Tanya Hati?

Tuesday, June 28, 2011

Hati sebersih dan sesuci si kecil
(Gambar : Muhammad Al-Jawwad)


Bismillah Wal Hamdulillah...

Tentang Hati

Kita sering dan acapkali disebut tentang peri peranannya seketul daging ini. Menjadi raja dalam menentukan segala tindak tanduk si tuan.. Bukan sikit malah, setiap amalan si hamba, nilaian tertinggi pada si kecil daging ini. Bahkan, ia terkandung dalam perbahasan dalam Matan Arbaien, susunan Imam An-Nawawi Rahimahullah.

Beruntung Yang Mensucikan

Ganjaran, kelebihan yang tinggi bagi yang sentiasa mencucinya. Kalau, dalam kehidupan, kita pasti mahu sentiasa kelihatan cantik, bersih dan disenangi ramai. Kalau yang sayang pada motornya, pasti akan dicuci jika,terkotor sedikit, hari-hari ditatap motor, ok ke,ada masalah ke.. Kalau yang sayang pada laptop, pasti tiada habuk yang sudi ditamukan, semahunya, tiada pun sezarah kuman yang tumpang sama ada mahu menjadi simbiosis, apatah lagi mahu menjadi parasit.. Pokoknya, setiap apa yang bermanfaat dan disayangi, pastilah dijaga dengan baik, ialah mahu memuaskan hati..

Tetapi, terkadang, kita lupa pada tugas utama untuk selalu membersih, mensucikan, menyerikan sekeping hati yang sentiasa berada bersama kita. Firman Allah :

" Sungguh beruntung orang yang mensucikannya ( jiwa itu)" (91:9)

Tawaran hebat bagi yang istiqamah dalam mebersihkan hatinya, bahkan semangat mahu menceriakan hati dengan tadabbur, tafakur pada indah NamaNya dan KalamNya. Menggamitkan rindu pada hati yang disinari selawat pada Baginda SAW.

Rugi Bagi Yang Mengotori

Tahdid yang seakan menyentap jiwa, agar ketahuilah betapa rugi jika membiarkan hati mati, malah seronok mengotori dengan pelbagai maksiat.. nauzubillah

Firman Allah: " Rugilah bagi yang mengotorinya" (91:10)

Justeru, sementara diberi nikmat nafas, teruslah berusaha memiliki hati-hati yang ditunggu di SyurgaNya kelak. Betapa Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Pemilik segala hati. Memberikan taufiq dan hidayah yang luas pada hamba-hambaNya. Firman Allah :

" Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya, Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam SyurgaKu" (89:27-30)


Sisipan :

1.Seronok mendengar zikir-zikir NamaNya di pagi yang hening ini.

2.Doakan kita istiqamah dalam ketaatan kepadaNya.
3. Mengimpi menjadi calon hati-hati yang dinantikan SyurgaNya, ameen..


Oleh :
Hurriyyah Abdul Mokti
Suri di Bait As-Shahrriyah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...