Rindu Buat Palestin...

Saturday, June 30, 2007

.:Syeikh Ahmed Yassin:.


PALESTIN....



Entah kenapa minda bawah sedar telah menghantar impuls kejutan buat medula oblogata untuk diproses kemas...Perkataan itu telah lama tidak berputar seperti satu masa dahulu ketika saya berada di Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah..ketika dulu saya begitu berminat dan sering membaca sejarah Palestin....tayangan video acapkali bermain di layar putih di Dewan Hajjah Halimah...Kenangan terindah ketika saya dan Ajk PERSADA lain berjaya mengalirkan air syahdu jiwa-jiwa yang berada di dewan ketika itu.Saya amat pasti 'kegirangan qalbi' sewaktu kakak saya membenarkan penayangan video Palestin yang agak ekstrim...setelah jenuh berjidal "jaga-jaga..video ni tak boleh bawa ke khalayak ramai"..










Amanat itu sukar untuk diterima oleh ruh kecil ini.Bagi saya tidak adil untuk kita merahsiakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Palestin.Namun saya puas setelah dapat menayangkan video tersebut.Terima kasih kakakku..ku doakan agar dirimu tabah dan kuat dalam melayari alam perubatan dunia yang kian mencabar...Dirimu amat ku kagumi..moga engkau sebahagian dari "doktor islamik"yang terus thabat dalam memperjuangkan Islam walaupun dalam suasana asing..







Namun kini...setelah kesekian kalinya episod Palestin kini bertubi-tubi menghentam serebrum untuk diberi perhatian..Setelah beribu-ribu episod sedih yang berlaku dalam sejarah Palestin.Penyelewengan Masjidil Aqsa yang sengaja diputarbelitkan oleh Yahudi Laknatullah..Bermula episod kedukaan Palestin dengan kesyahidan Syeikh Ahmed Yassin diikuti pula oleh Abdul Aziz Rantisi dan pejuang -pejuang Palestin yang lain.
Yang pasti Firman Allah:"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan REDHA selagi kamu tidak mengikut jejak langkah mereka"







Ironinya buat mengingatkan saya dengan Palestin,suka saya mengabadikan di lubuk kecil ini..kenangan buat Palestin..moga qalbi ini tidak melupai nasib umat Islam yang lain..






VIP gila tangkal: Bayar RM4 juta untuk kebal

Sunday, June 24, 2007

Firman Allah s.w.t dalam AlFurqan,dustur perlembagaan Islam:

"Sesungguhnya setiap manusia itu pasti merasai mati.."


"Dunia semakin 'tua'.....
Itulah saja kalam yang terbit melalui hati saya tatkala melihat " Golongan VIP" di negara Malaysia tercinta, yang seolah tidak mempercayai mati dan lebih mempercayai tangkal untuk hidup lama!.....



Kerana takut mati, ada golongan kaya, termasuk orang kenamaan atau VIP, sanggup mengeluarkan wang sehingga jutaan ringgit semata-mata untuk membeli barangan pelik yang dijadikan tangkal kononnya ada kuasa memanjangkan umur mereka.




Perkara khurafat dan jelas membelakangi ajaran Islam itu didedahkan seorang peniaga yang mendakwa memiliki beberapa barangan pelik sehingga dia menjadi ‘buruan’ golongan VIP takut mati itu sejak beberapa tahun lalu.




Jika sebelum ini golongan terbabit kerap dikaitkan dengan penggunaan pelbagai jenis batu yang kononnya ajaib, terutama batu delima merah, kini barangan menjadi buruan mereka berasaskan besi, kayu, timah dan kain.Dakwaan mereka bahawa bahan-bahan ini mampu menjadikan pemiliknya kebal dan terselamat dari penyakit.



Tangkal itu adalah kayu mengkudu ditemui di atas busut, ‘besi bhat’ dan timah hitam. Semuanya dijampi ‘Tok Sami Siam’ dan dibuktikan kehebatannya.“Selain mampu membuatkan pemakainya kebal, tangkal itu ada ‘pakej lengkap’ kerana boleh dijadikan pelaris perniagaan, penyeri wajah dan mampu membuatkan orang lain tunduk dan hormat kepada si pemakai.




Pengawal peribadi VIP itu memberitahu, ‘bos’nya taksub dengan apa saja barangan aneh yang ada kuasa tertentu yang membolehkannya hidup lebih lama,” katanya.Hazim berkata, selepas diperkenalkan kepada VIP itu, dia mengeluarkan tangkal berkenaan dan secara tergesa-gesa VIP terbabit mahu mengujinya.




“Selepas diuji dengan mengelar tangan dan memotong sebahagian rambutnya menggunakan pisau lipat dan pisau cukur, VIP itu teruja kerana tangkal saya membuatkan dia ‘kebal’.“Apabila pisau dan mata pisau cukur yang ditoreh ke kulitnya tidak meninggalkan apa-apa kesan dan rambut yang dipotong juga tidak putus, VIP itu sanggup membayar sehingga RM4 juta, apatah lagi apabila diberitahu tangkal itu berkesan sebagai pelaris perniagaan, penyeri wajah dan mampu membuat orang lain hormat kepada pemakainya.




Hakikatnya tiada yang lebih mujarab untuk menghadapi mati melainkan persediaan amalan kebajikan taqarub kita kepadaNya..




Firman Allah:


:: "Wahai mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)!. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. - Dan masuklah ke dalam syurga-Ku!" ::


Dipetik Dari Harian Metro

Dunia Semakin Tua

Thursday, June 21, 2007



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Lama saya tidak menjenguk lubuk kecil saya,terasa rindu untuk menitipkan kalam-kalam yang sudah lama membungkus kemas di kanvas serebrum,terasa sudah tak tertanggung larva kemarahan qalbi yang minta dimuntahkan,bimbang menjadi tahi bintang yang bisa memusnahkan agen-agen penggerak gerak-geri.



Sahabat sekalian,bilamana kita melihat dunia hari ini,pelbagai spekulasi dan hujan-hujan kemusnahan umat yang semakin merencam keamanan dunia Islam pada hari ini.Bergiliran episod-episod yang seakan mengatakan ajaran Islam hanya umpama debu yang bertebangan di jalanan tanpa perlu dibelai indah bak permata yang tak ternilai...


Terlalu banyak peristiwa sedih yang menimpa ummat.Mempersendakan agama,mengejek sunnah Nabi tercinta dan pelbagai lagi yang tak sanggup untuk dilakarkan di sini..


Apa yang menyedihkan ummat Islam SENDIRI yang girang melukiskan sendiri kemusnahan demi kemusnahan.Cabaran yang berani dieksperisikan oleh Syarifah Amani baru-baru ini sudah cukup membuktikan kedengkilan umat Islam dalam menunaikan syariatNya,membotakkan kepala untuk populariti dan keuntungan,satu perkara yang amat memalukan!

Sahabat sekalian,nasihat ini untuk diri ini dan sahabat sekalian,persiapkanlah diri kita demi mendepani segala mehnah dengan cahaya Ilmu,bukan sekadar retorik..


Salam perjuangan dari saya, pejuang kebebasan....



Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)‌. (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...