Iklan

Thursday, February 26, 2009

Iklan sikit...

Menarik malam ini~ ( 26 Februari 2009) Khamis, malam Jumaat

Diskusi Kitab " Islam dan Seks" oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Azib ( mantan BP PMRAM)
Ramah Mesra bersama pengantin baru
Qiamullail Perdana
Jamuan

..."Muzakarah Berkelompok Gabungan"....

Tempat : Di Teratak Darul Ridzuan, Hayyu Sabi'
Kehadiran : Wajib buat semua ahli muzakarah berkelompok KPIPM Kaherah


Tambahan :
saya tak pasti, tapi ada satu lagi acara istimewa buat siswi, katanye bunyi " barbeque" lah jugak, apepun nantikan esok ye.

Moga redhaNya dalam pertemuan ini



"..adat pertemuan, pasti ada perpisahan, adat kehidupan, pasti ada kematian...."

Yang pergi, akan terus pergi, yang ada perlu teruskan kehidupan. Terasa sebentar perkenalan ini. Kami disini begitu merasai kehilangan insan yang banyak memberikan sumbangan dan tunjuk ajar. Moga bahagia mengiringi setiap langkahmu..Buat Kak Radin Seri Nabahah....
Doakan kami disini.


.........................................

Catatan

:: Salam dengannya dalam keadaan tidak bersedia
:: Ada 'sesuatu' yang belum sempat saya dapatkan darinya, katanya.
:: Airmata mengalir tika langkahnya berlalu pergi..(sebab salam kelam kabut?)
:: Ada masa saya telefon akak ye.

Ilham rasa Mukmin

Wednesday, February 25, 2009


Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit,
Diturunkan ke lubuk hati orang beriman,
Mereka tetap berhati teguh dikala orang lain dalam
KEGONCANGAN...
~ AsSyahid Syed Qutub ~





...dari segenap ruang diri,menghela nafas tribulasi, biar dalam jutaan payahnya,hayati penuh makna, biar ruang alqalb bisa menikmati secebis sakinah dan menjadi sebahagian assyakirin...[siti adawiyah abdullah]

Srikandi`s Day..hadiah istimewa dari HEWI KPIPM

Sunday, February 15, 2009

Salam penuh hormat
Istimewa buat ahli HEWI PERAK dari HEWI KPIPM.. Srikandi`s Day,bakal beraksi pada 15 dan 16 ini di pentas Sollah ALMasri dan Mukhayam Daem. Pelbagai agenda menarik:
Dilema Wanita : Haid,Istihadah dan Nifas
Penjagaan bayi dan praktikal
Audition
Piala Srikandi
Turut dialukan buat teman dari Pulau Pinang selaku tuan rumah.
Moga hikmah darinya memimpin hati mencari kurniaNya,kebesaran dan keagungan di sebalik ciptaanNya,mengikatkan hati antara kita,menyimpulkan kasih,menyulam mesra,menyumbang budi biar dari setitis peluh kerana pasti menjadi timbangan di destinasi abadi kelak.
Amin.

Keadilan yang diratah?

Monday, February 9, 2009

Salam penuh hormat.

Post ini agak berbeza bunyinya. Bunyi kemarahan?kebencian?keadilan?kezaliman? atau ke'politikan'?..Apa pun jua respon, saya tetap nekad melayangkan suara rakyat Perak, suara rakyat seluruhnya! Benci dengan rakusnya pertukaran pemerintahan. Rasionalnya bila dilihat, laungan demokrasi yang bebas dan tulus hanya omongan kosong, sekadar retorik menyedapkan pandangan politik di Malaysia. Lebih menyedihkan, perhimpunan aman yang dilakukan oleh rakyat untuk meluahkan perasaan hanya dituba dengan pukulan, gari, tembakan dan segala alatan yang lagaknya seolah-olah rakyat yang berhimpun umpama pengganas yang bersenjatakan api. Yang ada hanya api ketidakpuasan hati! Ya, api itu lebih digeruni.

Air mata saya buat kali kedua setelah reformasi Anwar Ibrahim, ini reformasi Nizar tidak kurang panahnya. Bukan membenci sesiapa, tetapi membenci kezaliman yang terjadi. Rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jika keadilan berteraskan Islam dari sesiapapun, saya sendiri akan sokong. Tidak kira siapa yang membawa keadilan, itulah pilihan kita.

Dan, saya masih mengingati kawasan itu, tempat permainan di sekitar lereng Masjid Ubudiyyah, lebih kurang 7 tahun dahulu. Ketika girang menikmati keamanan dan ketenangan bersama sebaya. Saya pernah menetap di kawasan yang telah menjadi 'rusuhan'..dan disitu jua saya dilatih dan diajar mengenal Tuhan, Madrasah Idrisiah..tempat yang tak mungkin saya lupakan, tarbiyahnya hingga kini memandu saya mengingati Allah! Ya Allah, bantulah hambaMu ini...

Anda mungkin tidak merasai apa yang saya rasai, namun sudilah kirimkan
sepotong doa yang sangat indah buat negeri saya, Perak...Dia Maha Mendengar dan Memperkenankan..Amin..

" Ya Allah, tabahkankanlah mereka yang berjuang di jalanMu, kuatkanlah hati-hati mereka..limpahkan rahmat dan nusrahMu Ya Wahhab"..

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Friday, February 6, 2009




HarakahDaily
Wed Feb 04, 09 11:57:13 pm MYT

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.
Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.
Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.
Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.
Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.
Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.
Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah.Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?
Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.
Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.
Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..
Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.Biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

Perak oh Perak!


Negeriku Perak !!
Apa dah jadi?, kalutnya mereka merampas angkuh, tanpa sebarang demokrasi! Puas? nantikan aura kebangkitan Islam tidak lama lagi. Ya Allah bantulah kami...

HarakahDaily :
Fri Feb 06, 09 4:17:21 pm MYT

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.


berita menarik ~





Ucapan Palestin kepada kita


Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..Doa orang yang teraniaya amat makbul "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...