Potret perjalanan

Thursday, March 20, 2008




Pena yang lama menyepi, rindu untuk ditarikan...
Banyak kisah suka duka yang terasa mahu dititipkan...
Banyak rasa yang mahu diterjemahkan...
Namun, siapa yang faham...siapa yang mengerti....siapa yang tahu...siapa yang melihat...siapa yang menjadi saksi...? Persoalan itu ditinggalkan. Jawapan diletakkan pada satu sandaran. Yang pasti, hati ini rindu dan lama untuk bercerita....Pada jari, teruskan untuk melakar. Pada mata teruskan menjadi saksi, pada serebrum, teruskan memproses data, pada ilmu di dada, tolong lorongkan jalan itu, pada perasaan, jangan terus beremosi......pada diri, tenangkan diri, catatan ini bakal menghiasi saki-baki hidup, hidup yang sudah tidak lama lagi.....dan pada yang membaca, jika boleh dikongsi, hayati, jika tidak, jangan terus mentafsir....


***



17 Mac 2008, bersamaan hari Isnin.



Tarikh itu, kejap di ingatan. Terjemah natijah yang saya tunggu-tunggu, baru berada di tangan. Saya tak pasti di mana silapnya, Tapi saya anggar, kes lidah tak bertulang, Ya, lidah yang ego berkata-kata. “Tahun lepas sekali sahaja saya menjejakkan kaki ke safarah, memang tak ingat jalan.., tapi tahun ni, Allah bagi hampir 7 kali saya ke safarah...puas menaiki bas 359, puas menziarah pihak kedutaan,.....Yakin hati ini mengatakan ini adalah satu ujian buat saya..” Risau ayahanda bonda, terima kasih kerana mendoakan. Apapun, hati cukup syukur dan tangan cukup girang, dan perasaan cukup terharu! Syukur Ya Rabb!..... mungkin satu perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi, bagi saya sepanjang tempoh perit ini, satu tarbiyah dan pengajaran dan satu pengalaman yang cukup tak ternilai...Cuma, harap ia selamat terbang ke Malaysia.





Satu Hari Lagi..



Satu hari lagi, seperkara pelik menjengah...hari yang saya memang berada dalam tahap “Ketidaklaratan yang tinggi” Usai pengkuliyahan, mata sudah terlalu kabur meniti jalan, tangan dan kaki hilang kekuatan sendinya. Dalam melewati tangga di kuliyah, seorang Arab dari satu kumpulan yang sedang duduk di tangga, menarik saya, terus dirangkul, dan dipeluk cium, umpama seorang ibu yang berpisah dengan anaknya. Kaget melihat perlakuan Arab itu, rakan-rakannya hanya senyum memerhati. “Kamu ingat kat aku tak, aku dah lama cari kamu, syukur pada Tuhan, aku dah jumpa kamu” lagi saya pelik, geleng kapala saya menafikan. “Eh, macamana kamu boleh tak ingat aku! Kamu jangan menipu!” tambah dia kasar. “tak, aku tak kenal”, lemah suara yang mampu dikeluarkan. “Sekarang, aku nak bawa kamu pergi jumpa Syuun, kamu kena ikut aku” kuat tarikan dia pada saya. Saya menolak, hati rasa lain. Ada aura-aura khianat yang ingin dibuat. Namun, lemah untuk saya halang. “Mana duit aku, kamu ambil kan, bagi pada aku sekarang..” balas Arab itu, dalam nada tinggi dan suara serak menahan tangis. Saya geleng, suara saya tersekat, diri cukup lemah, saya tak mampu, balas saya hanya “..aku tak faham..”. Bengang Arab itu, terus dia menjerit kuat mengatakan saya menipu. 2 orang Indonesia yang melintas, pelik dan menolong saya. Setelah berbalas kata, 2 teman ini tegas berkata “ Ni kawan aku, dia tak ambil duit kamu, lepaskan dia sekarang..” pantas seorang daripadanya menarik tangan saya. Dalam masa yang sama, Arab tadi terus berkeras dan menarik tangan saya juga. Pening, saya hanya menurut..Tapi, mujur 2 teman tadi terus berkeras, dan saya berjaya meloloskan diri. Syukur, terus, 2 teman tadi berkenalan. Indah ukhuwah dalam Islam, bangga saya melihat mereka. Melihatkan saya berseorangan untuk pulang, sungguh-sungguh mereka berpesan..” Jaga-jaga ya kak, elok-elok, risau kami” Senyum saya, tangan terus melambai. Perkenalan itu cukup berharga... Terima kasih Tuhan atas sekelumit ujian ini! Hikmah berharga di sebalik peristiwa ini..



Coret-coret: Bahayakah berjalan seorang diri di kuliyah?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...