Mahasiswa?..

Friday, October 5, 2007



Oleh : Intan Abdullah


Setelah selesai teka teki tarikh pilihan raya kampus (PRK), senarionya terus bergolak dengan insiden-insiden tradisi setelah gendang ‘pertandingan’ dipalu.
Umpama tradisi, menjelang PRK insiden-insiden tersebut mengganggu keharmonian perjalanan rutin kehidupan seseorang mahasiswa di menara gading.
Terbaru, pelajar tahun pertama, Jurusan Sains Gunaan dan Pengajian Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Khalila Bakri ditangkap dan dikasari ketika bangun untuk mengerjakan solat sunat dan qiyamullail.


Beliau yang merupakan penghuni Kolej Kediaman Ke sepuluh disoal siasat oleh Presiden Kolej, Arie Sakina yang terserempak dengannya pada jam 4.30 pagi 12 September lalu.
“Kemudian dia meminta saya mengeluarkan apa yang berada di bawah tudung saya dan di dalam poket seluar saya. Dia menuduh saya mempunyai dan mengedar risalah haram,” demikian menurut laporan aduan beliau.
Setelah Khalila diperiksa diri dan gagal menemui apa-apa, dengan tegas Arie mengarahkan Khalila memasuki biliknya, kemudian memanggil dua lagi rakannya untuk menjalankan soal siasat


“Jika saya mendiamkan diri dia telah mengatakan saya tidak beradab. Saya tidak tahan mendengar kata-kata kutukan beliau lalu bertindak untuk keluar daripada bilik tersebut tetapi ditahan oleh dua orang rakannya. Mereka menahan dengan memegang saya serta merentap baju saya sehingga koyak,” menurutnya lagi.
Khalila merasakan kekasaran yang dilakukan ini mengganggu fikiran serta mengganggu konsentrasi pembelajaran beliau memandangkan beliau merupakan pelajar tahun pertama di kampus tertua itu.
Sementara itu di kampus yang sama, pelajar tahun ketiga Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Mohd Hilman Mohd Nordin telah dirampas barang-barang peribadi, komputer riba dan kamera.
Kejadian tersebut berlaku pada 12.15 tengah malam 5 September, selepas di tahan oleh Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran tanpa diberikan sebab.
Ujarnya, semasa kejadian tersebut berlaku beliau diziarahi oleh rakan beliau, Taufiq, dan secara tiba-tiba Penyelia Kolej iaitu Mahaghanapati mengetuk pintu bilik dan memasuki bilik bersama beberapa orang lagi.


“Kemudian Mahaghanapati telah menghubungi Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran yang tiba sejurus selepas itu. Beliau juga telah memanggil maka wakil Jabatan keselamatan untuk datang ke bilik saya,” demikian menurut aduan tersebut.
“Saya ditahan dengan alasan saya telah membawa masuk pelajar luar ke dalam kawasan kolej kediaman.Barang-barang saya juga dirampas iaitu laptop dan camera. Kemudian saya dibawa ke pejabat keselamatan bersama rakan saya Taufiq bagi membuat siasatan lanjutan,” menurutnya lagi.
Semasa beliau saya di soal siasat oleh Pegawai Keselamatan, Muzakir pada jam 12.30 tengah malam di pejabat keselamatan, kad pengenalan bersama dan rakannya diambil untuk dibuat salinan.


Hilman turut diminta memberikan kata laluan atau password bagi membuka laptop tetapi beliau enggan, yang menyebabkan pihak keselamatan meminta juruteknik bertindak memecahkan kod laluan bagi membuka laptop tersebut.
“Kemudian rakan-rakan telah datang dan kekecohan telah berlaku. Seterusnya saya telah di soal siasat berasingan,” jelas laporan tersebut.
Beliau menyatakan bahawa penahanan tersebut adalah tidak berasas berdasarkan Perkara 28 (1) Bahagian III Tatatertib Asrama yang dinyatakan dalam Buku Panduan Mahasiswa “Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri” demikian menurutnya lagi.



***

"Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu, selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih..."


Mengamati nasyid dendangan kumpulan Hijjaz di satu pagi yang hening..terlalu menusuk hati.Jika diamati sebetulnya...nyata banyak yang perlu dikoreksi.Tak perlu komen panjang, terus diri yang lemah ini, seadilnya perlu memberikan sedikit perhatian dengan apa yang berlaku pada mahasiswa sekarang.Sejujurnya pandangan itu perlu lahir dari hati..bukan kerana kebencian, bukan kerana keluhan dan yang pasti bukan kerana paksaan! Mungkinkan apa yang berlaku di bumi Malaysia sekarang, yang berlaku pada harapan ummah dan Islam, yang berlaku pada mahasiswa yang selayaknya di beri peluang untuk memimpin, mahasiswa yang mahu sejujurnya melunaskan tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran .. ITU.. adalah lahir dari 'pandangan akal yang selalu tersalah, pandangan nafsu yang selalu menipu' golongan yang megahnya melakukan jenayah terhadap mahasiswa seperti yang berlaku pada mahasiswa yang diceritakan di atas?


Nyata bilamana kita mengamati berita pilihanraya kampus di Malaysia, banyak kejadian-kejadian yang berlaku..agak 'girang' juga peristiwa sedih ini menjenguk golongan mahasiswa yang mahu memimipin dengan seadilnya mengikut acuan Islam.Mengapa dan mengapa sekatan dan penyelewengan terus berlaku? Kerana Malaysia sebenarnya tandus dalam 'demokrasi yang dibawa'.Selayaknya kebebasan suara diberi kepada golongan mahasiswa yang bakal meneraju negara sepertimana yang diberikan oleh Indonesia kepada rakyatnya.Ya, Indonesia yang sangat demokrasi dalam hai ini.Lihat sajalah, bagaimana demokrasi, tunjuk perasaan bebas dilakukan oleh golongan mahasiswa mereka! Pimpinan tidak adil di negara mereka yang jatuh kerana suara mereka.Bukan kita mahu menjatuhkan pimpinan, tapi, kita mahu menegakkan pimpinan yang benar.


"Tapi hati bila dikotori..bisikannya bukan lagi kebenaran...
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..jasad lahir..tumpuan manusia..
Utamakanlah pandangan Allah..daripada pandangan manusia.."


Mual untuk membicarakan politik demokrasi yang diuar-uarkan di Malaysia.Kerana hati itu sebenarnya telah dikotori, lantas menatijahkan bisikan yang bukan lagi kebenaran..tapi mengikut nafsu yang selalu melulu..Penantian untuk menunggu pandangan mengikut hati yang bersih sebenarnya.Teringat kalam abah bila ditanya bagaimana Malaysia sekarang? Ringkas jawapannya: " Seperti yang ada di akhbar"..nyata akhbar yang mempamerkan berita-berita yang menakutkan! Pilu..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...