Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Salam Imtihan

Thursday, May 27, 2010


BismillahiRahmaniRahim...

Tinggal lagi beberapa hari saya, dan teman akan menghadapi imtihan fasa 2. Kesempatan yang ada, selamat menghadapi imtihan buat semua penuntut Universiti Al-Azhar, tidak kira bidang Dirasat atau Perubatan. Juga buat semua, pelajar Perubatan di semua universiti di Mesir ini. Dari bumi Iskandariah hingga bumi Kaherah. Semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah kita, juga restu ayahbonda yang setia mendoakan. Fatrah imtihan inilah,banyak mengajar kita pelbagai perkara tanpa kita sedari. Teruskan usaha!

Saya dan teman-teman 3 Syariah Islamiah, Kaherah akan bermula pada 29 Mei ini. Kami selesai ujian syafawi 20 Mei yang lalu.Ujian syafawi yang 'membantai' otak-otak kami. Jadual 3 Syariah adalah seperti di bawah :

29 Mei : Al-Quran
1 Jun : Fiqh Muqaran
5 Jun : Usul Fiqh
8 Jun : Fiqh Syafie
12 Jun : Qodhoya Fiqhiyah Muasarah
15 Jun : Qahah Bahas Qodhoya
19 Jun : Hadis Ahkam
22 Jun : Qahah Bahas Usul Fiqh
26 Jun : English


1. English madah fasa 1, tapi tiba-tiba ada pula tahun ni,jadi, agak lambat habis imtihan.
2. Buat semua, sudilah kirimkan doa buat kami.Terima kasih.

Imtihan lagi

Wednesday, April 29, 2009

:: IMTIHAN LAGI ::


Salam penuh hormat,
Lama tidak menjeguk laman hijau ini. Musim imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Doakan kesejahteraan semua.
Moga najah kita, najah yang diberkatiNya.
Bittaufiq wa Najah buat seluruh ahli KPIPM,
dan PMRAM.

Jika itu dari dia?

Sunday, April 12, 2009



Jika itu dari dia, kita?


Mensyukuri nikmat dan peluang yang diberikanNya, di tengah kekalutan menelaah, bahang ‘study maut’ dan aura imtihan musim syita’, saya diberi ruang untuk ‘menziarah’ sebentar ‘bandar’ besar Mesir, Iskandariah walau belum panas kaki berjalan. Namun, apa yang ingin saya tampilkan disini, bagaimana satu peristiwa yang begitu menyentuh hati kecil ini. Akal cuba menimbang sebaiknya hikmah kehadiran sebentar saya ke kawasan seribu khazanah ini, walau tidak keterlaluan untuk saya katakan, ‘tiada hasil’ dari tujuan sebenar ke sana.


Dia membersihkan diri sebaiknya di tepi timbunan batu-batu di pesisir pantai, di balik cerah awan yang memayungi, lembut bayu menyentuh susuk tubuh kecil itu, dan bersama riang camar berzikir mengingati Allah. Perlahan –lahan tangan tuanya menyapu muka, tangan dan seluruh anggota wajib untuk menyempurnakan wudu’. Jelas terpancar nur di wajah sayunya. Lapik plastic segera di ambil usai azan zuhur yang berkumandang. Geraknya nampak agak perlahan membetulkan plastic besar, untuk dibuat lapik menunaikan solat. Takbir didirikan dan bermulalah episod dambaan hamba buat Rabbnya. Saya begitu leka memerhati, lupa perut yang sudah lama ‘menyanyi’, minta diisi segera, setelah kepenatan berlari dan mengejar walau hasilnya tiada, mungkin. Agakan saya, dia terus menunaikan solat zuhur di bawah cahaya matahari dan dikelilingi lautan dan deru ombak Mediterannean.


Namun, sangkaan saya meleset, walau geraknya tiada upaya, dia menunaikan solat sunat terlebih dahulu.Selepas selesai segala kewajipan, tangan ditadah, mengharap penuh kekhusyukan dan pengharapan, meminta keampunan dan limpahan rezeki yang berkat. Begitu teliti dia mendirikan fardhu itu, dari pakaiannya yang bersih dan caranya berwudhu’ begitu mengagumkan. Dia terus menunaikan rutinnya sebagai nelayan, walau saya lihat, kudratnya tiada mampu lagi untuk membuat kerja-kerja sedemikian. Ya, dia hanya membantu menggulung perlahan-lahan tali bersama-sama nelayan-nelayan yang lebih muda dan bertenaga, dia masih mahu berkerja mencari rezeki, bukan hanya mengharap simpati. Subhanallah!...


Apa yang ingin saya banding tarakan disini, jika itu dari dia, kita bagaimana? Kita solat belum tentu di awal waktu. Belum dikira cara kita membersihkan diri dan berwudhu’. Walau kita masih muda dan punyai tenaga, adakah kita mampu istimarar solat sunat rawatib? Adab kita dalam berdoa, adakah sebagai seorang hamba? Meminta dengan penuh malu dan mengharap sepenuhnya pada Dia, meminta dengan hati yang ikhlas dan air mata taubat yang bergelinang? Atau hanya meminta-minta tanpa rasa seorang hamba, meminta-minta tanpa rasa malu dengan dosa-dosa yang dibawa, meminta-minta dan marah andai hajat tidak dikabuli?... Ya Allah, ampunilah kami!!!


Coret Sikit :

Jika kita dengar para pimpinan atau golongan-golongan kaya, "breakfast di Kuala Lumpur, lunch di London, dinner di Singapore"……saya juga berpeluang sedemikian walau tanpa dengan kapal terbang.
"Sarapan di Cairo, lunch di Alexandaria, petang di Tanta dan dinner di Cairo"


Tambahan :

Bahan yang telah lama saya siapkan, dan baru di"publish".

Imtihan

Saturday, January 3, 2009

salam imtihan buat semua....~




~ conteng lagi ~
:: Semoga dalam pimpinan Allah ::
[ doakan saya juga ]

sentuh sikit

Monday, December 29, 2008

Pengorbanan....dalam menjengah episod baru: 1430 Hijrah

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas dan meminjam nikmat-nikmat yang sementara cuma ini. Rentetan helaian baru bermula, maka, saya kira ia merupakan tahun yang agak bersejarah, dan pasti banyak lagi kejutan yang akan ditempuh nanti. Meneliti episod 1429 Hijrah yang lalu, sungguh banyak yang menimpa dunia. Walau agak kesal, dengan kekurangan peluang saya kira, namun, tidak sepatutnya untuk diabaikan musibah yang menimpa umat Islam dewasa kini.

Melewati blogger hebat, mereka begitu komited dalam menunaikan amanah sebagai blogger, tak kira dalam apa jua "post" mereka. Sepatutnya saya juga begitu, namun, blog yang dibina ini, atas dasar suka-suka, tak terikat pada masa dan disiplin jadual yang perlu dipenuhi, dan bukan lah blog ini dibina atas dasar mahu membicarakan isu semasa...blog ini mengikut mood penulis, apa yang terealiti itulah yang tersembunyi.

Ada komen yang saya terima, mahu saya lebih rancak dalam membicarakan isu semasa, bahan ilmiah dan perlu di 'update' selalu...
terima kasih atas komen dan cadangan yang diberikan. Memang saya sebolehnya mahu sebegitu, namun saya belum punyai kudrat atau keyakinan untuk membicarakan sebanyak-banyaknya isu semasa dan kajian ilmiah. Sebolehnya, ingin ditekankan, dalam apa jua cara pembawakan seseorang di dalam blognya, janganlah terlalu diperhatikan sangat. Maksudnya, setiap orang punyai hak untuk menulis, jadi biarlah dia menulis mengikut caranya, selagi tidak menyalahi syarak dan tidak mengganggu gugat hak orang lain.

Berbalik pada tahun baru Hijrah ini, semoga kehadirannya memberi sinar..dan moga-moga banyak lagi pengorbanan akan tercurah dalam lembaran ini. Biar pengorbanan tidak setulus Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tidak sebanyak Saidina Abu Bakar, tidak semulia Saidatina Khadijah dan tidak sehebat pejuang-pejuang yang lalu, namun sekecil-kecil itu, andai murni dari hati itu sudah cukup, apatah lagi sebesar-besar pengorbanan yang mereka tunjukkan..




~sempat conteng sekejap, buat semua~
~ Kelewatan mengucapkan salam ini, 'Ala kulli hal:
kullu 'am, wa antum bikhair"..~

Thursday, December 25, 2008

There are nothing to say,because it's very complicated, To think it is all over, is a bit sad. Please guide me,because i'm such a people in situation "The road not taken" but i must take the truly and reality road. Very sad..but don't be sad..

~ Hey problem!, i have a Big God ~

Test dulu

Thursday, November 27, 2008

Salam penuh hormat. Sudah lama laman sepi. Tidak dinafikan internet yang sudah lama malu untuk bertamu ke silvernet di rumah Perak agak membataskan ruang saya. Jadi,saya test posting dengan sony ericson saya yang medium agak tbatas untuk melayari dunia maya. :-) andai ada masa,sebolehnya saya cuba menggantikan posting2 istimewa. Namun banyak aulawiyat yg terpaksa didahulukan. Dan sekarang masa lebih mengekang, kesibukan lebih terasa dalam fatrah imtihan dan perpindahan ke rumah sementara,untuk ruang islah teratak Darul Ridzuan. Apapun moga dipermudahkan segala urusan. Dan saya masih kerisauan dalam menghadapi 5 soalan yang pasti....pasti dan tiada ragu padanya...tanzir dari AlKhaliq dalam kehanyutan anugerahnya...bisa diulasi nanti.
~ redha syukur tawakal~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...