Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Monday, October 22, 2007

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. HajiFadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedahyang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikanhatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah:"Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur,senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku,cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif." Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukanperkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pastihalal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.


"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Ubat gigiku..?

Friday, October 19, 2007

From: Mashitah Bt Hashim (HRM/PDB) Sent: Wednesday, 03 October, 2007 9:14 AMSubject: FW: UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN Importance: High



Tuesday 25 September 2007 - 06:35:52
EMEL PILIHAN-UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China . Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’. Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini

http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.


..~*~..
1.Pesanan Saya :
Pesanan dari saya buat anda yang mahukan gigi secantik dan seindah umpama kasturi memutih, marilah sama-sama kita membeli barangan dan alternatif lain, apa lagi kita selaku pengguna islam, maka belilah barangan Islam..Banyak lagi produk keluaran Islam.Bersugi itu merupakan sunnah nabi, dan banyak kelebihan yang kita boleh dapati daripada bersugi, jadi laksanakan sunnah nabi sebagai bukti kecintaan kita terhadap baginda, maka aplikasikannya dengan cara yang betul..dan akuilah produk barangan Islam adalah yang terbaik..!
2. Komen dari yang tak mahu tukar alternatif:
" Ala, susahlah nak dapat barangan keluaran Islam"
" Ubat gigi lain tak sedap, dan tak sesuai dengan gigi saya"
" Isy, dah biasa pakai colgate, mana boleh tukar yang lain.."
" Ubat gigi yang lain, mahallah, tambah produk keluaran Islam, mana ada duit ni, kita kena save budget"
" Memang ubat gigi ni yang terkenal, yang lain, mana saya tau ada.."
" Ala, gunalah apa yang ada, kita tak mampu nak guna yang lain.."
....opps..banyak lagi komen ni..mungkin komen dari anda sendiri..?!
3. Alternatif lain :
Ubat gigi keluaran Halagel
Ubat gigi Mukmin
Ubat gigi keluaran HILAL
Ubat gigi jenama SIWAK
Ubat gigi Zaitun
......isy..banyak lagi alternatif lain...saya pun tak sempat nak tulis..
4. Kesimpulannya :
Manusia ni, banyak berjidal apabila disuruh melakukan perkara yang baik yang tak dianggap tak sesuai dengan dirinya..Nilaiannya pada diri kita sendiri.Mahu melakukan perubahan itu, mamang payah, pelbagai alasan yang dilontarkan.Untuk memilih barangan Islam pun, banyak yang beralasan panjang! Ini, nak tukar ubat gigi, belum lagi yang lain, yang rata-ratanya susah nak menukar pilihan yang lebih bijak.Kadang-kadang kita dah tahu kekurangan yang ada pada barang yang kita gunakan, dan kita tahu kelebihan yang ada pada barangan alternatif, tapi..kenapa begitu sukar ye? Tambah-tambahan pengguna Malaysia yang beragama Islam.Muhasabah buat saya dan kita bersama..Marilah jayakan produk barangan Islam.

Wednesday, October 17, 2007

Promosi

Nadwah Mirath 2007


Buat sesiapa yang berminat dengan ilmu miras...bolehle cepat-cepat mendaftar di bawah program Nadwah Miras anjuran PMRAM yang tak pernah lekang dalam memberikan kebajikan kepada ahlinya..Syabas buat Badan Penyelidikan dan Pengetahuan.. yang gigih melaksanakan tugas..

Tahniah
Festival Konvokesyen 2007


Tahniah buat yang berjaya dalam peperiksaan yang dah bergelar graduan dan graduanita!Moga pulang ke Malaysia membawa segunung harapan yang menjanjikan kebahagiaan buat ummah.Kepada yang lain, marile kita gi tengok konvo, tak join pun tak pe, insyaAllah satu hari nanti kita pun join sekali..

Tuesday, October 16, 2007

"Banner SAIF '07, menarik dengan font jawi, syabas pada semuanya!"

'Idul Fitri 1428...membawa bersama memori..

Berjauhan buat kali kedua menyambut lebaran dirasakan amat pedih untuk dilalui.Namun wajah-wajah penuh makna takkan dilupa walau kekadang masa terlalu angkuh untuk menewasi gerak-geri langkah yang cuba diatur dan disusun sebaiknya.Salam lebaran penuh harapan buat dua insan yang banyak menuai benih iman dan islam, yang banyak menanam pucuk kasih sayang, yang banyak menyiram dengan kesabaran, yang banyak mencantas segala parasit akhlak, yang banyak membajai ilmu dan pengetahuan, yang menjaga dengan penuh keihklasan, menjaga permata ini, agar permata yang semakin menginjak dewasa ini, bakal menjadi seseorang yang berjasa, bisa menjadi serikandi harapan ummah, bisa menjadi persis Siti Khadijah yang tabah sebagai sayap kiri perjuangan, bisa hadir sebagai abid seikhlas Rabiatul Adawiyah..dua insan inilah yang merasai perit dan jerih dalam melayani kerenah si permata ini, kerana yakin si permata ini mampu menjadi yang terbaik satu hari nanti, kerana yakin kesukaran dan keperitan yang dihadapi bakal mendapat seindah perhiasan dunia..Doa yang dihulur buat ilahi, agar permata ini bisa membiaskan Siti Khadijah dan Rabiatul Adawiyah...
Dua insan inilah yang amat dihargai dalam diri ini ...~


Haji Abdul Mokti bin Ayob & Hajjah Siti Robiah binti Rejab


Moga kalian dirahmati tuhan sepanjang zaman,
Dikurniai kekuatan menghadapi dugaan,
Dipanjangkan usia dalam menuai iman,
Dimudahkan ar-Rahman dalam setiap urusan..



Sekalung penghargaan, setulus ingatan, sesuci lebaran, sejernih kasih sayang buat kalian dan semua kekanda dan adinda yang berada di Malaysia.Maaf dipinta, salam dilata, harapan dicita, terus menyusun kata...

-***-


Syawal di Wisma Darul Ridzuan di rasakan terlalu meriah kali ini...Sekalung penghargaan buat ad-Hoc Sambutan 'Idulfitri KPIPM 1428 (SAIF) dan semua yang terlibat dalam menjayakan SAIF kali ini.Hiasan hiasan yang diatur oleh unit persiapan harus diberi pujian, menu hidangan yang disantap dirasakan cukup bertuah, Unit Promosi yang gigih mempromosi servis mesra, sambutan buat para tetamu yang diatur Unit Sambutan,dan semua unit yang begitu tekun dalam melaksnakan tugas..tak dilupa buat Unit Teknikal dan Audio Video yang diamanahkan buat diri ini, syabas walaupun pelbagai ujian dan masalah yang melanda..dan yang sudi memutarkan ucapan hari raya dan nasyid yang dipilih, para DJ yang bersungguh-sungguh menunaikan permintaan, walau tak terlaksana semuanya..

Tak dilupa buat pengantin yang dirai, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..pasangan yang cukup mantap, bekas rais Zagazig dan bekas raisah Iskandariah ~

Ahmad Zaidan & Wan Azizun



Terima kasih buat semua yang menjayakan SAIF kali ini...dan buat para tetamu yang hadir....salam 'Idulfitri...salam sesuci lebaran.. salam sesuci fitrah..


~***~

..'..Pelancaran Kempen Biro..'..
"Kelainan yang diharapkan, moga gerak kerja seiring dengan kemajuan yang ada"


"Biah Solehah..Sama kita jayakan"-Biro Dakwah dan Tarbiah 07/08-

"Ayuh ke kuliyah...sifar rasib, pendekatan BPI"

-Biro Pelajaran dan Ilmiah 07/08-


"Haram rokok..Baiti Jannati"
-Biro Perumahan 07/08-

"Syabas atas kelainan yang dicipta, pelancaran bersama slideshow"


"Jom Boikot.."
-Biro Ekonomi 07/08-

*Segalanya telah dilancarkan, hanya memerlukan komitmen semua*

Sesaat..

Thursday, October 11, 2007


'IdulFitri yang bakal menjelma...dihiasi dengan pelbagai kata-kata..



Subject: HAPPY FEAST, EIDUL - FITR

From: info@lessanalarab.net

Date: Wed, October 10, 2007 10:04 pm

To: Mrs. Hurriyyah Binti Haji Abdul Mokti, Syariah Islamiyah, Al-Qahirah, El-Azhar University, Egypt.

LESSAN ALARAB CENTER FOR TEACHING ARABIC TO NON-ARABS

WISHES YOU A HAPPYFEAST .

VISIT OUR NEW WEBSITE :WWW.LESSANALARAB.NET



-***-

Saja tempel ucapan dan kad raya ni.Kad lain tak dapat lekat, tapi terima kasih banyak
kepada yang sudi bertamu.....
walau jauh di ruang waktu....
Moga ukhuwah yang tertaut..
Kembali memaut hati-hati suci..
Membiaskan kebahagiaan yang hakiki...

Ucapan paling simple untuk waktu yang makin simple juga.

Mahasiswa?..

Friday, October 5, 2007



Oleh : Intan Abdullah


Setelah selesai teka teki tarikh pilihan raya kampus (PRK), senarionya terus bergolak dengan insiden-insiden tradisi setelah gendang ‘pertandingan’ dipalu.
Umpama tradisi, menjelang PRK insiden-insiden tersebut mengganggu keharmonian perjalanan rutin kehidupan seseorang mahasiswa di menara gading.
Terbaru, pelajar tahun pertama, Jurusan Sains Gunaan dan Pengajian Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Khalila Bakri ditangkap dan dikasari ketika bangun untuk mengerjakan solat sunat dan qiyamullail.


Beliau yang merupakan penghuni Kolej Kediaman Ke sepuluh disoal siasat oleh Presiden Kolej, Arie Sakina yang terserempak dengannya pada jam 4.30 pagi 12 September lalu.
“Kemudian dia meminta saya mengeluarkan apa yang berada di bawah tudung saya dan di dalam poket seluar saya. Dia menuduh saya mempunyai dan mengedar risalah haram,” demikian menurut laporan aduan beliau.
Setelah Khalila diperiksa diri dan gagal menemui apa-apa, dengan tegas Arie mengarahkan Khalila memasuki biliknya, kemudian memanggil dua lagi rakannya untuk menjalankan soal siasat


“Jika saya mendiamkan diri dia telah mengatakan saya tidak beradab. Saya tidak tahan mendengar kata-kata kutukan beliau lalu bertindak untuk keluar daripada bilik tersebut tetapi ditahan oleh dua orang rakannya. Mereka menahan dengan memegang saya serta merentap baju saya sehingga koyak,” menurutnya lagi.
Khalila merasakan kekasaran yang dilakukan ini mengganggu fikiran serta mengganggu konsentrasi pembelajaran beliau memandangkan beliau merupakan pelajar tahun pertama di kampus tertua itu.
Sementara itu di kampus yang sama, pelajar tahun ketiga Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Mohd Hilman Mohd Nordin telah dirampas barang-barang peribadi, komputer riba dan kamera.
Kejadian tersebut berlaku pada 12.15 tengah malam 5 September, selepas di tahan oleh Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran tanpa diberikan sebab.
Ujarnya, semasa kejadian tersebut berlaku beliau diziarahi oleh rakan beliau, Taufiq, dan secara tiba-tiba Penyelia Kolej iaitu Mahaghanapati mengetuk pintu bilik dan memasuki bilik bersama beberapa orang lagi.


“Kemudian Mahaghanapati telah menghubungi Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran yang tiba sejurus selepas itu. Beliau juga telah memanggil maka wakil Jabatan keselamatan untuk datang ke bilik saya,” demikian menurut aduan tersebut.
“Saya ditahan dengan alasan saya telah membawa masuk pelajar luar ke dalam kawasan kolej kediaman.Barang-barang saya juga dirampas iaitu laptop dan camera. Kemudian saya dibawa ke pejabat keselamatan bersama rakan saya Taufiq bagi membuat siasatan lanjutan,” menurutnya lagi.
Semasa beliau saya di soal siasat oleh Pegawai Keselamatan, Muzakir pada jam 12.30 tengah malam di pejabat keselamatan, kad pengenalan bersama dan rakannya diambil untuk dibuat salinan.


Hilman turut diminta memberikan kata laluan atau password bagi membuka laptop tetapi beliau enggan, yang menyebabkan pihak keselamatan meminta juruteknik bertindak memecahkan kod laluan bagi membuka laptop tersebut.
“Kemudian rakan-rakan telah datang dan kekecohan telah berlaku. Seterusnya saya telah di soal siasat berasingan,” jelas laporan tersebut.
Beliau menyatakan bahawa penahanan tersebut adalah tidak berasas berdasarkan Perkara 28 (1) Bahagian III Tatatertib Asrama yang dinyatakan dalam Buku Panduan Mahasiswa “Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri” demikian menurutnya lagi.



***

"Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu, selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih..."


Mengamati nasyid dendangan kumpulan Hijjaz di satu pagi yang hening..terlalu menusuk hati.Jika diamati sebetulnya...nyata banyak yang perlu dikoreksi.Tak perlu komen panjang, terus diri yang lemah ini, seadilnya perlu memberikan sedikit perhatian dengan apa yang berlaku pada mahasiswa sekarang.Sejujurnya pandangan itu perlu lahir dari hati..bukan kerana kebencian, bukan kerana keluhan dan yang pasti bukan kerana paksaan! Mungkinkan apa yang berlaku di bumi Malaysia sekarang, yang berlaku pada harapan ummah dan Islam, yang berlaku pada mahasiswa yang selayaknya di beri peluang untuk memimpin, mahasiswa yang mahu sejujurnya melunaskan tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran .. ITU.. adalah lahir dari 'pandangan akal yang selalu tersalah, pandangan nafsu yang selalu menipu' golongan yang megahnya melakukan jenayah terhadap mahasiswa seperti yang berlaku pada mahasiswa yang diceritakan di atas?


Nyata bilamana kita mengamati berita pilihanraya kampus di Malaysia, banyak kejadian-kejadian yang berlaku..agak 'girang' juga peristiwa sedih ini menjenguk golongan mahasiswa yang mahu memimipin dengan seadilnya mengikut acuan Islam.Mengapa dan mengapa sekatan dan penyelewengan terus berlaku? Kerana Malaysia sebenarnya tandus dalam 'demokrasi yang dibawa'.Selayaknya kebebasan suara diberi kepada golongan mahasiswa yang bakal meneraju negara sepertimana yang diberikan oleh Indonesia kepada rakyatnya.Ya, Indonesia yang sangat demokrasi dalam hai ini.Lihat sajalah, bagaimana demokrasi, tunjuk perasaan bebas dilakukan oleh golongan mahasiswa mereka! Pimpinan tidak adil di negara mereka yang jatuh kerana suara mereka.Bukan kita mahu menjatuhkan pimpinan, tapi, kita mahu menegakkan pimpinan yang benar.


"Tapi hati bila dikotori..bisikannya bukan lagi kebenaran...
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..jasad lahir..tumpuan manusia..
Utamakanlah pandangan Allah..daripada pandangan manusia.."


Mual untuk membicarakan politik demokrasi yang diuar-uarkan di Malaysia.Kerana hati itu sebenarnya telah dikotori, lantas menatijahkan bisikan yang bukan lagi kebenaran..tapi mengikut nafsu yang selalu melulu..Penantian untuk menunggu pandangan mengikut hati yang bersih sebenarnya.Teringat kalam abah bila ditanya bagaimana Malaysia sekarang? Ringkas jawapannya: " Seperti yang ada di akhbar"..nyata akhbar yang mempamerkan berita-berita yang menakutkan! Pilu..

Coret sikit.


Pena ini mula hendak ditarikan.Terasa agak lambat dalam melontarkan dakwatnya.Mungkin kerana masa terlalu pantas menghalanginya atau kerana....?Apapun keadaannya, nyata 'kehampaan' dalam mengejar batasan waktu perlu dimuhasabahkan.Tak perlu kalam yang panjang.. terus saja lakarkan apa yang bermain di minda!


Peluang menjadi sesuatu yang tidak orang lain berpeluang harus direbuti, lantas digunakan sebaiknya! Walaupun kekadang tiada kemudahan itu 'seronok' untuk menjadi alasan dalam menghilangkan tulisan itu, namun peluang yang diberikan oleh Allah harus dihargai sewajarnya!.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...