Harapan Tidak Buta..

Thursday, September 6, 2007

"Semakin jauh ku dariMu.. semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Semakin cuba ku dekati...semakin kuat pula Kau mendugai aku..."
Harapan Tidak Buta..


Dengan nama Allah, Rabbul Jalal..Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam.., buat para anbiya' dan para solihin.. doa dipanjatkan buat para syuhada..dan pejuang Islam..Moga kita juga tergolong dalam golongan yang dikasihiNya..Syabas buat adhoc pelaksana MAT & MKAC KPIPM kali ke 41.Terharu mendengar ucapan veteran-veteran pimpinan yang sememangnya melalui liku-liku pedih dan getir dalam perjuangan..Pena ini ditarikan lantaran kekecewaan sebenarnya, kerana kerdilnya diri ini dalam memberi sumbangan buat persatuan ini, kurangnya semangat dalam memberi cadangan paradigma yang dapat menaikkan KPIPM itu sendiri..Terasa seolah-olah mahu menghukum diri! Namun maaf dipohon buat KPIPM.. Moga ini satu noktah bidayah dalam memberikan yang terbaik!..

.._..


Tercalon dalam AJK HEWI, satu takhlifan yang tak pernah dipinta! satu amanah yang terlalu berat untuk dipikul sebenarnya! Sesekali hati ini meminta untuk bersendirian.. di satu destinasi

"Destinasi cinta yang kucari..sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa didalam HATI...."

yang aman..aman dari segalanya..mahu bebas dari segalanya..mahu bebas dari segala tanggungjawab! Ya mahu hidup Bebas! kerana diri ini dinamakan "kebebasan"?, kerana diri ini lahir diambang kemerdekaan? kerana itukah sebenarnya?...TIDAK SESEKALI!

Diri ini sebenarnya terlupa hakikat penciptaan manusia seperti yang dilakarkan dalam Al-Quran sendiri, " Tidaklah Allah mencipta manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Allah"..Hakikat manusia itu sendiri adalah "Khalifatullah".. Takkan sunyi dari sebarang tanggungjawab, hatta kepada diri sendiri..Jadi tahklifan itu sendiri adalah daripada Allah..dan Allah tidak sesekali menzalimi hambaNya..Allah tidak sesekali membebani jika bukan dengan kadar kemampuan hambaNya.Bukan tidak pernah melalui detik getir ini, sewaktu di sekolah dahulu, menjadi Presiden Dakwah, tapi seakan tidak sanggup untuk melaluinya lagi..Namun inikah yang dinamakan pejuang?

"Berjuang ertinya terkorban..rela berjuang kerana kebenaran..antara dua jadi pilihan..Dunia yang Fana atau Syurga.."
Seharusnya tidak jemu dalam perjuangan.. kerana bisikkan kehampaan dan kejemuan itu, ianya pasti datang dari bisikan syaitan..Syaitan yang tidak pernah jemu dalam membisikkan hasutan-hasutan kejahatan buat Bani Adam yang menjadi permulaan keluarnya dari Syurga Allah!
"Namun ranjaunya tidak akan sunyi.. selagi denyut nadi belum berhenti..Durjana Syaitan kan cuba menodai.. seggumpal darah bernama HATI.."

Apa yang pasti, diri ini merasai, ini adalah tarbiyah dari Ilahi, untuk merasai perjuangan para Nabi yang nyata jauh lebih beza kepayahannya dalam menegakkan Kalam Rabbi!..

Doa dipanjatkan buat Ilahi..
Harapan digarapkan buat semua ahli..
agar kita sama-sama menghayati erti pengorbanan dan perjuangan itu sendiri...
Kerana kita belum lagi berkorban buat Islam itu sendiri..
Hanya memberi sumbangan tanpa merasai..
keperitan untuk menjadi penghuni Firdhausi...


Namun keyakinan hati ini..segalanya akan dimudahkan Ilahi.. Harapan kegemilangan dan kejayaaan itu tidak pernah malu untuk menjelma dalam diri..kerana Allah itu pasti mengkabuli setiap permintaan hambaNya yang diiringi dengan keilhlasan.. kerana keyakinan itulah diri ini.. mahu melakukan yang terbaik setelah kekecewaan itu dibaluti pengharapan dan keyakinan.. kerana harapan itu.. harapan itu tidak BUTA....


"Tika dalam derita..atau sepi kembara..dihadirkan rasa cinta sisih segala duka..anugerah dari Nya.."



..--..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...