Wanita yang aku sayangi

Thursday, October 16, 2008


Buatmu Wanita


Wanita yang aku sayangi…
Adalah ciptaan tuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir…

Wanita yang aku rindui…
Adalah wanita di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut jhati kecilnya
Senantiasa membesarkan Allah…

Wanita yang aku cinta…
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi..

Wanita yang aku impikan….
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku di lamar kebendaan dunia…

Wanita yang aku kasihi…
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda…

Wanita yang aku sukai…
Menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita untuk putera-puteri
yang bakal dilahirkan
untuk menyambung
perjuangan di belakang hari…

Sesungguhnya …
Wanita yang selalu
Berada dalam doaku…
Dirimu dan seluruh kaum Hawa…
Jadilah kamu…
Wanita MUJAHIDAH..
Yang diimpikan itu…



( Tertarik dengan emel sahabat saya,
Jadi, saya tayangkan sajak yang bermakna ni,
Untuk tatapan pengunjung-pengunjung, buah tangan saya
masih dalam proses. Banyak yang masih tertangguh. Kepingin saya
untuk memberinya kepada semua. Namun, ada masa, karya itu bakal keluar.Keluar kat blog pun jadile kan?, ada rezeki lagi, boleh kot keluar kat buku.Buat sahabat mesir, tekunlah dalam menuntut Ilmu, kuliyah pun dah buka.Undur dulu !....;)

Salam Syawal 1429H

Friday, October 3, 2008



Nukilan : siti adawiyah abdullah
Nihayah Ramadhan di balik Rima Syawal….




Maka dengan nilai ini,
Bukan dicagar di nihayah Ramadan,
Tunjang hasanat bersama baja taqwa,
Segar mewangi di madrasah tarbiyah….

Demi entiti waktu cemas itu,
Sesak al-Qalb di landa percikan al-’ajal,
Lestari bronkus menjana kekuatan,
Tersentap lonjakan larian si nafsu…

Terus di nihayah ini,
Sukar menelan pahit aliran noda,
Bukan mudah meniti lorong itu,
Pedih dari segenap ulu pilu…

Indah fajar syawal ceria bersinar,
Pada akhir di nihayah itu,
Sedu di hujung perisai al-Itq,
Syahdu di tirai takbir nur syawal…

Demi segala episod di nihayah Ramadan,
Untuk thabat di balik rima Syawal…


Kemaafan di ‘Idulfitri.

Ada masanya ketika hidup cabaran,
Melanda menerjah diri,
Pada sekeping hati, teralpa jua kita,
Pada kelembutan budi pekerti.

Ada ketikanya sering kita lupa lagi,
Pada halusnya nurani,
Terusik persaudaraan, tergurislah perasaan,
Walau itu bukan maksud dan tujuan.

Sampai masanya idulfitri bertamu,
Di ruang waktu bagai biduk lalu,
Di samudera kabut lalu kiambang,
Persaudaraan bertaut semula.

Terciptalah kemaafan, terukir pengampunan,
Pada yang berkasih sayang,
Kerana Tuhan takkan lama ianya terpisah,
Bertaut di hari raya.

Pada Nur Ramadan yang terus membara,
Sinar kemeriahan syawal pun menyala,
Kita raikannya dengan indah bersaudara,
Menjadi sebagai tangan kiri dan kanan.

Yang sentuhan keduanya,
Saling membersihkan,
Kembali kepada fitrah,
Kepada ukhuwah kembali seluruhnaya kepada Allah,
Berkah di hari raya.

Maafkan saja segala sengketa lama,
Yang membeku di jiwa,
Di bulan yang mulia,hari yang bahagia,
Moga ukhuwah terjalin selamanya….


*salam 'idulfitri*

Maaf zahir batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...