Salam Imtihan

Thursday, May 27, 2010


BismillahiRahmaniRahim...

Tinggal lagi beberapa hari saya, dan teman akan menghadapi imtihan fasa 2. Kesempatan yang ada, selamat menghadapi imtihan buat semua penuntut Universiti Al-Azhar, tidak kira bidang Dirasat atau Perubatan. Juga buat semua, pelajar Perubatan di semua universiti di Mesir ini. Dari bumi Iskandariah hingga bumi Kaherah. Semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah kita, juga restu ayahbonda yang setia mendoakan. Fatrah imtihan inilah,banyak mengajar kita pelbagai perkara tanpa kita sedari. Teruskan usaha!

Saya dan teman-teman 3 Syariah Islamiah, Kaherah akan bermula pada 29 Mei ini. Kami selesai ujian syafawi 20 Mei yang lalu.Ujian syafawi yang 'membantai' otak-otak kami. Jadual 3 Syariah adalah seperti di bawah :

29 Mei : Al-Quran
1 Jun : Fiqh Muqaran
5 Jun : Usul Fiqh
8 Jun : Fiqh Syafie
12 Jun : Qodhoya Fiqhiyah Muasarah
15 Jun : Qahah Bahas Qodhoya
19 Jun : Hadis Ahkam
22 Jun : Qahah Bahas Usul Fiqh
26 Jun : English


1. English madah fasa 1, tapi tiba-tiba ada pula tahun ni,jadi, agak lambat habis imtihan.
2. Buat semua, sudilah kirimkan doa buat kami.Terima kasih.

Sekatan Israel menghalang pembinaan semula Gaza - PBB

Tuesday, May 25, 2010

Sumber :: www.map2street.blogspot.com

Dalam laporan terkini PBB, mengatakan bahawa 'sejak 3 tahun Gaza dikenakan sekatan, usaha bagi membangunkan semula prasarana dan infrastruktur bangunan-bangunan yang musnah dalam perang Israel ke atas Gaza(akhir 2008, awal 2009) masih lagi tersekat'.

Pautan lain:

2) Web rasmi UN(arabic)

Laporan itu mengesahkan yang diterbitkan semalam mengenai 'program pembangunan PBB', bahawa usaha membangunkan semula Gaza tidak dapat dijalankan secara sempurna. Setakat ini hanya 25% dari kemusnahan itu dapat dibina kembali. Kebanyakan bahan-bahan binaan yang telah digunakan dalam membangunkan semula Gaza, sama ada dibawa masuk(seludup) melalui terowong-terowong bawah tanah antara sempadan Gaza-Mesir atau runtuhan bangunan yang 'dikitar semula'(recycle).

Laporan turut menjelaskan berkenaan tempoh masa semenjak akhir januari 2009 sehingga akhir januari 2010, Pertubuhan-pertubuhan Bantuan Antarabangsa mendapati usaha mereka dibelenggu dengan sekatan Israel malah juga dihalang dari menggunakan bahan-bahan binaan yang dibawa masuk(seludup) ke Gaza melalui terowong bawah tanah.

Berikutan itu, laporan PBB menyatakan, Pertubuhan-pertubuhan Bantuan Antarabangsa Arab dan Islam telah merintis usaha bagi membangunkan semula Gaza yang ternyata lebih berkesan. Laporan tersebut menyatakan sedemikian kerana projek pembangunan semula Gaza yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan berkenaan menggunakan bahan-bahan binaan yang tiba di Gaza melalui terowong bawah tanah.

Menurut sumber dari laporan tersebut, jumlah kos yang telah dibelanjakan dalam membangunkan semula Gaza semenjak 2009 belum lagi hampir USD173 juta. Ekoran itu, Semenanjung Gaza masih memerlukan lagi jumlah USD527 juta yang lain bagi mengembalikan keadaannya sebagaimana sebelum perang. Sumber 24/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Fakta menarik(arkib maklumat):

1) Sekatan Israel ke atas Gaza bermula setelah HAMAS menguasai Semenanjung Gaza pada 2007.

2) Satu persepakatan 'gencatan senjata' antara HAMAS dengan Israel telah dicapai hasil rundingan dengan Mesir yang menjadi pihak tengah. Gencatan itu bersifat tenang bertempoh selama 6 bulan, bermula pada 19/06/2008, jam 6.00 pagi(Mesir) dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi antara HAMAS dan Israel.

3) Antara syarat yang mesti dipatuhi adalah HAMAS dan Israel tidak boleh menyerang antara satu sama lain selama gencatan ini berjalan, malah Israel perlu membuka sempadannya dengan Gaza agar Gaza dapat dibekalkan semula dengan bahan bakar, makanan, perdagangan dan seumpamanya.

4) Israel cuba menjadikan isu tawanan Gilad Shalit(seorang tentera Israel yang kini ditawan pejuang Palestin di Gaza) sebagai 'pertukaran' dengan pembukaan sempadan dan membenarkan kemasukan bahan-bahan bakar, binaan, makanan dan seumpamanya ke Gaza, namun HAMAS membantah seraya menjelaskan isu Gilad Shalit akan diselesaikan dengan dokumen pembebasan Palestin dari penjara Israel.

5) Selama tempoh gencatan(tenang), Israel kerap kali melanggar syarat perjanjian sehingga mendorong pejuang Palestin melancarkan serangan roket. Malah dalam masa yang sama Israel menggiatkan penentangannya ke atas penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

6) Disebabkan sikap Israel yang kerap kali melanggar gencatan senjata ini, maka HAMAS dalam pertemuan dengan kumpulan dan gerakan pembebasan Palestin yang lain mengistiharkan gencatan senjata berakhir pada 18/12/2008. Masyarakat antarabangsa menggesa HAMAS agar menilai semula keputusan tersebut.

7) Sepanjang tarikh tersebut, Israel kerap mengebom Gaza dan pejuang-pejuang Palestin membalas serangan.

8) 27/12/2008, sekitar 11.00 pagi, Al-Jazeerah melaporkan Israel menyerang Gaza(serangan udara) secara berterusan.

9) Jumlah kematian di kalangan penduduk Palestin Gaza yang berpunca dari sekatan ini telah meningkat ke angka 370 mangsa.

Mapim mohon kerajaan jaga keselamatan kapal ke Gaza


Berita dari : www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada kerajaan agar bertindak menjaga keselamatan misi kapal ke Gaza.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) itu memaklumkan majlis itu yang terdiri dari 24 buah organisasi Islam seluruh negara memohon perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak Perdana Menteri.

Mohd Azmi di dalam surat yang bertarikh semalam itu memberitahu, suatu misi kapal yang kini berhimpun di Turki dari Ireland, Greece, Sweden, Free Gaza Movement, Malaysia sedang bersiap belayar ke Gaza untuk memecah sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kepada Gaza.

Pihaknya juga menggesa kerajaan Malaysia dan seluruh ahli Parlimen supaya bertindak untuk mengambil langkah perlu bagi menjaga keselamatan misi kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa hari ini.

Katanya, Kerajaan Malaysia perlu mengguna pengaruhnya untuk memberi tekanan antarabangsa terhadap Isarel yang bersikap angkuh dan degil menyekat dan menindas penduduk Gaza serta menafikan kemasukan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

“Gesaan kami adalah berdasarkan sikap dan pendirian angkuh Israel dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel yang mahu menyekat dan mungkin mengambil tindakan militeri terhadap misi kapal yang digelar Freedom Flotilla,” ujarnya.

Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement) atas nama Freedom Flotilla dengan beberapa organisasi lain yang mengambil inisiatif menganjurkan usaha pelayaran 8 buah kapal penumpang dan kargo kini sedang bergerak ke arah Gaza melalui Laut Mediterranean untuk masuk ke pelabuhan Gaza.

Menurutnya lagi, matlamat misi kapal itu adalah untuk memecah kepungan Israel terhadap Gaza dan menyampaikan bantuan berupa ubatan, alat persekolahan dan bahan binaan untuk rakyat Gaza yang sedang menderita sejak polisi mengepung Gaza yang dikenakan oleh Israel dan serangan ganas Israel yang dilancarkan ke atas Gaza selama 22 hari pada awal 2009 yang lalu.

Mapim, katanya mendapati tindakan Israel yang cuba menghalang kemasukan kapal-kapal kemanusiaan tersebut tidak boleh diterima dan mesti dicabar. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang maritim antarabangsa malah menafikan hak asasi penduduk Gaza.

Mapim juga, tambahnya menggesa kerajaan Malaysia segera menghantar nota desakan supaya pejabat Setiausaha Agung PBB mengambil langkah segera supaya misi kapal yang membawa lebih 600 orang penumpang dari 20 negara yang terdiri dikalangan ahli parlimen, tokoh jurnalis, ahli akedemik dan aktivis NGO antarabangsa serta ahli media bersama lebih 20,000 ton bahan bantuan, dilindungi dari sebarang tindakan agresif pihak Israel.

“Kerajaan Malaysia juga sewajarnya menimbangkan agar satu kapal pengiring khas dihantar untuk memastikan kapal kemanusiaan itu dapat sampai dan barang bantuan disalurkan kepada rakyat Gaza.

“Mapim merasakan ini wajar dipertimbangkan. Malaysia secara langsung juga terlibat dengan misi ini kerana sebuah kapal khas hasil dari wang derma yang dikumpulkan di kalangan rakyat Malaysia telah dibeli melalui Perdana Global Peace Organization,” ujarnya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu.

Beliau berkata, Mapim menyeru ahli Parlimen Malaysia juga mengambil daya usaha untuk memberi tekanan kepada badan antarabangsa seperti PBB, Kesatuan Eropah dan OIC supaya misi kapal tersebut mencapai matlamat menyelamat penduduk Gaza.

Katanya, sidang Parlimen yang akan datang perlu mengeluarkan suatu usul khas untuk mengutuk Israel dan mendesak supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Israel.

“Masyarakat dunia perlu mengisytiharkan Israel dan Amerika yang turut mendokong kezaliman ini dipertanggungjawabkan ke atas penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza khasnya dan di seluruh Palestin amnya.

“Tindakan dan maklum balas dari pihak YAB Datuk Seri sangat diharapkan,” ujarnya lagi di dalam surat tersebut.

Negaraku Malaysia


Malaysia semakin maju? Rakyat Malaysia mampu melakukan segala! Meredah lautan, mendaki gunung tertinggi, melepasi angkasa, berjalan kaki beratus-ratus kilometer dan pelbagai lagi. Bangganya pimpinan Malaysia. Namun, masalah gejala social menumbuh dengan begitu sihat sekali. Kita boleh melihat masalah keruntuhan akhlak membunga dan membiak ke serata tempat.


1. Kes bunuh yang semakin menjadi-jadi.

Anak bunuh mak ayah, cucu bunuh nenek, suami bunuh isteri, kekasih bunuh kekasih, kawan bunuh kawan, kawan bunuh musuh, sudah banyak berlaku. Baru-baru ni, ibu bunuh anak tanpa rasa bersalah pun ada.


2. Kes zina semakin menjalar.

Masalah ini usah diceritakan lagi. Kalau dulu, dalam lingkungan umur 20 ke atas, sekarang di sekolah rendah pun berlaku. Macam-macam bentuk, dan keadaan. Nenek tua pun terlibat jugak? Kalau baru lepas kita sambut merdeka, merdekalah anak mudi belia Negara Malaysia. Banyak pengakuan pekerja-pekerja DBKL, kondom bersepah-sepah. Apa maknanya?


3. Kes rompakan dan curi.

Ini kes yang seronok kita tengok. Macam-macam nama geng ada. Geng mamak, kepala botak. Dulu rompak-rompak saja, sekarang kalau tak bagi, bunuh jawabnya.


4. Kes pukul.

Semua nak tunjuk hebat. Padahal, Kehebatan dan Kekuasaan hanya milik Allah. Bagaimana indera yang dikurniakan, boleh disalurkan untuk melakukan kefasadan di muka bumi ini? Di Asrama, kes ni biasa berlaku. Namun, sekarang trend baru, pelajar pukul guru. Hebatkan?


Itulah realiti keadaan ummat Malaysia. Paling menyedihkan, orang-orang ini kebanyakannya yang mengaku, Allah sebagai Tuhan, dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Apa punca semua ini?

Dalam keadaan ini, terdapat pula pihak inigin menghalalkan perkara yang haram. Natijahnya bagaimana? Semakin membenihlah kefasadan di muka bumi.


1. Judi diberi lessen, bersempena Piala Dunia nanti untuk mengawal judi.

2. Pemberian kondom khas untuk mengelakkan penyakit HIV merebak.

Ini kes lama, namun, kes ini seolah-olah sama kesan dan caranya seperti kes lessen judi.



Bila saya terfikir, adakah ini caranya kita mengawal? Kita boleh menganologikan begini:


Seorang ibu pening melihat anak kecilnya yang suka menghidu bau gas beracun di luar kawalan dan pengetahuannya. Selepas itu, dia memarahi anaknya. Akhirnya, si ibu membuat keputusan, kalau ingin menghidu bau gas mesti di hadapannya atau dengan kata lain, di dalam kawalannya. Si anak, walaupun diberitahu begitu, akan dia mencuri-curi juga ketika di belakang ibunya. Namun, lessen yang diberi oleh ibu bonus baginya. Si anak akan terus sakit dan berkemungkinan akan mati dengan tindakan tersebut. Sepatutnya, si ibu menghalang terus anaknya, kerana racun itu adalah benda yang bahaya. Walaupun dibuat secara kawalan, bahayanya tetap ada.



Kesimpulan.

Sebagai umat Islam, yang halal tetap halal. Dan yang haram tetap haram. Melainkan perkara darurat yang dibenar Islam, itupun berdasarkan kaedah “ Darurah tuqadiru biqadariha”. Apa jua cara untuk kita mengelakkan perkara-perkara haram berlaku, adalah dengan cara menegahnya sehabis-habisnya, bukan membuka jalan untuk lebih luas ia dilakukan tanpa kita sedari. Selamatkan bumi Negara kami Malaysia, Ya Allah!

Kajian MANHAL Mengenai Lesen Judi

sumber: www.pmram.org

Menjawab isu “judi bola sepak” yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di Malaysia, Markaz Pengumpulan Hasilan dan Kajian PMRAM (MANHAL) telah mengkaji isu ini dan akan menyebutkan pendapat ulamak serta pendirian PMRAM terhadap masalah ini.

1) Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah HARAM di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.

Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.

2) Melihat kepada konteks Malaysia selaku negara yang mempunyai majoriti umat Islam, perkara ini seharusnya tidak berlaku. Bahkan jika dikaji, setiap agama yang wujud juga melarang penganutnya daripada berjudi, kerana akibat serta kesannya kepada masyarakat amatlah buruk serta bahaya.

3) Amalan berjudi hanyalah akan melahirkan masyarakat yang hilang pedoman serta pertimbangan hidup, menggalakkan berlakunya permusuhan dan menghilangkan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Maka tindakan pihak berwajib memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA secara tidak langsung telah membuka ruang berlakunya kebejatan akhlak serta keruntuhan moral dikalangan masyarakat Malaysia.

judi.jpg4) Alasan yang digunakan adalah ‘untuk mengawal pertaruhan haram berlaku’ seolah-olah memperolokkan agama. Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.

5) Maka tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ternyata menyalahi dan melanggar nilai moral agama. Hukum berjudi tetap tidak akan menjadi halal walaupun dengan cara memberi lesen. Kita boleh analogikan isu ini seperti hukum memakan babi. Adakah ia akan menjadi halal sekiranya kita menyembelih mengikut lunas Islam? Maka sudah pasti hukumnya tetap haram.

6) Oleh itu PMRAM menyeru kepada semua pendokong-pendokong Islam untuk bangkit dan menyatakan kebenaran terhadap isu yang berlaku ini. Kita tidak inginkan masyarakat Malaysia terjebak dalam perkara-perkara maksiat seperti ini. Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.


Kemenangan Rima Fakih – Mencemarkan Maruah Wanita Islam

Sumber : www.hewipmram55.blogspot.com


Pertandingan Ratu Cantik USA yang dimenangi oleh Rima Fakih baru-baru ini memberi satu tamparan hebat dan mencemarkan maruah wanita Islam. Sekali lagi imej Islam yang sudah cukup sempurna dari pelbagai aspek kehidupan dicalari. Pendedahan yang dibuat oleh beberapa akhbar seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam telah memenangi pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Menurut laporan akhbar, Rima Fakih merupakan wanita berusia 24 tahun, berketurunan Arab Lebanon telah menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA, 18 Mei lalu yang mewakili Negara Michigan. Pertandingan itu disertai oleh 51 peserta, berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Rima yang berasal dari Dearborn, Michigan telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003. Rima juga mengakui bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian..

Kenyataan yang dibuat oleh akhbar-akhbar mengenai kemenangannya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan terhadap wanita Islam.

1. Wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA.

Label Islam yang diketengahkan seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam juga menyertai dan layak memenangi pertandingan Ratu Cantik. Islam tidak pernah melarang umatnya terutama wanita untuk berhias dan kelihatan cantik. Namun, ada cara dan batas tertentu yang digariskan Islam. Pertandingan Ratu Cantik USA ini, sudah jelas bertentangan dengan hukum Islam terhadap aurat wanita Islam yang wajib dipelihara daripada pandangan lelaki ajnabi, apatah lagi dibuat tayangan atau satu pertandingan. Ini merupakan salah satu amalan masyarakat jahiliyah yang merendahkan martabat wanita dan hanya dilabelkan sebagai bahan pemuas nafsu, tanpa ada sebarang fungsi.

2. Pengakuan Rima bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Islam adalah agama yang sempurna, tanpa perlu bergantung kepada agama lain. Allah juga menyuruh manusia mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Bagaimanakah mahu mengamalkan dua agama yang sudah jelas perbezaan perkara usul, iaitu Ketauhidan. Disini dapat dilihat satu plot untuk menjatuhkan Islam daripada hasil kefahaman Islam Liberal yang semakin menular dengan merosakkan pemikiran umat Islam supaya tidak lagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta hukum Islam yang sedia ada dalam konteks dan teori keagamaan yang bebas.

3. Alternatif Pertandingan Ratu Cantik

Tahun lalu, bertempat di Riyadh, seorang pemenang Ratu Cantik Sukaina Al-Zayer yang berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa parasnya, namun dia bertuah kerana berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik. Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini.

Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Cantik Akhlak' dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa. Ukuran yang dilihat adalah berdasarkan komitmen peserta terhadap moral Islamik. Malah, pengutamaan diberi kepada jiwa dan moral yang dimiliki seseorang tanpa hanya mengira kecantikan.

Inilah imej yang dibawa oleh Islam. Dalam apa jua keadaan, hukum Islam tetap diutamakan dan diamalkan secara menyeluruh di dalam kehidupan. Penegasan Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 :

“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu, dan isteri orang-orang mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan jibabnya ke seluruh tubuh mereka. Demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu, mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
***


Tambahan :

1. Teringat di Malaysia dahulu, seorang mufti yang menegur tentang Pertandingan Ratu Cantik. Pandangannya tidak diterima dengan baik. Bahkan seolah-olah dia bersalah kerana menegur benda yang haram ini berlaku.
2. Saya berminat dengan Pertandingan Ratu Cantik Akhlak di Riyadh. Menarik dan memberangsangkan.

Tindakan Melampau

Saturday, May 22, 2010


Belum reda lagi kemarahan ummat Islam terhadap tindakan biadap penghasilan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh salah seorang warga Denmark. Hasilnya pemboikotan terhadap barangan Negara itu memberi kesan yang besar terhadap Negara itu. Kini, baru-baru ini, ada lagi jiwa yang berani mencabar kesucian nabi akhir zaman. Perbuatan ini, mengundang sejuta kemarahan umat Islam, bahkan seluruh makhluk di muka bumi ini amat membenci perbuatan ini, dan pasti kemurkaan Allah lebih-lebih lagi. Apa yang mereka mahu dari pertandingan melukis gambar Nabi Muhammad SAW di halaman social yang cukup popular kini, Facebook? Keseronokan atau sengaja mahu mempersendakan ummat Islam? Si Pelaku sudah minta maaf? Mudah menghina dan mudah juga memohon maaf ya?



Sedikit berita saya petik dari BBC, in Friday 21 May:

US CARTOONIST APOLOGISES OVER FACEBOOK MUHAMMAD ROW

A cartoonist whose work inspired an internet campaign inviting people to draw images of the Prophet Muhammad has apologized for her role in the row.

Writing on her blog, Molly Norris said her satirical cartoon was “hijacked” and that the campaign was “offensive to Muslims”.

‘Right to expression’

Molly Norris drew a cartoon in April to protest against the decision by a US television channel to cancel an episode of the popular show South Park because of a contentious depiction of Prophet Muhammad. In her cartoon, Mr Norris satirically proposed May 20 as an Everybody Draw Muhammd Day.

The idea inspired a separate Everybody Draw Muhammad Day group on Facebook which rapidly gained in popularity.Mr Norris says that she had nothing to do with the page even though her name was posted on it.Some media reports implied that she had set up the Facebook campaign.

“I never started a Facebook page, I never set up any place for people to send drawings to and I never received any drawings,”she said on her blog.

She apologized for her role in the controversy and said that the content of the page was “offensive to Muslims who did nothing to endanger our right to expression in the first place”.

***



Andai Saidina Ummar masih hidup,pasti pedangnya gagah menghunus pada jiwa-jiwa biadap ini! Dalam kes sebegini, kita jangan hanya memandang perbuatan menghina pada orang-orang kafir sahaja, ada juga ummat yang mengaku Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai RasulNya, turut menghina nabi dan kerabat baginda. Ada yang tanpa segan silu, menghina isteri baginda. Kata dan perbuatan ummat Islam sebegini, adalah lagi teruk dari orang-orang kafir. Buat apa mahu mengaku sebagai Islam, namun, tanpa malu, mempersendakan Baginda dan sunnahnya?



Perbuatan orang-orang kafir ini,memang sudah secara terangan, dan kita lihat dengan jelas, namun apa yang kita takuti,adalah perbuatan yang dibahasakan sebagai “Duri dalam daging”, atau “menikam dari belakang” dan yang seangkatan dengannya. Perbuatan yang dibuat oleh ummat Islam sendiri, untuk menjatuhkan Islam. Kita amat takuti, generasi-generasi Kamal Attartuk. Generasi yang bercita-cita memusnahkan Islam di tangan mereka. Bertopengkan pada Islam, agenda di sebaliknya sungguh dasyat! Perancangan demi perancangan dibuat bersama kafir laknatullah, secara senyap, demi kepentingan diri. Inilah bangsa yang cukup jahat tingkahnya. Lihatlah bagaimana jatuhnya Khilafah Islamiyah pada tahun 1924 yang lalu. Mari kita belajar sejarah, agar sejarah lalu tidak berulang.



Kenyataan Manhal PMRAM : Larangan Secara Mutlak Bagi Melukis Gambar Nabi


Sumber : www.pmram.org


Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook.

Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya.
Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain.

Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah. Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya.

Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah.
Allah berfirman didalam surah Nuh ayat ke 23 : Maksudnya : "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan.

Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah.
Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi.

Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja.
Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Sekalipun hadis ini diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hukumnya merangkumi semua para Nabi dan Rasul.

2. Dengan melukis para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali.

Firman Allah S.W.T:
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka" (57: al-Ahzab)

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa menyakiti Nabi Muhammad s.a.w.adalah seumpama menyakiti rasul yang lain yang diutuskan Allah S.W.T kepada umat manusia.
Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan Nabi SAW bukanlah suatu yang baru, ia merupakan rancangan Yahudi dan sekutunya di dalam menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi rentetangan perancangan daripada pihak mereka. Apa yang penting kita selaku penuntut ilmu agama dan pejuang di jalan-Nya mesti sentiasa peka setiap isu yang berlaku dan pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji-janji para sahabat RA ketika bersama dengan Nabi SAW.

Ya Muhammad


Tajuk : Ya Rasul

Oleh : siti adawiyah abdullah


Ya Rasul,

Jasamu belum terbalas,

Umat ini belum mengerti,

Pada penat lelah,

Tangismu di akhir itu.

Ya Rasul,

Padang sahara sayu melihat perjalananmu,

Awan setia menemanimu,

Tanah bangga menanggung telapakmu,

Semua tersenyum bahagia mendampingimu.

Ya Rasul,

Sengsara umat di hujung ini,

Kau janjikan pada FirmanNya,

Allah tidak pernah menzalimi,

Sentiasa Merahmati dan Mengasihani.

Ya Rasul,

Sujudmu di akhir hari,

Doamu tulus penuh harap,

Beningmu syahdu mengalir,

Hanya kerana ummatmu ini.

Ya Rasul, Ya Habiballah.

Rindu kami tak tertanggung lagi,

Kami tak pernah redha dengan mereka!

Angkuh dan bangga,

Menyesatkan umat ini,

Mempersendakanmu dan dakwah suci,

Kami mempertahankan kemuliaanmu,

Syafaatkan kami,

Moga kita dipertemukan di riyadhNya yang indah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...