Alfun Mabruk

Friday, January 25, 2008



Puisi rimas dalam lemas ini sebenarnya, secara tak sengaja saya lakarkan pagi Jumaat ini. Ada simbolik yang ingin ditujukan. Bunyinya agak menyindir, bukan mahu menyindir sesiapa, tetapi, setiap penulisan dan nasihat yang tertera di tanah kuning bercoklat ini, secara khususnya memang mahu ditujukan buat diri ini. Dan, secara umumnya, ditujukan buat semua. Saya, secara tiba-tiba teringat sekolah yang banyak menyimpan seribu satu memori duka, suka, misteri dan satu lembah yang mencambahkan minat saya dalam teknologi komputer dan bahasa Inggeris. Tapi, hingga kini, saya masih lemah, masih merangkak-rangkak. Namun, minat itu bukanlah mensyaratkan saya perlu ***** dengan sebaiknya....


Sekolah Raja Perempuan Taayah terus saya kenang...



***

Alfun mabruk sebenarnya buat serikandi yang berjaya mendahului kaum dominan dalam pasca modenisasi ini! Ya, saya masih kenal mereka, syabas atas kejayaan. Yang paling gembirakan hati saya, mereka adalah adik-adik PERSADA, Persatuan Dakwah dan Rohani yang pernah saya kemudi dulu!!Namun, jangan terus lemas..! Moga, kembara di daerah orang, menjadikan kita lebih matang, kutiplah segala pengalaman di sana.... berita ini, saya ambil dari web SERATA :





Berita Terkini





Sempena program (RIMUP) Rancangan Integrasi Murid Untuk Pelajar, SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH telah menyertai NRC (National Robotic Competition) pada 24 dan 25 Ogos 2007 bertempat di Sekolah Ave Maria Convent, Ipoh, Perak.


SERATA telah dinobatkan sebagai JOHAN Peringkat Kebangsaan yang diwakili oleh Noor Kamilah Azhar, Hazirah Taharin dan Anis Amalina Mohd Salleh.Guru yang telah membimbing pasukan ini ialah EN. REZAUDIN B. HUSSEIN.

SERATA juga akan mewakili MALAYSIA ke pertandingan Robotic Antarabangsa (WRO) di Taiwan pada 17 dan 18 November 2007 dalam kategori SENIOR HIGH EVENT.
Mereka telah memenangi wang tunai sebanyak RM1000.00,sponsor RM20 000 ke WRO di Taiwan dan piala pusingan (GOLD MEDAL NATIONAL ROBOTIC COMPETITION).
TAHNIAH!!!!!



Rimas dalam lemas

Minda bermonolog : siti adawiyah abdullah
Tajuk : Rimas dalam Lemas

Kenang...
Terkenang....
Bergenang...
Sesekali Terkenang...
Hati jadi senang....
Senang.....cukup senang...
Hati lagi senang....
Adus,
tetapi terkadang airmata ini bergenang...
Melihat sahabat jauh lemas berenang.....
Berenang, ligat berenang....
Berenang dalam arus yang disangka tenang.....
Gelora dibungai tenang...
Rupanya,
Tenangnya....
menjadikan kita tak pernah menang.....
Gapailah 2 wasiat itu...
Agar kita tidak lagi lemas....
Menang dan menikmati kemenangan.
pada diri juga jangan terus LEMAS...
~*~

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H...

Sunday, January 13, 2008

Tahun Baru, Azam Baru...
Bukan, bukan tunggu tahun baru itu, mahu ditanam azamnya..
Tapi, tapi...
????..
Setiap hari pun boleh ditanam...
aTaU..
Letak baja setiap hari...
Baru azam itu menjadi....
tUNGGu...
Hias sikit dengan doa dan tawakkal...
????
macam ada lagi je...
oPPss...
Bukan hias sikit je..
tAPi...
Hias banyak-banyak dengan usaha dan tawakkal..
dah CUKUP ke???
rasanya, pasti..
Kalau kena gaya, kena cara...
cUMa...
IKHLAS
...OK, SET...

***

Seru buat diri ini dan semua, ambillah pengajaran dari peristiwa lampau..Sejarah terulung perlu diteladani...kalam ringkas di fatrah cemas ini...

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H...

***

NUR MUHARRAM


Menyelusuri denai-denai itu...
Sepi membuak-buak....
Denai itu, kelihatan makin usang..
Pantas umurnya berlari mengejar..
Berlalu dan terus berlalu meninggalkan..
Menyelusuri denai-denai itu..
Penat kaki masih belum terbayar..
Nilaiannya tak digambari akal...
Masih berputar untuk direalitikan..
Lalu, hanya berbaki untuk dihisabkan..
Menyelusuri denai-denai itu...
Terkaget atma rerelung jiwa...
Kelu kembara di jalanan sufi...
Culas ruh mentafsir makna...
Teralit hati, atau terkagum akal..?
Menyelusuri denai-denai itu...
Gembira cahaya menerangi maya...
Pelangi bahagia, tiada segan memancar...
Bangga menghijau rimba berirama...
Kalimah kemenangan bukan lagi mimpi...
...Menyelusuri denai itu bersama NUR MUHARRAM....
~SiTi aDaWiYah aBDuLLaH~
***

Doa itu sama dicambahkan..

Tuesday, January 8, 2008



Doa itu disama ingatkan..

Firman Allah....


"Kerana itu, ingatlah kepadaKu, nescaya akan Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada Aku, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.." ayat 152, Surah al-Baqarah.
Begitu indah Kasih Sayang Allah kepada hambaNya, seruan Ar-Rahman ini terlalu merindui ingatan, tangisan dan doa si hamba.Bahkan diberikan jaminan akan diberi perhatian atas segala permintaan. Cuma terkadang, si hamba lupa, dan tertinggal untuk menyebut namaNya dahulu, setiap kali ditimpa musibah. Bila sakit, terus teringat untuk pergi jumpa doktor, segera dicapai pelbagai ubat, tapi...tertinggal satu perkara penting, terlupa untuk dipohonkan kepada As-Salam untuk diberi kesihatan. Terlupa untuk diselawatkan ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW. Terus, langsung dilafazkan.." Ubat ni bagus, makan sikit, terus sihat..""Doktor tu pandai mengubat, jumpa dia, terus sihat.." Ingat, hati-hati dengan kalimah-kalimah sebegini, bimbang terjerumus ke dalam dosa-dosa syirik! Jika hati tidak dii'tikadkan bahawasanya, ALLAH lah yang menyembuhkannya atas sandaran itu. Itulah manusia, jarang bersyukur. Terlupa, hakikat sebenar yang 'memberikan' penyakit dan yang berhak 'menyembuhkan'.

Firman Allah lagi dalam surah yang sama ~

" Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar..." ayat 153.


Sabar dilihat satu aset atau petua penting dalam mencapai kejayaan. Banyak teladan dan pengajaran yang boleh kita hayati dari sirah perjuangan para anbiya' dan pejuang-pejuang dalam menuju kejayaan yang hakiki. Sabar mungkin mudah untuk dilafazkan, tapi terlalu sukar untuk direalisasikan.Dalam pelbagai siuasi dan keadaan, sabar umpama ibu bagi menakhodakan hati dan perasaan. Begitu tinggi jaminan Allah kepada golongan yang bersabar. Begitu jua solat, satu tiang amalan yang paling utama yang akan ditanya Allah. Justeru, perbaikilah solat kita, dari mula bersuci dan menunaikan solat hingga ke akhirnya.

Firman Allah lagi..dalam surah yang sama ~


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka berada dalam kebenaran.." ayat 186
Banyak pengajaran dan buah-buah nasihat yang boleh dipetik dari ayat di atas. Ringkasnya, taiada selayak tempat pengaduan melainkan kepada Allah. Oleh itu, tunaikan segala hak-hak kita selaku hambaNya, bagi mencapai kejayaan yang sebenar..!
Lalu, jangan dilupa untuk mencambahkan doa itu buat teman-teman, guru-guru, keluarga, saudara-mara, umat Islam seluruhnya..! Cambah, dan buahkan doa itu, moga orang lain turut merasai kemanisannya. Doa yang paling dimakbulkan adalah doa kita untuk orang lain, kerana malaikat turut mengaminkannya..Jadikanlah doa kita doa yang bercambah, doa yang paling manis, hingga orang lain turut merasai kemanisannya...

Muhasabah musim imtihan




Kehangatan bahang imtihan begitu terasa sekali. Kala ini, seluruh otak-otak dan anggota badan warga Azhari bertungkus lumus melakukan kerja 'overtime'. Jika sebelum ini, otak itu dibiar asyik berehat, kini, setiap saat dan masa, disumbat segala ilmu yang dulu hanya di kitab, ke dalam otak, hinggakan adakala anggota lain terbiar, tak diberi perhatian, tak dilayan secara adil...Jika dulu, solat Hajat, Tahajjud, Taubat, dan segala solat-solat sunat tak pernah didirikan, kini, menjadi rutin harian, biar penat mana pun mata dan badan yang berkerja setiap hari. Mungkin ini satu anjakan yang baik, menanam benih-benih mahmudah yang suci. Moga-moga malan ini diistiqamahkan hingga ke akhirnya.


Namun, ada juga yang sebaliknya, menghadapi imtihan dengan begitu culas sekali. Solat jemaah entah ke mana, solat sendiri dirasakan lebih menjimatkan masa, makan sendiri lebih puas, tak perlu menunggu teman lain, bacaan surah yasin atau sebagainya, yang biasanya dilakukan secara berjemaah, lebih selesa dilakukan sendiri kala ini. Hinggakan kadangkala, solat Subuh yang amat dititik beratkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dipenuhi kala mentari mula berlari menjelma diri." Ala, study malam, bangun pun lambat juga lah.Aku nak najah, mesti kena pulun, usaha mesti mantap sheikh, kalau tak pulun, nanti menyesal setahun...ala, terkantoi subuh, bukan sengaja...dah tak sedar.."
Apa pun juga alasan yang cuba diberikan, kembalilah kepada niat sebenar dalam menuntut imu Allah SWT. Adakah semata-mata study, hingga terabai solat Subuh..? Jika alasan 'tidak sengaja', itu telah menyalahi adat...menempah maut dengan tidur lambat, hingga amalan pertama yang akan ditanya oleh Allah dilakukan umpama melepaskan batuk di tangga..hingga kadang-kadang tidak merasakan apa-apa dosa , malah apa yang dilakukan umpama sudah biasa. Bukanlah salah untuk dirikan malam itu dengan study atau sebagainya, tapi pastikan ada usaha untuk ditunaikan solat Subuh itu secara sempurna.


Muhasabah ini pastinya pertama sekali tidak lain dan tidak bukan untuk diri ini, dan seterusnya untuk semua yang sudi membaca. Kadang-kadang imtihan yang dihadapi dianggap begitu serius, hinggakan tiada yang lebih penting melainkan study.Yang pasti, imtihan di alam barzakh dan imtihan di padang Mahsyar sedang menanti...Cuma, tanyalah diri kita, apakah persediaan yang akan kita bawa untuk ke sana, imtihan yang tiada istilah "i'adah", imtihan yang tiada istilah "Istisna' ", imtihan yang tiada istilah untuk kembali memperbaiki..Imtihan yang pasti ganjaran dan tempat kembali yang kekal abadi.


Sekadar itu, nukilan yang bisa hadir menemani laman ini.Akhirnya, maaf dipohon kepada semua atas segala salah dan silap. Salam imtihan...Salam Penuh Kejayaan...Salam Penuh Harapan..


Satu sms menarik yang mengegarkan al-Qalb ini, untuk dikongsi bersama...


"Jika ilmuku untuk kemahsyuran, keagungan, keegoan, hancurlah aku kerananya..!
Jika ilmuku, satu jalan memburu RedhaMu, mencari kasihMu, merayu cintaMu,
Tundukkan aku pada ketentuanMu.."


(Terima kasih buat si pengirim...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...