Mabruk buat Abah

Saturday, March 28, 2009


Sempena Maulidur Rasul, Mabruk buat Abah ~

Kenalan dari Malaysia mengucapkan tahniah pada kakak saya. “Tahniah pada ayah” Kakak merujuk kepada saya,”Abah dapat apa, sempena Maulidur Rasul?”. Saya geleng. “ Tak dapat
apa-apa berita pun dari keluarga”, jawab saya yakin. Lantas, kami bergegas ke cc, memanjangkan talian buat keluarga yang jauh di Malaysia. Segalanya terjawab, setelah sempat saya dan kakak curi-curi berita dari internet. Oh, rupanya, dah lama tak ke cc, banyak berita yang tak dapat diketahui. Sebelum tu, selalu juga saya membuka internet di handset, mungkin medium yang kecil membataskan. ‘Ala kulli hal, Alhamdulillah. Segalanya pemberian Dia Yang Maha Memberi. Mungkin, rezeki buat cucu sulung, Fatih.

Banyak kurniaNya pada abah, April ini akan ke Makkah, mengerjakan umrah dan membawa rombongan jemaah haji dari Malaysia. Mungkin ini rezeki buat abah, yang sejak dulu, kami tahu banyak yang sudah abah lalui dalam hidupnya, merentasi segala macam kepayahan sejak dari kecil hingga sekarang. Segalanya akan terbayar. Dan Dialah Yang Maha Pemurah akan membayar, walau tidak di dunia, tapi ganjaran itu pasti ketemu di akhirat! Ameen…

*** Sedikit berita dari akhbar yang sempat saya ambil ***

News Straits Times : 2009/03/10

Present were Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa and wife Raja Puan Muda Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Sultan Azlan said Islamic preaching would flourish when humanity stopped slandering and refrained from showing hatred and greed, adding that being humble, respectful of others and showing kindness would help in the propagation of Islamic teachings.The ruler later presented the state Tokoh Keluarga Mithali award to the family of Azizan Mohamed Desa, 70, from Kampung Ngor Sauk, Kuala Kangsar.

The imam of the Iskandariah mosque in Pengkalan Hulu, Abdul Mokti Ayob, 56, was named Tokoh Pegawai Masjid. Ahmad Shahimi Pandak Hassan, 51, from Kampung Kledang Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, won the Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat, while Ali Din, 57, from Ipoh was named the Tokoh Guru Agama Dakwah.

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) meletakkan Al-Quran di atas rehal sebagai simbolik perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kanan). Sambutan yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' dihadiri seramai 1,500 hadirin.




TAHNIAH... (Dari, kiri) Tokoh Kelurga Mithali, Azizan Mohamed Desa, Tokoh Pegawai Masjid, Abdul Mokti Ayob, Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat Ahmad Shahimi Pandak Hassan dan Tokoh Guru Agama Dakwah Ali AC Din bergambar bersama anugerah yang diterima masing-masing pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.



***

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...