Bicara Kata?...Bicara Lidah?...Renungkan..

Wednesday, April 25, 2007





Salah satu kesempurnaan iman seseorang adalah kemampuannya untuk mengucapkan perkataan yang baik-baik. Sekiranya ia tidak mampu, maka cukup memadailah dengan sikap diamnya. Dalam hal ini sahabat Abu Hurairah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata baik atau (lebih baik) berdiam."(HR: Bukhari dan Muslim)


Pada hadith di atas, terdapat dua perkara yang menjadi kesempurnaan iman seseorang. Yakni sentiasa berkata baik dan bersikap diam. Berkata baik bagi orang yang mampu dan memiliki ilmu untuk berbuat dernikian. Diam adalah bagi orang yang tidak marnpu berkata-kata dengan kebaikan atau bagi tujuan meninggalkan ucapan celupar yang tidak berfaeclah bahkan menyakitkan hati orang lain.


Hasan al-Basri berkata: "Telah sarnpai (satu berita kepadaku) bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sebagai berikut: "Allah SWT mernberi rahmat kepada seorang harnba yang berkata-kata lalu ia mernperolehi faedah, atau ia diam yang menjadikan dirinya selarnat."(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dan al-Baihaqi dari Anas dengan sanad daif) Terdapat seorang lelaki meminta nasihat kepada Nabi Isa as. Ia berkata: "Tunjukkanlah kepadaku suatu amal yang membawa aku masuk syurga!" Nabi Isa menasihati: "Janganlah karnu bercakap selama-lamanya." Ia menjawab: "Sesungguhnya saya tidak akan sanggup, berbuat demikian."


Lalu Nabi Isa pun berkata: "Janganlah kamu bercakap sehinggalah ia berfaedah dan membawa kebaikan." Nabi Sulaiman bin Daud as. pula bersabda: "Bercakap itu ibarat perak dan diam adalah ibarat emas." Pada hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Simpanlah lidahmu kecuali membawa kebaikan, kerana dengan demikian bererti engkau telah dapat mengalahkan syaitan." (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dari sahabat Abu Zar) Sahabat Ibnu Mas'ud ra.berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Manusia itu ada tiga macam.


Ada yang mendapat pahala, ada yang selamat dari seksaan dan ada pula yang binasa. Yang mendapat pahala adalah orang yang mengingati (berzikir) kepada Allah SWT, yang selamat dari dosa adalah orang yang diarn, dan yang binasa adalah orang yang terperangkap kepada perbuatan (perkataan) batil." (HR at-Tabrani) Baginda Rasulullah SAW memberi garis panduan tentang perbezaan yang ketara antara lidah orang mukmin dan lidah orang munafik. Sabda baginda SAW sebagai berikut yang bermaksud: "Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya.


Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dati Hasan al-Basri) Jika diperhatikan kandungan hadith di atas, sesungguhnya orang yang bercakap lepas atau dengan kata lain mulut yang celupar adalah sebahagian dari sifat dan sikap orang munafik. Kerana itu seorang muslim jika ia akan bercakap mesti difikirkan lebih dahulu adakah mengandungi faedah atau sebaliknya. Segala risiko yang akan berlaku akibat percakapan yang diucapkan akan difahami dengan sepenuhnya sehingga sama sekali tidak membawa mudarat bagi dirinya dan orang lain.


"Sesiapa yang banyak percakapannya nescaya mereka terdedah kepada kesilapan. Sesiapa banyak kesilapannya nescaya banyaklah dosanya. Dan siapa yang banyak dosa nescaya neraka adalah lebih utama baginya."( HR Abu Na'im) Terdapat beberapa asar (yakni ucapan dan perbuatan para sahabat), di antaranya adalah seperti berikut; Ibnu Thaus menyifatkan lidah sebagai binatang buas, jika tidak dijinakkan nescaya ia akan menerkam mangsanya. Seterusnya ia berkata: "Lidahku itu adalah binatang buas, jika aku lepaskan, nescaya ia akan makan diriku." Wahab bin Munabih, seorang sahabat yang banyak mengetahui cerita nabi-nabi Israel berkata: "Adalah menjadi hak ke atas orang yang berakal untuk mengetahui keadaan zamannya, menjaga lidahnya dan menghadapi segala persoalan dengan baik.


" Hasan Al-Basri berkata: "Tiada memahami agamanya bagi orang yang tiada menjaga lidahnya." Umar bin Abdul Aziz ra, salah seorang Khalifah dan daulah Bani Umaiyah yang paling terkenal dengan kealiman, kewarakan dan keadilannya, telah mengutus surat kepada Al-Auzai sebagai berikut ; "Amma Ba'du, sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati, nescaya ia redha dengan seclikit dari apa yang diperolehi di dunia. Dan orang yang banyak menghitung perkataannya dari perbuatannya, nescaya akan menjadi sedikit percakapannya, ia hanya akan berkata ketika ada keperluan." Sesungguhnya diam itu mempunyai dua kelebihan bagi seseorang, iaitu akan menjadi selamat agamanya dan boleh memahami temannya.


Kerana itu benarlah kata Muhammad bin Wasi kepada Malik bin Dinar. "Bahawa menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia berbanding menjaga dirham dan dinar (yakni menjaga harta benda)." Diceritakan bahawa Al-Mansur bin al-Mu'taz salah seorang tokoh Sufi terkenal, beliau tiada bercakap walau satu patah perkataan pun sesudah solat Isyak selama 40 tahun. Al-Rabin bin Khaisam pula tiada bercakap dengan perkataan dunia selama 20 tahun. Pada suatu hari ia ditanya tentang sebab-sebab ia diam.


Maka ia menjelaskan sebagai berikut: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu sangat banyak, antaranya ialah bohong, mengumpat, marah, riya', nifak, mengkeji, berbantah-bantahan, menyakiti orang lain, mencabul kehormatan orang lain dan sebagainya." Salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada diri agar tidak banyak bercakap adalah sentiasa ingat dan yakin bahawa tiada satu patah perkataan yang diucapkan melainkan ianya akan dicatitkan oleh malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Al-Qaf :18)


Setiap perkataan tidak pernah terlepas dari salah satu empat keadaan iaitu: mengandungi mudarat semata-mata, mengandungi manfaat, terkandung di dalamnya manfaat dan mudarat dan yang terakhir tidak ada manfaat dan juga mudarat. Yang mengandungi mudarat, maka lebih baik dan bahkan mesti diam sahaja. Begitu juga yang mengandungi manfaat dan mudarat, maka ia bagaikan satu pertaruhan yang mungkin rugi ataupun untung. Jika diam maka sudah mesti dia akan beruntung. Adapun yang mengandungi manfaat, selalunya akan disertai satu kemudaratan sebagai cabaran terhadapnya. Yang terakhir pula yakni ucapan yang tiada mengandungi manfaat dan mudarat, maka sesungguhnya ia adalah sia-sia belaka sekiranya diucapkan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...