Rindu pada Ammar Naufal..rindu yang tak terucap..lama meninggalkan Ammar..dah besar,Seronok mendengar cerita dari kakak.Ammar yang dulu, ketika di jaga, masih kecil, tak pandai berkata-kata.Tapi kini, air mata yang mengalir..sebak dan terharu, kalimah agung itu, Allahuakbar telah dilafazkan oleh bayi sekecil Ammar, Moga nanti bakal menjadi pengganti Dr.Yusof Qardhawi..Moga nanti jadi macam Tok Ki, rajin baca kitab ye!!!
Terharu khabar dari Malaysia.
Thursday, August 30, 2007Rindu pada Ammar Naufal..rindu yang tak terucap..lama meninggalkan Ammar..dah besar,Seronok mendengar cerita dari kakak.Ammar yang dulu, ketika di jaga, masih kecil, tak pandai berkata-kata.Tapi kini, air mata yang mengalir..sebak dan terharu, kalimah agung itu, Allahuakbar telah dilafazkan oleh bayi sekecil Ammar, Moga nanti bakal menjadi pengganti Dr.Yusof Qardhawi..Moga nanti jadi macam Tok Ki, rajin baca kitab ye!!!
Dicatat pejuang kebebasan at 10:32 PM 0 comments
Legaran Bicara Usrati
Sebak menjelang 31 Ogos 2007
Dicatat pejuang kebebasan at 10:21 PM 1 comments
Legaran Bicara Gelodak Serebrum
Takziah
Wednesday, August 29, 2007Dicatat pejuang kebebasan at 11:04 AM 0 comments
"A MIND"- Memang mengharukan
Kisah suka-duka episod perjuangan kemerdekaan dalam menuntut dan membela maruah agama Islam sebenarnya yang diinjak-injak oleh kafir laknatullah.Penjajahan yang sebenarnya takut dengan perkembangan Islam yang diperjuangkan oleh Tok Kenali dan pejuang-pejuang yang lain.Hakikat kesedaran untuk membela negara dilaungkan sendiri oleh pelajar-pelajar Azhar sendiri dengan menyebarkan risalah dan majalah kesedaran antaranya Al-Manar.
Semalam majlis kemuncak A MIND bagi SISWI berlangsung dengan megah di Dewan Haflah Kubra.Kek gergasi hasil sumbangan setiap BKAN mewarnai acara pada hari itu.Kek yang dihiasi bendera Malaysia menarik perhatian setiap ahli.Lebih mengharukan, kontinjen pentomen TULIP sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan sebagai anugerah dan penghargaan kerana bergelar JUARA! Nyata saya begitu teruja..sekali lagi hati ini menari riang.Setelah tewas dalam acara Debat ala Parlimen ketika berentap dengan pasukan Cempaka, hadiah buat hari lahir yang bakal menjelang 2 hari lagi, kemenangan bagi acara pentomen memang membahagiakan!
Namun, sekali lagi kami Kontinjen TULIP menjerit riang dan mengucapkan syukur atas kurniaan Ilahi, apabila Kontinjen TULIP dianugerahi gelaran JOHAN bagi Kontinjen Terbaik menewaskan Teratai yang mendapat Naib Johan, Cempaka ketiga, Melati, Lavender dan Kenanga. Sememangnya, sokongan padu dan sorakan buat Kontinjen TULIP menarik hati juri dan AJK HEWI PMRAM.Kesekian kalinya..."Thanx A Lot 4 TULIP's participant.. and who had gave their support 4 us!" May Allah Bless us with shower us The Lots of RAHMAT...
...-*-...
Syabas buat kumpulan INTEAM atas persembahan yang diberikan.. Terima kasih jua dihulurkan buat kumpulan nasyid yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini, kerana sudi membantu pihak PMRAM dalam mendapatkan apartment... Didoakan moga PMRAM akan terus dapat menunaikan misi dan visi dengan sempurna walaupun ujian yang datang melanda tanpa segan silu.Jua buat Presiden PMRAM yang tidak mengecewakan ahli apabila turut membuat persembahan bersama INTEAM, moga dikurniakan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan perjuangan..
Dicatat pejuang kebebasan at 9:32 AM 0 comments
Legaran Bicara Memori Kenangan
Santai kejap..
Tuesday, August 21, 2007Dicatat pejuang kebebasan at 9:59 AM 0 comments
Legaran Bicara Ajaib
Iklaneka
Sunday, August 19, 2007Tempat Nadi Syabab Haiyu Sadis
Tiket LE 15.00 (Warga Malaysia) & LE 20.00 (Bukan Warga Malaysia)
Sila buat pendaftaran kepada Exco Kebajikan setiap BKAN dan DPM anda masing-masing
.:Mari menulis:.
Dicatat pejuang kebebasan at 8:14 AM 0 comments
Legaran Bicara Promosi
"Dua Jiwa Kini Bersatu, Dalam Rahmat Allah Yang Bertamu"
Friday, August 17, 2007
.............................
Dicatat pejuang kebebasan at 11:05 PM 0 comments
Legaran Bicara Usrati
Lambaian Syaaban..
Wednesday, August 15, 2007Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm
Dicatat pejuang kebebasan at 12:41 PM 1 comments
Fatah bantu Israel tahan Hamas
Saturday, August 11, 2007Berita : Dari Berita Harian
Fatah bantu Israel tahan Hamas
Penduduk Palestin label Mahmoud Abbas pengkhianat, boneka rejim Zionis, AmerikaGAZA: Tentera Israel, dengan kerjasama militia Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Amerika Syarikat di Ramallah melancarkan operasi besar-besaran menyerbu pusat penempatan penduduk Palestin, menahan berpuluh-puluh penyokong dan aktivis Hamas, kata sumber dan saudara mara mangsa yang ditahan.
Laporan Pusat Media Palestin menyebut, kempen itu kebetulan serentak dengan pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Pengerusi PA, Mahmoud Abbas di bandar Jericho, Isnin lalu.Di tengah Tebing Barat, tentera Israel menahan tiga aktivis Palestin di kampung Abu Falah di barat laut Ramallah. Aktivis keempat ditahan di kem pelarian Jazalone dan tentera berkata, mereka menahan aktivis kelima di wilayah Hebron.Di Nablus, tentera Israel menangkap ‘tiga lelaki dikehendaki’ kerana disyaki menentang pencerobohan Israel, manakala di pekan Shoyoukh berhampiran Hebron, militia PA bertopeng dilaporkan menggeledah beberapa buah rumah dan menahan 18 yang disyaki aktivis Hamas.
Komander di Hebron, Samil al Seifi, memberitahu agensi berita tempatan bahawa tahanan disyaki menjadi anggota kumpulan pejuang dan menegaskan penangkapan dibuat berdasarkan undang-undang.Bagaimanapun, anggota keluarga tahanan menyangkal keras dakwaan itu sebaliknya berkata mereka tiada kena mengena dengan kumpulan pejuang.“Mereka cuma orang Islam biasa. Tiada kena mengena dengan pasukan pejuang. Saya rasa ini sebahagian operasi menghapuskan pergerakan Islam; ia bertujuan mengambil hati Israel dan Amerika Syarikat dan mendapat pujian dari kedua-duanya,” kata Muhammed Halayka, sepupu salah seorang tahanan.Seorang lagi penduduk, Yousuf al Mashni, menuduh rejim Mahmoud pengkhianat kerana bersekongkol dengan Israel menentang ‘penduduk Palestin.’“Tiada beza antara kedua-duanya, maksud saya Israel dan PA.
Kedua-duanya melakukan tugas sama, menekan penduduk Palestin,” katanya.Hamas mengeluarkan kenyataan mengecam keras tindakan ‘samseng dan pengkhianatan’ terhadap penyokong Hamas di bandar Shoyoukh .Kenyataan menyebut, sebanyak 100 kenderaan dan 900 anggota keselamatan dari segenap penjuru Tebing Barat menyerbu bandar Palestin dan menahan 18 aktivis, sebahagian daripadanya sudah dibebaskan dari tahanan Israel.
..**..
Dicatat pejuang kebebasan at 11:26 AM 0 comments
Legaran Bicara Isu
Kejahatan Israel : Larang Anak Bertemu Ibu
Jumaat, 10/08/07 - Pegawai keselamatan dalaman Israel di Penjara Talmond khusus untuk wanita telah melarang dua orang kanak-kanak Palestin daripada bersama-sama dengan mereka ibu-ibu mereka setiap hari untuk lebih dari tiga bulan sehingga membawa kepada kemerosotan bagi keadaan kesihatan mereka.Sima Anbas yang bertanggungjawab terhadap banduan-banduan wanita berkata dalam satu kenyataan bahawa selama 10 bulan bayi perempuan bernama Ghada Jasser dan ibunya Khawla Zeitawi dan selama 14 bulan bayi lelaki bernama Bara' dan ibunya Samar Subaih dalam serba kekurangan sejak 10 Mei tahun ini.Anbas memberitahu keputusan itu hadir semasa kedatangan musim panas di mana bilik kurungan bawah tanah penjara Israel telah menjadi "neraka yang tak tertahan". Beliau menambah sel-sel dalam keadaan suhu.Beliau menambah sel-sel dalam keadaan suhu tinggi dan berada di bawah kelembapan.Beliau menjelaskan kedua-dua budak kecil itu mungkin telah mula menghidap penyakit dalam sistem pernafasan mereka, dan menambah sel-sel kecil itu tidak membenarkan mereka untuk bergerak lebih daripada dua langkah.Anbas berkata dia menerima satu pesanan daripada kedua-dua ibu tersebut yang merayu kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan kepada Ahli Parlimen berkaitan persoalan banduan-banduan yang untuk memberi tekanan kepada pegawai Israel bagi membatalkan keputusan itu dan membenarkan kedua-dua anak kecil itu keluar dari sel. Beliau menambah bahawa kedua-dua ibu mengancam untuk mengadakan satu mogok lapar sekiranya tuntutan-tuntutan mereka tidak dipenuhi.Mesej menyatakan bahawa kedua-dua ibu itu cuba menyakinkan pegawai penjara Israel untuk menarik balik keputusan mereka dan untuk memberitahu sebab-sebab mereka berbuat demikian tetapi gagal.
Luahan Rasa : Kejahatan yang melampaui norma-norma kemanusiaan.Jelas, tiada kesalahan pada rakyat Palestin ini untuk ditangkap!
Note: sumber : http://www.palestine-info.com penterjemah : hijjaz79
Dicatat pejuang kebebasan at 11:16 AM 0 comments
Legaran Bicara Isu
Nilaian saya: Usah dibicarakan lagi anjing dunia yang tak boleh diterima kebiadapannya.Kejahatan yang terus dinafikan! Angkuh mencakar rakyat Palestin, angkuh jua di meja mahkamah!
Dicatat pejuang kebebasan at 11:06 AM 0 comments
Legaran Bicara Isu
Ogos Pilihanku..
Friday, August 10, 2007
"Ya Allah, moga Rejab yang bakal berlalu ini menyumbangkan saham buat bekal di perkampungan ukhrawi kelak..Sya'ban yang menanti ini dihayati penuh keimanan..Dan doa dipohon moga ditemukan dengan Ramadhan yang dinanti penuh keilkhlasan.."
Nyata Ogos ini menyimpan seribu suka duka..
2 Ogos : Q terakhir."Yang bermula pasti berakhir": Selamat Hari Lahir buat Kakak tersayang "Kak Syue"-Moga pertambahan umur seirng dengan amalan!
5 Ogos : Pemergian saudara di Teluk Intan."Setiap yang bernyawa pastikan berakhir"
6 Ogos : Selamat ulangtahun ke 20 tahun buat teman yang jauh, Suhaida."Harapan moga thabat dalam menjalankan syariatnya.."
9 Ogos : Rehlah ke Fayyoum & Syalalat.Tasik Qarun~ Sungguh mengagumkan! Peristiwa yang menunjukkan ke"Jabbaran" Allah kepada hamba yang angkuh dan bakhil."Kebun Mangga? : ada rezeki lain kali mungkin bisa sampai!"
...nantikan catatan peristiwa seterusnya...
Dicatat pejuang kebebasan at 10:55 PM 0 comments
Legaran Bicara Memori Kenangan
Monograf Prasasti Perak
Monday, August 6, 2007"Ketajaman Pena Mampu Menggugat Dunia"
Terasa masih belum lambat untuk saya mempromosi hasil sulaman indah yang digubah oleh anak-anak Perak yang sememangnya berbakat! Melihat terbitnya "Monograf Prasasti Perak", hati saya tersenyum sendiri.Sesungguhnya dalam berdakwah, satu medium penting dalam mencapai hadaf yang dituju adalah dengan pena! Ketajaman pena lebih ampuh dari pedang!
~Antara kupasan menarik yang boleh saya lakarkan~
(*) Hadis Al-Ifki:Analisa Hukum Dan Pegajarannya Kepada Umat Islam
: Berkisar mengenai jawapan kepada tohmahan terhadap Ummul-Mukminin Saidatina Aisyah
Ditulis Oleh : Ustazah Raden Seri Nabahah Ahmad Zabidi
(*) Jihad Menurut Perspektif Islam : Penulisan mengenai jihad, jenis-jenis jihad dan kewajipan berjihad dan banyak lagi mengenai konsep jihad.
Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Maimunah Al-Harits
(*) Hikmah Pengharaman Poliandri: Mengupas isu poliandri yang diharamkan Islam dan pelbagai masalah mengenai wanita yang mempunyai 2 suami serentak.
Ditulis Oleh : Ustaz Muhamad Mujahid Mohammad Fadzil
(*) Adat dan Khurafat : Mengupas adat Melayu yang sejajar dengan Islam, dan yang bercanggah dengan Islam dan pelbagai lagi isu khurafat.
Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Talhah Bin Ubaidillah
(*) Perbincangan Hukum dan Isu Sekitarnya Gejala Murtad : Pengisian mengenai pengertian murtad, hukuman, dan sebagainya mengenai murtad.
Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Saudah Al-Zam'ah
(*) Hakikat Material Dalam Menyelusuri Kehidupan : Berkisar mengenai maksud,ciri-ciri dan budaya materialistik dan pelbagai lagi.
Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Abdul Rahman Bin Auf
(*) Kemusnahan Alam Berdasarkan Al-Quran Dan Hadis : Penceritaan peristiwa yang bakal berlaku pada hari kemusnahan alam dan pelbagai lagi.
Ditulis Oleh :Ustaz Muhamad Mujahid Mohammad Fadzil
(*)Metodologi Kehidupan Kedua : Berkisar kejadian yang bakal berlaku selepas kehidupan di dunia ini dan pelbagai lagi.
Ditulis Oleh : Muzakarah Berkelompok Abdul Rahman Bin Auf
Mungkin pengenalan saya ini kurang lengkap.Jadi, anda semua perlu mendapatkannya segera! Hanya LE 27 dan sedikit daripadanya akan disumbangkan ke dana syaqah PMRAM.Membeli sambil menderma!
~***~
Jauh di sudut qalbi ini untuk menghasilkan penulisan sebegini! Doakan saya agar sampai saat dan waktu itu! Ini juga salah satu amanat dari abah yang dirindui, "Abah nak nanti dah balik Azhar, buat sekurang-kurangnya satu buku yang ada nama anak abah.Buat buku nahu yang ringkas pun dah cukup.Janji boleh jadi manfaat pada orang lain". Impian seorang bapa bakal terlaksana andai jiwa ini kuat dan bersemangat dalam menuntut Ilmu!."InsyaAllah, abah doakan ye!",janji saya yang saya pasrahkan pada Al-Mujib agar diperkenankan!...
..****..
Dicatat pejuang kebebasan at 11:01 AM 0 comments
Legaran Bicara Promosi
Mendapat emel dari sahabat, saya agak tersentak..Melihat perihal negara lain dalam menjalankan hukuman! Agak mengagumkan..hukuman persis hukum hudud, kerana diadakan di khalayak ramai.Hukuman kepada pesalah yang tidak boleh dimaafi, jiwa mana pun pasti tak boleh menerima penjenayah yang telah meragut maruah seorang wanita!
Jika diturutkan amarah hati, insan sebegini wajar diberi hukuman yang lebih dahsyat! di'..........'kan manusia yang tak seperti manusia ini.Terkenang negaraku Malaysia atau lebih bangga dengan simbolik "Islam Hadhari" yang omongnya bisa membawa Islam secara syumul di lautan rakyat berbilang kaum! Semacam kelakar dengan dasar-dasar pelaksanannya.Namun, natijahnya pelbagai peristiwa hangat yang berlaku dalam riuk- pikuk pasca "Islam Hadhari" ini.Mengingatkan jenayah rogol yang semakin meratah insan-insan yang hilang arah tujuan,lebih menyedihkan kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.Nampaknya Malaysia yang bangga dengan 'kebaikan pekerti' 'keislaman'nya wajar mengambil contoh negara lain juga!Jangan hanya menyuruh negara lain mencontohi 'kebaikan dan kecekapan' yang tak tahu dimanakah tersusunnya omongan itu!
Dicatat pejuang kebebasan at 12:37 PM 1 comments
Legaran Bicara Gelodak Serebrum