Monday, September 10, 2007


SELAMAT HARI LAHIR

"Adik-adik, langkahmu harus dijaga..Pastikan ini langkah yang kau yakini penghujungnya.."


Dedikasi sepi tanpa nada dilagukan khas buat mereka yang tercinta.Maaf atas ketidaksempatan waktu yang makin menghimpit dan kian rasa tersepit, namun tidak adil untuk melupakan wajah-wajah penuh makna dalam hidup ini!..

Moga Allah merahmati kalian, dihari yang berbahagia, moga pertambahan usia ini dihayati penuh makna bersama kehadiran Ramadhan yang bakal memunculkan diri..

..***..

Selamat Hari Lahir buat yang tercinta :

Yang ke 54 tahun buat ~ Abah pada 12 September akan datang
Yang ke 17 tahun buat ~ Ashfa pada 8 September yang lepas
Yang ke 11 tahun buat ~ Ummi pada 24 September yang akan datang
Yang ke 8 tahun buat ~ A'idah pada 29 September yang akan datang

Ucapan buat yang tercinta :

Pada abah, moga tabah dalam meniti usia.Teruskan kerja-kerja dakwah yang sememangnya membaluti dirimu, moga sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu yang sudah menjadi pakaianmu...moga dikurniakan kesihatan yang kuat untuk melunaskan segala impian..dan moga bergelar gelaran datuk suatu hari nanti..:p Doakan anakmu di sini.

Buat Ashfa, wajahmu kini lebih seri dengan kematangan usiamu.kedewasaanmu kini menuntut kekuatan dalam menghadapi cabaran duniawi dan Malaysiawi buat remaja yang memang menakutkan..Moga persediaan untuk menghadapi SPM tak lama lagi seiring juga dengan persediaan untuk menempuh era kegemilangan remaja..
Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas sandaran ye dik..ok, sayang kak pa!

Buat Ummi yang riang dan ceria sokmo..dah makin dan makin ayu nampak.Kuatkan semangat untuk belajar..rebut peluang belajar English elok-elok.Tak paham, kena tanya yang pakar.Yang penting semangat dan usaha.Lagi satu, jangan tinggal solat, lepas tu hafaz Quran banyak-banyak, buat elok-elok untuk UPKK, ok..sayang umi..!



Khas buat A'idah yang comel dan makin comel..adik dah besar, jangan buat perangai macam budak kecil lagi ye! Rajin-rajin belajar, tolong mak dan abah, jaga Ammar elok-elok.Nanti periksa, bagi dapat nombor satu ye..barulah jadi adik kesayangan..ok, rindu kat A'i.

..-..

Harapan Tidak Buta..

Thursday, September 6, 2007

"Semakin jauh ku dariMu.. semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Semakin cuba ku dekati...semakin kuat pula Kau mendugai aku..."
Harapan Tidak Buta..


Dengan nama Allah, Rabbul Jalal..Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam.., buat para anbiya' dan para solihin.. doa dipanjatkan buat para syuhada..dan pejuang Islam..Moga kita juga tergolong dalam golongan yang dikasihiNya..Syabas buat adhoc pelaksana MAT & MKAC KPIPM kali ke 41.Terharu mendengar ucapan veteran-veteran pimpinan yang sememangnya melalui liku-liku pedih dan getir dalam perjuangan..Pena ini ditarikan lantaran kekecewaan sebenarnya, kerana kerdilnya diri ini dalam memberi sumbangan buat persatuan ini, kurangnya semangat dalam memberi cadangan paradigma yang dapat menaikkan KPIPM itu sendiri..Terasa seolah-olah mahu menghukum diri! Namun maaf dipohon buat KPIPM.. Moga ini satu noktah bidayah dalam memberikan yang terbaik!..

.._..


Tercalon dalam AJK HEWI, satu takhlifan yang tak pernah dipinta! satu amanah yang terlalu berat untuk dipikul sebenarnya! Sesekali hati ini meminta untuk bersendirian.. di satu destinasi

"Destinasi cinta yang kucari..sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa didalam HATI...."

yang aman..aman dari segalanya..mahu bebas dari segalanya..mahu bebas dari segala tanggungjawab! Ya mahu hidup Bebas! kerana diri ini dinamakan "kebebasan"?, kerana diri ini lahir diambang kemerdekaan? kerana itukah sebenarnya?...TIDAK SESEKALI!

Diri ini sebenarnya terlupa hakikat penciptaan manusia seperti yang dilakarkan dalam Al-Quran sendiri, " Tidaklah Allah mencipta manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Allah"..Hakikat manusia itu sendiri adalah "Khalifatullah".. Takkan sunyi dari sebarang tanggungjawab, hatta kepada diri sendiri..Jadi tahklifan itu sendiri adalah daripada Allah..dan Allah tidak sesekali menzalimi hambaNya..Allah tidak sesekali membebani jika bukan dengan kadar kemampuan hambaNya.Bukan tidak pernah melalui detik getir ini, sewaktu di sekolah dahulu, menjadi Presiden Dakwah, tapi seakan tidak sanggup untuk melaluinya lagi..Namun inikah yang dinamakan pejuang?

"Berjuang ertinya terkorban..rela berjuang kerana kebenaran..antara dua jadi pilihan..Dunia yang Fana atau Syurga.."
Seharusnya tidak jemu dalam perjuangan.. kerana bisikkan kehampaan dan kejemuan itu, ianya pasti datang dari bisikan syaitan..Syaitan yang tidak pernah jemu dalam membisikkan hasutan-hasutan kejahatan buat Bani Adam yang menjadi permulaan keluarnya dari Syurga Allah!
"Namun ranjaunya tidak akan sunyi.. selagi denyut nadi belum berhenti..Durjana Syaitan kan cuba menodai.. seggumpal darah bernama HATI.."

Apa yang pasti, diri ini merasai, ini adalah tarbiyah dari Ilahi, untuk merasai perjuangan para Nabi yang nyata jauh lebih beza kepayahannya dalam menegakkan Kalam Rabbi!..

Doa dipanjatkan buat Ilahi..
Harapan digarapkan buat semua ahli..
agar kita sama-sama menghayati erti pengorbanan dan perjuangan itu sendiri...
Kerana kita belum lagi berkorban buat Islam itu sendiri..
Hanya memberi sumbangan tanpa merasai..
keperitan untuk menjadi penghuni Firdhausi...


Namun keyakinan hati ini..segalanya akan dimudahkan Ilahi.. Harapan kegemilangan dan kejayaaan itu tidak pernah malu untuk menjelma dalam diri..kerana Allah itu pasti mengkabuli setiap permintaan hambaNya yang diiringi dengan keilhlasan.. kerana keyakinan itulah diri ini.. mahu melakukan yang terbaik setelah kekecewaan itu dibaluti pengharapan dan keyakinan.. kerana harapan itu.. harapan itu tidak BUTA....


"Tika dalam derita..atau sepi kembara..dihadirkan rasa cinta sisih segala duka..anugerah dari Nya.."



..--..

Terharu khabar dari Malaysia.

Thursday, August 30, 2007

Rindu..dan rindu

"Ammar nak jadi ulama nanti"

Rindu pada Ammar Naufal..rindu yang tak terucap..lama meninggalkan Ammar..dah besar,Seronok mendengar cerita dari kakak.Ammar yang dulu, ketika di jaga, masih kecil, tak pandai berkata-kata.Tapi kini, air mata yang mengalir..sebak dan terharu, kalimah agung itu, Allahuakbar telah dilafazkan oleh bayi sekecil Ammar, Moga nanti bakal menjadi pengganti Dr.Yusof Qardhawi..Moga nanti jadi macam Tok Ki, rajin baca kitab ye!!!



Permulaan Baru





Alhamdulilah..selamat semuanya.Tenang melihat wajah2 seri raja sehari.Kakak yang dulu banyak memberi tunjuk ajar, kini mempunyai tanggungjawab lain.Moga amanah yang baru ini dapat dilaksanakan dengan baik.."Isteri Solehah dan Ibu Mithali"

Sebak menjelang 31 Ogos 2007



Selamat Kemerdekaan buat negaraku Malaysia yang ke 50 tahun..




Dedikasi ini dilagukan penuh pengharapan buat warga Malaysia.Moga kemerdekaan ini dihayati dengan penuh rasa syukur! Ya, syukur sebagai negara yang masih lagi bebas bergerak tanpa ada deringan peluru dan bom..seperti di negara yang lain..Terutama Palestin...Ya, Palestin yang dicintai kini makin dirobek-robek..Geram melihat keangkuhan Israel itu! Al-Aqsa kini dalam detik-detik penaklukan mereka..Seandainya umat Islam leka dan tidak berdoa.., tidak sesekali, dan tidak!Ianya takkan berlaku!..




Dan dedikasi ulangtahun yang ke.. buat diri yang lemah ini, pertambahan umur kian meningkat, moga penambahan amalan jua turut meningkat! Bimbang keculasan amalan, umur yang panjang, tetapi amanah tak terlaksana..Moga Malaysia semakin ke arah kemajuan dan diri ini juga pada tarikh keramat 31 Ogos 2007..

Takziah

Wednesday, August 29, 2007


Marilah sama-sama memanjatkan doa buat Dr Yusuf Qardhawi yang dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan.. Moga ulama ini dikurniakan kesihatan bagi meneruskan perjuangannya!..

"A MIND"- Memang mengharukan



Actually, im very glad to join A MIND (Anniversary of Malaysia's National Day). Nothing 2 say, it's really.....?? To think it's all over is a bit sad..Really it's fun..so touch!




Lama tak menjenguk lubuk ini.Sibuk menyertai A MIND yang begitu mengharukan! Teruja dengan gimik perasmian di Nadi Syabab, Hayyu 'Asyir, dan segala acara yang berlangsung.Mewakili Kontinjen TULIP ( Perak, Kedah & Melaka) membawa erti ukhuwah dan kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.Semangnya kerjasama yang ditunjukkan oleh kontinjen TULIP amat mengharukan.Apa yang tak dapat dilupakan ialah berjaya mengalirkan air mata bening penonton, tatkala persembahan pentomen kontinjen TULIP mengegarkan Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor.



Kisah suka-duka episod perjuangan kemerdekaan dalam menuntut dan membela maruah agama Islam sebenarnya yang diinjak-injak oleh kafir laknatullah.Penjajahan yang sebenarnya takut dengan perkembangan Islam yang diperjuangkan oleh Tok Kenali dan pejuang-pejuang yang lain.Hakikat kesedaran untuk membela negara dilaungkan sendiri oleh pelajar-pelajar Azhar sendiri dengan menyebarkan risalah dan majalah kesedaran antaranya Al-Manar.



Semalam majlis kemuncak A MIND bagi SISWI berlangsung dengan megah di Dewan Haflah Kubra.Kek gergasi hasil sumbangan setiap BKAN mewarnai acara pada hari itu.Kek yang dihiasi bendera Malaysia menarik perhatian setiap ahli.Lebih mengharukan, kontinjen pentomen TULIP sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan sebagai anugerah dan penghargaan kerana bergelar JUARA! Nyata saya begitu teruja..sekali lagi hati ini menari riang.Setelah tewas dalam acara Debat ala Parlimen ketika berentap dengan pasukan Cempaka, hadiah buat hari lahir yang bakal menjelang 2 hari lagi, kemenangan bagi acara pentomen memang membahagiakan!



Namun, sekali lagi kami Kontinjen TULIP menjerit riang dan mengucapkan syukur atas kurniaan Ilahi, apabila Kontinjen TULIP dianugerahi gelaran JOHAN bagi Kontinjen Terbaik menewaskan Teratai yang mendapat Naib Johan, Cempaka ketiga, Melati, Lavender dan Kenanga. Sememangnya, sokongan padu dan sorakan buat Kontinjen TULIP menarik hati juri dan AJK HEWI PMRAM.Kesekian kalinya..."Thanx A Lot 4 TULIP's participant.. and who had gave their support 4 us!" May Allah Bless us with shower us The Lots of RAHMAT...



...-*-...




Konsert Raudhatul Infaq PMRAM tidak mengecewakan..


Syabas buat kumpulan INTEAM atas persembahan yang diberikan.. Terima kasih jua dihulurkan buat kumpulan nasyid yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini, kerana sudi membantu pihak PMRAM dalam mendapatkan apartment... Didoakan moga PMRAM akan terus dapat menunaikan misi dan visi dengan sempurna walaupun ujian yang datang melanda tanpa segan silu.Jua buat Presiden PMRAM yang tidak mengecewakan ahli apabila turut membuat persembahan bersama INTEAM, moga dikurniakan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan perjuangan..





"Keyakinan hati ini, impian itu bakal dikabuli Rabbi suatu hati nanti..! Pasti.."


Santai kejap..

Tuesday, August 21, 2007

"Subhanallah.."-sarang anai-anai

"Lailahaillallah.."

Bagaimana serangga sekecil ini boleh mencipta sarang mereka dengan
membentuk Kalamullah?
Sumber: emel sahabat

Iklaneka

Sunday, August 19, 2007

Kemerdekaan kali ini ada kelainan.Menyambut di negara orang.Jadi kita selaku ahli PMRAM,mari join program kemerdekaan yang sememangnya menarik dari yang tertarik!Sekadar promosi ringkas, maklumat lanjut layari laman web pmram:

.:Bazaria:.
"Jom gi Bazar.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...