.::Renungkan Sahabatku::.

Saturday, April 28, 2007







Bukan senang nak senang ..RENUNGAN..
1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain buruk
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...


1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan...



Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecilitu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akanmenenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan takmempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencaripertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA....



"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu sekalian dengki Mendengki, Jangan putus Memutuskan tali Sillaturrahim, Jangan benci Membenci dan Jangan musuh Memusuhi. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang dperintahkan oleh Allah ke atas kamu? Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira... Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja... Jikalau kita lihat di dalam mata...
Petikan emel dari sahabat.

.:TIDURLAH SEBENTAR WAHAI PEJUANG UMMAH.::.







TIDURLAH SEBENTAR WAHAI PEJUANG UMMAH



Hendak tidur, tidurlah mata, Moga hilang nanti lelap di dada, Hendak lena, lena lah jiwa, Moga esokkan kembali ceria.... Lama aku berjuang, Ku menempuh duri dan gelombang, Lama ku berpanas hujan, Ingin ku regup setitik kedamaian.... Moga dapat ku rehat seketika, Membasuh lukanya dosa dan noda, Doakan aku teman semua, Bangkit ku nanti berjuang semula.... Nanti akan ku impikan, Bersama kita berganding tangan, Nanti akan ku impikan, Bendera Islam sama dikibarkan.... Aku kini lemah tak berdaya, Tak mampu rasa mengimbang perasaan, Kerdilnya diri di sisi Tuhan, Terasa malu menatap alam.... ...



Tinta As-Syahid Hassan Bannna...













Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal.
Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi.
Iringi imaginasi dengan realiti.
Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah.
Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan.
Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa.
Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada.
Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.
AL-IMAM HASAN AL-BANNA


Teks Arab As_Syahid:

ألجموا نزوات العواطف بنظرات العقول، وأنيروا أشعة العقول بلهب العواطف، وألزموا الخيال صدق الحقيقة والواقع، واكتشفوا الحقائق في أضواء الخيال الزاهية البراقة، ولا تميلوا كل الميل فتذروها كالمعلقة، ولا تصادموا نواميس الكون فإنها غلابة، ولكن غالبوها واستخدموها وحولوا تيارها واستعينوا ببعضها على بعض، وترقبوا ساعة النصر، وما هي منكم ببعيد.
Petikan: emel dari sahabat

Kalam Nurani...

Wednesday, April 25, 2007



Musafir itu adalah mawar..


Musafir di Gurun Sahara...

Hanya terus memburu Redha Pencipta..

Menyingkap kehidupan para Rasul Tercinta....

Mengimbau kegemilangan Zaman Sahabat Aulia'...

Mendamba sesuci sejernih Salsabila....


Pingitnya mawar sahara ini...

Terus menyulusuri perjalanan para sufi...

Untuk menjadi persis serikandi....

Menyumbangkan segala bakti dan budi...

Berjuang membela Islam di hati....

Menjadi sayap kiri perjuangan addin suci.....


Kadangkala ilmu dan kedangkalan iman...

Terkadang musafir ini keliru menduga...

Disinilah bumi musa dan Firaun derhaka...

Tersilap langkah terebah jua...


Namun mawar ini bukan sebarang mawar....

Walau meniti di sahrawi yang tawar....

Kesungguhannya terus menjalar...

Menjana kekuatan di kekontangan yang terpancar....

Terus mekar, megah walaupun tercalar....


Hakikatnya tiada siapa yang tahu....

Mawar ini tidak mewarisi sifat semalu...

Ia terus berjuang dan hidup walau ujian datang bertalu...

Kerana amanahnya perlu ditunaikan terdahulu...

Untuk terus mengaut khazanah Ilmu....

Mengimpikan pertemuan dengan Rabbul Jalil Yang dirindu....

Dan itulah impiannya yang satu..

Nukilan: SiTi aDaWiYah aBDuLLaH(pejuang kebebasan)

Bicara Kata?...Bicara Lidah?...Renungkan..





Salah satu kesempurnaan iman seseorang adalah kemampuannya untuk mengucapkan perkataan yang baik-baik. Sekiranya ia tidak mampu, maka cukup memadailah dengan sikap diamnya. Dalam hal ini sahabat Abu Hurairah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata baik atau (lebih baik) berdiam."(HR: Bukhari dan Muslim)


Pada hadith di atas, terdapat dua perkara yang menjadi kesempurnaan iman seseorang. Yakni sentiasa berkata baik dan bersikap diam. Berkata baik bagi orang yang mampu dan memiliki ilmu untuk berbuat dernikian. Diam adalah bagi orang yang tidak marnpu berkata-kata dengan kebaikan atau bagi tujuan meninggalkan ucapan celupar yang tidak berfaeclah bahkan menyakitkan hati orang lain.


Hasan al-Basri berkata: "Telah sarnpai (satu berita kepadaku) bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sebagai berikut: "Allah SWT mernberi rahmat kepada seorang harnba yang berkata-kata lalu ia mernperolehi faedah, atau ia diam yang menjadikan dirinya selarnat."(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dan al-Baihaqi dari Anas dengan sanad daif) Terdapat seorang lelaki meminta nasihat kepada Nabi Isa as. Ia berkata: "Tunjukkanlah kepadaku suatu amal yang membawa aku masuk syurga!" Nabi Isa menasihati: "Janganlah karnu bercakap selama-lamanya." Ia menjawab: "Sesungguhnya saya tidak akan sanggup, berbuat demikian."


Lalu Nabi Isa pun berkata: "Janganlah kamu bercakap sehinggalah ia berfaedah dan membawa kebaikan." Nabi Sulaiman bin Daud as. pula bersabda: "Bercakap itu ibarat perak dan diam adalah ibarat emas." Pada hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Simpanlah lidahmu kecuali membawa kebaikan, kerana dengan demikian bererti engkau telah dapat mengalahkan syaitan." (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dari sahabat Abu Zar) Sahabat Ibnu Mas'ud ra.berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Manusia itu ada tiga macam.


Ada yang mendapat pahala, ada yang selamat dari seksaan dan ada pula yang binasa. Yang mendapat pahala adalah orang yang mengingati (berzikir) kepada Allah SWT, yang selamat dari dosa adalah orang yang diarn, dan yang binasa adalah orang yang terperangkap kepada perbuatan (perkataan) batil." (HR at-Tabrani) Baginda Rasulullah SAW memberi garis panduan tentang perbezaan yang ketara antara lidah orang mukmin dan lidah orang munafik. Sabda baginda SAW sebagai berikut yang bermaksud: "Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya.


Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dati Hasan al-Basri) Jika diperhatikan kandungan hadith di atas, sesungguhnya orang yang bercakap lepas atau dengan kata lain mulut yang celupar adalah sebahagian dari sifat dan sikap orang munafik. Kerana itu seorang muslim jika ia akan bercakap mesti difikirkan lebih dahulu adakah mengandungi faedah atau sebaliknya. Segala risiko yang akan berlaku akibat percakapan yang diucapkan akan difahami dengan sepenuhnya sehingga sama sekali tidak membawa mudarat bagi dirinya dan orang lain.


"Sesiapa yang banyak percakapannya nescaya mereka terdedah kepada kesilapan. Sesiapa banyak kesilapannya nescaya banyaklah dosanya. Dan siapa yang banyak dosa nescaya neraka adalah lebih utama baginya."( HR Abu Na'im) Terdapat beberapa asar (yakni ucapan dan perbuatan para sahabat), di antaranya adalah seperti berikut; Ibnu Thaus menyifatkan lidah sebagai binatang buas, jika tidak dijinakkan nescaya ia akan menerkam mangsanya. Seterusnya ia berkata: "Lidahku itu adalah binatang buas, jika aku lepaskan, nescaya ia akan makan diriku." Wahab bin Munabih, seorang sahabat yang banyak mengetahui cerita nabi-nabi Israel berkata: "Adalah menjadi hak ke atas orang yang berakal untuk mengetahui keadaan zamannya, menjaga lidahnya dan menghadapi segala persoalan dengan baik.


" Hasan Al-Basri berkata: "Tiada memahami agamanya bagi orang yang tiada menjaga lidahnya." Umar bin Abdul Aziz ra, salah seorang Khalifah dan daulah Bani Umaiyah yang paling terkenal dengan kealiman, kewarakan dan keadilannya, telah mengutus surat kepada Al-Auzai sebagai berikut ; "Amma Ba'du, sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati, nescaya ia redha dengan seclikit dari apa yang diperolehi di dunia. Dan orang yang banyak menghitung perkataannya dari perbuatannya, nescaya akan menjadi sedikit percakapannya, ia hanya akan berkata ketika ada keperluan." Sesungguhnya diam itu mempunyai dua kelebihan bagi seseorang, iaitu akan menjadi selamat agamanya dan boleh memahami temannya.


Kerana itu benarlah kata Muhammad bin Wasi kepada Malik bin Dinar. "Bahawa menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia berbanding menjaga dirham dan dinar (yakni menjaga harta benda)." Diceritakan bahawa Al-Mansur bin al-Mu'taz salah seorang tokoh Sufi terkenal, beliau tiada bercakap walau satu patah perkataan pun sesudah solat Isyak selama 40 tahun. Al-Rabin bin Khaisam pula tiada bercakap dengan perkataan dunia selama 20 tahun. Pada suatu hari ia ditanya tentang sebab-sebab ia diam.


Maka ia menjelaskan sebagai berikut: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu sangat banyak, antaranya ialah bohong, mengumpat, marah, riya', nifak, mengkeji, berbantah-bantahan, menyakiti orang lain, mencabul kehormatan orang lain dan sebagainya." Salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada diri agar tidak banyak bercakap adalah sentiasa ingat dan yakin bahawa tiada satu patah perkataan yang diucapkan melainkan ianya akan dicatitkan oleh malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Al-Qaf :18)


Setiap perkataan tidak pernah terlepas dari salah satu empat keadaan iaitu: mengandungi mudarat semata-mata, mengandungi manfaat, terkandung di dalamnya manfaat dan mudarat dan yang terakhir tidak ada manfaat dan juga mudarat. Yang mengandungi mudarat, maka lebih baik dan bahkan mesti diam sahaja. Begitu juga yang mengandungi manfaat dan mudarat, maka ia bagaikan satu pertaruhan yang mungkin rugi ataupun untung. Jika diam maka sudah mesti dia akan beruntung. Adapun yang mengandungi manfaat, selalunya akan disertai satu kemudaratan sebagai cabaran terhadapnya. Yang terakhir pula yakni ucapan yang tiada mengandungi manfaat dan mudarat, maka sesungguhnya ia adalah sia-sia belaka sekiranya diucapkan.


Hampir Imtihan..

Tuesday, April 24, 2007




Imtihan Makin hampir..

tapi persediaan masih kurang..

Kadang-kadang,saya merungut jugak,kenapa kena periksa,belajar je tak boleh ke..

Tapi,bila difikirkan balik,macamana nak hadamkan kan ilmu kalau tak periksa?

Jadi,nak tak nak kena periksa!

Ingatkan diri sendiri,AKHIRAT nanti pun kita semua akan "diperiksa".Hah baru sedar persediaan pun tak banyak kan...

Post-Moterm amalan pun belum..sedangkan soalan ramalan dah banyak keluar,,,

Soalan Kubur pun jangan kita LUPA ye..

Renungan di Celah Kesibukkan

Tuesday, April 10, 2007




Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."


"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu.


"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"


Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.


"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...