Monday, June 1, 2009

Tahniah pada 2 individu:

1. Pada MB yang baru naik dengan mahkamah, moga-moga jadilah pimpinan yang berlandaskan Islam. Kami menunggu perubahan untuk negeri Perak.
2. Pada calon PKR yang bertanding di Penanti, menang berlawan dengan 3 lagi calon bebas. Walau dengan peratus yang keluar mengundi hanya 46%. Mungkin kerana, BN tidak meletakkan calon?

Selamat menunaikan umrah.


Karya: TanahMu yang Suci
Oleh : siti adawiyah abdullah

TanahMu yang Suci,
Tersenyum dengan kunjungan saban hari,
Dari ribuan hamba yang abdi,
Mencari sebuah cinta abadi.

TanahMu yang Suci,
Tidak pernah kurang dalam memberi,
Buat yang mencari sebuah erti,
Indah ubbudiyyah buatMu Rabbi.

TanahMu yang Suci,
Bukti cinta Ibrahim hari ini,
Melakar kudrat sebagai bukti,
Tahzir mengingati sebuah ukhrawi.

***

Hari ini, mereka akan berjalan menjadi tetamu Allah. Mudahan selamat perjalanan mereka, pergi dan pulang.Doakan kami di bumi Mesir ini. Semoga selamat di dunia akhirat.


Tambahan:
1. Karya tak sengaja direka, memang banyak cacat cela.(Lepas habis peksa, layan karya sikit)
2. Mereka siapa? ( Rombongan umrah dari Perak, termasuklah : abah,mak, kak ngah, abang ngah,al-Fateh, dan A'idah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...