya...kerana kita hanyalah hamba, tiada sebaik pengaduan, selain kepadaNya, kerana kita hamba, tiada selayak untuk kita terus merayu, kecuali pada Al-Mujib...kerana kita hambaNyalah, kita sering diuji...Moga kita diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dengan sebaiknya..Moga kita sentiasa berada di jalan yang lurus...jalan para nabi, jalan para sufi, jalan para ulama'..dan jalan para syuhada'..Ameen...

.:SiTi aDaWiYaH:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...