Special Post

Monday, June 16, 2008

~..~ Selamat Hari Bapa,

Ayah, Abi, Ayahanda, Papa, Daddy, Walid, Baba...~..~

&
segala macam istilah buat satu insan itu di seluruh dunia

ESPECIALLY JUST FOR U : ~

ABAHKU
( Haji Abdul Mokti bin Ayob )
Hari-hari adalah " Hari Bapa buatmu "

Terlalu banyak pengorbanan, didikan, kasih sayang, dan segalanya darimu buat kami semua putera & puteri-puterimu. Keyakinan dan tawakkal yang tinggi olehmu hanya pada Allah, membolehkan semua anak-anakmu berjauhan. Jika tidak mana mungkin kau mahu melepaskan semua puteri-puterimu mengembara jauh dalam menuntut ilmu?, mana mungkin kau bisa melepaskan hingga kini 3 orang puterimu ke negara yang dikenali dengan Arab yang agak kasar? Aku berbangga menjadi anakmu. (Ya Allah terima kasih atas kurniaanMu ini)


Bagi saya, jika kasih seorang IBU membawa ke syurga,

kasih seorang AYAH?

Kasih seorang AYAH menghalang dari bakaran api neraka..

Kerana apa?, kerana jika kasih seorang ayah diberikan sepenuhnya kepada anak-anaknya berlandaskan apa yang dituntut oleh Islam, nescaya terselamatlah keluarga itu dari azab bakaran api neraka. Bukankah ayah itu adalah 'raja' di rumah, mengemudi keluarganya, dan dari titik peluh ayah itu, mengalirnya rezeki dari Allah buat santapan keluarganya. Rezeki itulah yang akan menjadi darah daging seisi keluarga. Dan, lupakah kita, seorang perempuan itu, akan dipertangungjawabkan ke atas, lelaki yang mahramnya, dan ayah adalah salah satu daripadanya.

Jadi,
Buat yang sudah bergelar "ayah", ucapkan tahniah pada dirimu,
Biarlah bahagia menjadi seorang "ayah" hanya dikau yang merasainya,
Tentu, dunia tidak memahami hakikat impian dan kasih sayangmu sebagai seorang "AYAH"..
Berbanggalah kerana engkau berjaya memenuhi tuntutan Islam, berkahwin dan menambahkan zuriat Nabi Muhammad SAW.
Maka, ukurlah kejayaanmu dalam mendidik keluarga pada nilai akhlak dan agama keluargamu
BUKAN semata-mata
KEJAYAAN si anak dengan mendapat kerjaya hebat.
dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan keluarga mu,
kerana
DOAMU jua ada satu 'power' hebat dan pasti Allah saja yang tahu hakikat itu.


Tambahan bagi yang akan atau bakal bergelar " ayah ", atau yang belum lagi...
Maka teladanilah satu idola agung dalam mendidik anaknya, itulah Nabi Muhammad SAW, dan pasti latihan itu harus dimulai sekarang.

***
Sedikit luahan hati saya buat mereka semua yang bergelar " ayah "
Saya suka memerhati mereka yang bergelar ayah, bila di jalanan, melihat si bapa dengan anaknya. Paling hati saya tersentuh kegigihan seorang ayah yang bergelar " Nelayan, Penoreh getah, Penarik beca, Petani, Penyapu sampah, Buruh dan semua mereka yang terpaksa berhadapan dengan panas terik, sejuk dan bahaya yang tidak diduga semata-mata mahu mencari rezeki yang HALAL untuk isteri dan anak-anak. Berbanggalah dengan apa jua kerjamu itu, apa jua taraf kerjamu, kerana kau berusaha dengan tulang empat keratmu untuk keluargamu. Tiada apa yang hina pada suatu kerja itu, hatta andai dirimu hanya penyapu sampah, atau pencuci tandas, banggalah kerana itu usahamu hingga anak-anakmu berjaya...!

&
hati saya terlalu tersentuh bila melihat si ayah mendukung dan mengusap manja si anak dengan penuh kasih sayang, melayan kerenah si anak dengan penuh sabar. Jika si ibu melakukan begitu, itu sudah semestinya, tapi jika itu dari kasih ayah...saya mengaguminya, dan hati saya begitu sayu. Cukup dulu!

( Hadiah dari saya : Lagu AYAH dari aeman , tak sempat nk tulis, lain kali mungkin ada rezeki )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...