Fatah bantu Israel tahan Hamas

Saturday, August 11, 2007

Mungkin ramai yang telah melupai pesanan dan rintihan Syeikh Yaasin sebelum kesyahidannya kepada Pemimpin Islam dan rakyat Islam yang hanya mementingkan kebahagiaan duniawi tanpa memikirkan keperitan rakyat Palestin! Lihatlah sendiri apa yang berlaku pada pemimpin Palestin , Mahmooud Abbas yang dilihat berkerjasama dengan Israel! Konon mahu memberi kerjasama menentang Penjenayah dan "Terrorist".Persoalannya siapakah "Terrorist" yang sebenarnya??

Lupakan firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah:

"Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama dan petunjuk mereka.."


Berita : Dari Berita Harian



Fatah bantu Israel tahan Hamas





Penduduk Palestin label Mahmoud Abbas pengkhianat, boneka rejim Zionis, AmerikaGAZA: Tentera Israel, dengan kerjasama militia Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Amerika Syarikat di Ramallah melancarkan operasi besar-besaran menyerbu pusat penempatan penduduk Palestin, menahan berpuluh-puluh penyokong dan aktivis Hamas, kata sumber dan saudara mara mangsa yang ditahan.

Laporan Pusat Media Palestin menyebut, kempen itu kebetulan serentak dengan pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Pengerusi PA, Mahmoud Abbas di bandar Jericho, Isnin lalu.Di tengah Tebing Barat, tentera Israel menahan tiga aktivis Palestin di kampung Abu Falah di barat laut Ramallah. Aktivis keempat ditahan di kem pelarian Jazalone dan tentera berkata, mereka menahan aktivis kelima di wilayah Hebron.Di Nablus, tentera Israel menangkap ‘tiga lelaki dikehendaki’ kerana disyaki menentang pencerobohan Israel, manakala di pekan Shoyoukh berhampiran Hebron, militia PA bertopeng dilaporkan menggeledah beberapa buah rumah dan menahan 18 yang disyaki aktivis Hamas.



Komander di Hebron, Samil al Seifi, memberitahu agensi berita tempatan bahawa tahanan disyaki menjadi anggota kumpulan pejuang dan menegaskan penangkapan dibuat berdasarkan undang-undang.Bagaimanapun, anggota keluarga tahanan menyangkal keras dakwaan itu sebaliknya berkata mereka tiada kena mengena dengan kumpulan pejuang.“Mereka cuma orang Islam biasa. Tiada kena mengena dengan pasukan pejuang. Saya rasa ini sebahagian operasi menghapuskan pergerakan Islam; ia bertujuan mengambil hati Israel dan Amerika Syarikat dan mendapat pujian dari kedua-duanya,” kata Muhammed Halayka, sepupu salah seorang tahanan.Seorang lagi penduduk, Yousuf al Mashni, menuduh rejim Mahmoud pengkhianat kerana bersekongkol dengan Israel menentang ‘penduduk Palestin.’“Tiada beza antara kedua-duanya, maksud saya Israel dan PA.



Kedua-duanya melakukan tugas sama, menekan penduduk Palestin,” katanya.Hamas mengeluarkan kenyataan mengecam keras tindakan ‘samseng dan pengkhianatan’ terhadap penyokong Hamas di bandar Shoyoukh .Kenyataan menyebut, sebanyak 100 kenderaan dan 900 anggota keselamatan dari segenap penjuru Tebing Barat menyerbu bandar Palestin dan menahan 18 aktivis, sebahagian daripadanya sudah dibebaskan dari tahanan Israel.

..**..


..~.. "Ya Allah Kuatkanlah Hati-hati Rakyat Palestin..Hancurkanlah Israel Laknatullah.."..~..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...