Negaraku Malaysia

Tuesday, May 25, 2010


Malaysia semakin maju? Rakyat Malaysia mampu melakukan segala! Meredah lautan, mendaki gunung tertinggi, melepasi angkasa, berjalan kaki beratus-ratus kilometer dan pelbagai lagi. Bangganya pimpinan Malaysia. Namun, masalah gejala social menumbuh dengan begitu sihat sekali. Kita boleh melihat masalah keruntuhan akhlak membunga dan membiak ke serata tempat.


1. Kes bunuh yang semakin menjadi-jadi.

Anak bunuh mak ayah, cucu bunuh nenek, suami bunuh isteri, kekasih bunuh kekasih, kawan bunuh kawan, kawan bunuh musuh, sudah banyak berlaku. Baru-baru ni, ibu bunuh anak tanpa rasa bersalah pun ada.


2. Kes zina semakin menjalar.

Masalah ini usah diceritakan lagi. Kalau dulu, dalam lingkungan umur 20 ke atas, sekarang di sekolah rendah pun berlaku. Macam-macam bentuk, dan keadaan. Nenek tua pun terlibat jugak? Kalau baru lepas kita sambut merdeka, merdekalah anak mudi belia Negara Malaysia. Banyak pengakuan pekerja-pekerja DBKL, kondom bersepah-sepah. Apa maknanya?


3. Kes rompakan dan curi.

Ini kes yang seronok kita tengok. Macam-macam nama geng ada. Geng mamak, kepala botak. Dulu rompak-rompak saja, sekarang kalau tak bagi, bunuh jawabnya.


4. Kes pukul.

Semua nak tunjuk hebat. Padahal, Kehebatan dan Kekuasaan hanya milik Allah. Bagaimana indera yang dikurniakan, boleh disalurkan untuk melakukan kefasadan di muka bumi ini? Di Asrama, kes ni biasa berlaku. Namun, sekarang trend baru, pelajar pukul guru. Hebatkan?


Itulah realiti keadaan ummat Malaysia. Paling menyedihkan, orang-orang ini kebanyakannya yang mengaku, Allah sebagai Tuhan, dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Apa punca semua ini?

Dalam keadaan ini, terdapat pula pihak inigin menghalalkan perkara yang haram. Natijahnya bagaimana? Semakin membenihlah kefasadan di muka bumi.


1. Judi diberi lessen, bersempena Piala Dunia nanti untuk mengawal judi.

2. Pemberian kondom khas untuk mengelakkan penyakit HIV merebak.

Ini kes lama, namun, kes ini seolah-olah sama kesan dan caranya seperti kes lessen judi.



Bila saya terfikir, adakah ini caranya kita mengawal? Kita boleh menganologikan begini:


Seorang ibu pening melihat anak kecilnya yang suka menghidu bau gas beracun di luar kawalan dan pengetahuannya. Selepas itu, dia memarahi anaknya. Akhirnya, si ibu membuat keputusan, kalau ingin menghidu bau gas mesti di hadapannya atau dengan kata lain, di dalam kawalannya. Si anak, walaupun diberitahu begitu, akan dia mencuri-curi juga ketika di belakang ibunya. Namun, lessen yang diberi oleh ibu bonus baginya. Si anak akan terus sakit dan berkemungkinan akan mati dengan tindakan tersebut. Sepatutnya, si ibu menghalang terus anaknya, kerana racun itu adalah benda yang bahaya. Walaupun dibuat secara kawalan, bahayanya tetap ada.



Kesimpulan.

Sebagai umat Islam, yang halal tetap halal. Dan yang haram tetap haram. Melainkan perkara darurat yang dibenar Islam, itupun berdasarkan kaedah “ Darurah tuqadiru biqadariha”. Apa jua cara untuk kita mengelakkan perkara-perkara haram berlaku, adalah dengan cara menegahnya sehabis-habisnya, bukan membuka jalan untuk lebih luas ia dilakukan tanpa kita sedari. Selamatkan bumi Negara kami Malaysia, Ya Allah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...