Sebentar

Tuesday, June 24, 2008


Pena saya sudah lama kaku, dan hingga kini, saya masih mahu menutup dulu teratak ini..Hati terlalu berteka-teki, pelbagai perasaan bercampur-baur.

Dan, kala ini, saya hanya menunggu detik pemergian sahabat, ahli bait saya, untuk pulang ke Malaysia. Puas berbisik, jangan dirintih, jangan ditangis, jangan dilayan rasa itu, jangan dan jangan..


TAPI


jangan juga dihalang rasa itu, kerana saya jua manusia biasa, air mata ini juga berhak untuk dialirkan, jika itu adalah tanda persahabatan ini...


( Tafakkur sebentar, tenang itu perlu jua dicari)

Special Post

Monday, June 16, 2008

~..~ Selamat Hari Bapa,

Ayah, Abi, Ayahanda, Papa, Daddy, Walid, Baba...~..~

&
segala macam istilah buat satu insan itu di seluruh dunia

ESPECIALLY JUST FOR U : ~

ABAHKU
( Haji Abdul Mokti bin Ayob )
Hari-hari adalah " Hari Bapa buatmu "

Terlalu banyak pengorbanan, didikan, kasih sayang, dan segalanya darimu buat kami semua putera & puteri-puterimu. Keyakinan dan tawakkal yang tinggi olehmu hanya pada Allah, membolehkan semua anak-anakmu berjauhan. Jika tidak mana mungkin kau mahu melepaskan semua puteri-puterimu mengembara jauh dalam menuntut ilmu?, mana mungkin kau bisa melepaskan hingga kini 3 orang puterimu ke negara yang dikenali dengan Arab yang agak kasar? Aku berbangga menjadi anakmu. (Ya Allah terima kasih atas kurniaanMu ini)


Bagi saya, jika kasih seorang IBU membawa ke syurga,

kasih seorang AYAH?

Kasih seorang AYAH menghalang dari bakaran api neraka..

Kerana apa?, kerana jika kasih seorang ayah diberikan sepenuhnya kepada anak-anaknya berlandaskan apa yang dituntut oleh Islam, nescaya terselamatlah keluarga itu dari azab bakaran api neraka. Bukankah ayah itu adalah 'raja' di rumah, mengemudi keluarganya, dan dari titik peluh ayah itu, mengalirnya rezeki dari Allah buat santapan keluarganya. Rezeki itulah yang akan menjadi darah daging seisi keluarga. Dan, lupakah kita, seorang perempuan itu, akan dipertangungjawabkan ke atas, lelaki yang mahramnya, dan ayah adalah salah satu daripadanya.

Jadi,
Buat yang sudah bergelar "ayah", ucapkan tahniah pada dirimu,
Biarlah bahagia menjadi seorang "ayah" hanya dikau yang merasainya,
Tentu, dunia tidak memahami hakikat impian dan kasih sayangmu sebagai seorang "AYAH"..
Berbanggalah kerana engkau berjaya memenuhi tuntutan Islam, berkahwin dan menambahkan zuriat Nabi Muhammad SAW.
Maka, ukurlah kejayaanmu dalam mendidik keluarga pada nilai akhlak dan agama keluargamu
BUKAN semata-mata
KEJAYAAN si anak dengan mendapat kerjaya hebat.
dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan keluarga mu,
kerana
DOAMU jua ada satu 'power' hebat dan pasti Allah saja yang tahu hakikat itu.


Tambahan bagi yang akan atau bakal bergelar " ayah ", atau yang belum lagi...
Maka teladanilah satu idola agung dalam mendidik anaknya, itulah Nabi Muhammad SAW, dan pasti latihan itu harus dimulai sekarang.

***
Sedikit luahan hati saya buat mereka semua yang bergelar " ayah "
Saya suka memerhati mereka yang bergelar ayah, bila di jalanan, melihat si bapa dengan anaknya. Paling hati saya tersentuh kegigihan seorang ayah yang bergelar " Nelayan, Penoreh getah, Penarik beca, Petani, Penyapu sampah, Buruh dan semua mereka yang terpaksa berhadapan dengan panas terik, sejuk dan bahaya yang tidak diduga semata-mata mahu mencari rezeki yang HALAL untuk isteri dan anak-anak. Berbanggalah dengan apa jua kerjamu itu, apa jua taraf kerjamu, kerana kau berusaha dengan tulang empat keratmu untuk keluargamu. Tiada apa yang hina pada suatu kerja itu, hatta andai dirimu hanya penyapu sampah, atau pencuci tandas, banggalah kerana itu usahamu hingga anak-anakmu berjaya...!

&
hati saya terlalu tersentuh bila melihat si ayah mendukung dan mengusap manja si anak dengan penuh kasih sayang, melayan kerenah si anak dengan penuh sabar. Jika si ibu melakukan begitu, itu sudah semestinya, tapi jika itu dari kasih ayah...saya mengaguminya, dan hati saya begitu sayu. Cukup dulu!

( Hadiah dari saya : Lagu AYAH dari aeman , tak sempat nk tulis, lain kali mungkin ada rezeki )

Nilai pada "KECIL"

Sunday, June 15, 2008


Satu kisah.

............................................................................................................................................................................

Dalam perjalanan pulang dari pasar, si adik hairan, lalu bertanya abangnya, " Abang, kenapa orang tua tu masih lagi sanggup keluar seorang diri, di tengah-tengah kesibukan, dan mungkin terdedah pada bahaya?. Si abang lantas melihat si tua tadi. Lelaki tua tadi memang sudah berumur, bertongkat, jalan terhenjut, di tangannya sebungkus roti digenggam erat dan yang paling mengharukan dia masih berjubah, berkopiah dan tangannya ripuh mengira biji-biji tasbih. " Setiap orang yang diberi nyawa perlu menunaikan kewajipan selagi mampu dik. Orang tua tu, mesti ada tanggungan yang menyebabkan dia masih mahu berusaha atas kudratnya," jawab si abang penuh yakin. Dalam hatinya menyimpan rasa kagum kepada si tua. Kedua-dua beradik terus memerhati si tua. Ya, dalam perjalanan itu, dua kanak-kanak kecil riang menunggu si tua. Melihat pakaian, sesiapapun akan mengerti akan kemiskinan yang menimpa mereka. Bungkusan roti bertukar tangan. Girang kanak-kanak itu menikmatinya. " Kalau abang jadi macam orang tua tu, abang nak tak buat macam dia tiap-tiap hari?, soal si adik penuh tanda tanya. " Siapapun tak dapat menduga apa yang berlaku di masa akan datang. Hatta sekarang pun, abang yang berkudrat ini tak mampu menolong ibu pergi ke pasar setiap hari, bagaimana bila masa itu tiba, abang malu dik...", penuh ikhlas jawapan si abang. Berlalulah mereka untuk pulang ke rumah dengan satu tafsiran yang begitu tersirat.

..........................................................................................................................................................................

Satu pengorbanan seorang datuk kepada cucu-cucunya. Siapa tahu, inilah amalan yang bisa mengerbangkan jiwa suci itu ke syurga. Sekecil-kecil pengorbanan, sekecil-kecil amalan, jangan dipandang enteng. Dari sekecil itulah yang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Yang kecil, yang istimrar dan yang pasti yang betul-betul ikhlas. Siapa kita untuk menghitung dan membangga diri dengan pengorbanan yang kononnya dipandang besar oleh masyarakat?
( soalan ini, biar hari-hari saya bisikkan ke telinga, agar tidak lupa diri)

Melodi “ Ayah dan Ibu “

Monday, June 9, 2008



Melodi “ Ayah dan Ibu “

... membawa saya ke awangan sebentar, rehat di balik awan dan camar-camar, indah dalam gubahan kasih. Tunduk saya, cuba mencari arah, satu kekuatan. Mengalirlah air duka, bukan duka tapi bahagia, bahagia dalam satu sendu. Renung pada satu kenangan, putarannya entah berapa kali. Erat didakap melodi itu, kemudian terlepas, saya gusar. Cahaya kelip-kelip si bintang,datang dengan satu khabaran. Cuba bertanya, jawapannya begitu pasti, tapi, saya risau lagi. Nur si rembulan menyisih, tanya lagi saya, jawapannya begitu jua, akhirnya saya yakin dan pasti. Janji dariNya tak pernah termungkir, ya, Terima Kasih Ya Tuhan!




***

SATU....

Suara itu sayu untuk saya terus dengari, dan , saya pasti, akhir kalamnya, ada segunung harapannya yang tak terucap di bibir. Namun, kiasannya cukup bermakna buat saya. Hati saya cukup senang dengan kata-katanya, cukup ringkas, tak perlu meleret dan ia amat terkesan di hati. Beliau begitu pandai menyusun kata-kata buat puterinya. Beliau cukup pandai bersastera rupanya. Luahan rindunya kadang-kadang, saya tak dapat mengesan aral lintangnya. Kenapa begitu lambat buat saya untuk menyedarinya, inilah hikmah saya berjauhan darinya. Jadi, tak salah untuk saya menyusun seringkas mungkin bait-bait buatnya : ~


Bonda,

Tabah serelung jiwamu,
Kuat semangat juangmu,
Diam kau menyisih sendu,
Walau hatimu cukup pilu.

Bonda,

Tundukmu pada takdir Ilahi,
Sandaranmu tak pernah dimungkiri,

Kau terus berjalan dengan cara tersendiri,
Dan, bening-bening suci mengalir lagi.

Bonda,

Impian itu moga ketemu jua,
Potret kasih murni tetap di jiwa,
Senyum itu buatku bahagia,
Bahagia menyisih duka.


***

DUA...

Semangat suara itu melambung kata-katanya. “Takkalam Ya binti, Fi Lughah ‘Arabiah, Haisu kanat, Imma Fushah au ‘Amiyyah, La budda fi hazal Lughah!’, kalam yang tak lepas darinya. Bingung saya menyusun kata, beliau lagi lancar menuturnya. Saya malu dan terus malu. Aduhai, gersangnya saya di bumi anbiyak ini. Kontangnya saya dengan ilmu, berbanding beliau. Malu ini harus dicantas dengan tindakan! Cabarannya masih diingatan, impiannya, mahu lebih dan jadi ‘Terhebat’ darinya, itu sudah cukup. Tapi, biar ‘LEBIH’ lagi. Mampukah saya? Pening. Wajahnya saya tatap berkali-kali, ada sayu dari alis tuanya. Ada harapannya yang tinggi buat putera dan puteri-puterinya. Tak pernah lesu kalamnya, riang dan cerianya, saya tak boleh lupa, dan takkan sekali-kali lupa. Cukup dulu ya!

Ayahanda,

Nafas helamu berpuing pesan,
Mahal bening itu sukar dikesan,
Keringatmu pada satu keberkatan,
Guraumu berlagu pada kenangan.

Ayahanda,

Mau’izahmu berputar-putar,
Belajar biar rasa takut dan gentar,
Taqwa dan Malu pada Al-Jabbar,
Hatiku pening dan bergetar.

Ayahanda,

Nilaimu tafsirannya buatku kelu,
Fursah ini takkan terus berlalu,
Biar thabat tak perlu bertalu-talu,
Damai resah buat yang merindu.

***

LAGI...

Kaki saya turun kembali, memijak di bumi, setelah lama di lelangit. Lambai saya pada rembulan dan bintang, janji untuk ketemu esok. Camar-camar turut berjanji, akan terus menemani di balik awan. Sudah puas? Kata hati saya, enggan mengangguk. Usah risau, nanti janji itu terpatri. Bersaksikan pada Ilahi! Segan untuk mengangguk, biar, biar tenang dan damai bersama kalamNya, Ya, undur dulu ya!...

Santai..

Tuesday, June 3, 2008

...Terkadang, kita tension menghadapi kehidupan, opps, bukan terkadang, dalam masa sekarang nie, rasa macam selalu we fell frustration... Also, sometime life gets so busy, so, we didn't have time to see our friends, say something, even "Assalamualaikum", "How are u", or any simple word. Tapi, in fact, kita sebenarnya boleh sentiasa bertemu sahabat2, keluarga dan semua orang, How? Be perform our Solat Jemaah.... So, fantastic! It's really?... u believe it?? I believe it totally...!

Jadi, laksanakan segera.. nak jumpa orang jauh pun boleh.. Doa kita tu bukan tanda ingatan kita?.. jangan kedekut untuk doakan orang lain..Ameen..

Allah said in the Holy of Quran :

"....Allah burdens not a soul except ( with that within) its capacity.."
( Surah al-Baqarah : 286)

Dari Wanita buat Lelaki


Oleh : siti adawiyah abdullah
Tajuk : Dari Wanita buat Lelaki
Siri : Pertama



Dalam diam, pena si wanita juga mahu ditarikan...mahu meluahkan apa yang terbuku..kerana kami wanita, tidak kenal erti kekalahan, kerana kami juga ada impian dan harapan kerana kami, tidak bisa mahu ditindas, kerana kami adalah wanita, kerana kami mahu menjadi wanita yang paling bahagia di dunia..! Because , "We as, a woman, can be the Happiest Women in The World..!"


***


Golongan lelaki..sering mencari kesilapan wanita untuk dibetulkan.Kerana memikirkan merekalah golongan yang mahu melahirkan generasi pelapis perjuangan ISLAM.Kerana, wanita sering disimbolikkan dengan faktor keruntuhan akhlak, simbol segala kemusnahan dunia, simbol jatuh bangunnya kekuatan golongan lelaki, dan simbol segala.Manakala, golongan wanita, acapkali merasai perit teguran yang diberikan. Kerana hati seorang wanita tak pernah kenal erti kekalahan. Dalam diam, ada yang bangun untuk mengubah peribadi..ada yang terus memajukan diri, ada yang melaksanakan tuntutan ilahi, walau dalam perit menahan perlian golongan lelaki, kerana, kekuatan akal wanita terlalu kecil, dinisbahkan dgn golongan lelaki. Namun, kontranya, akal lelaki yang dikatakan berganda hebatnya dari wanita, terkadang culas dalam bertindak. Enteng menilai semangat perjuangan wanita. Angkuh, menilai pemikiran wanita, Bangga menilai kelemahan wanita.....Lalu..


bersambung siri akan datang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...